FOLLOWER

16 Julai 2013

Pengalaman ketika berbuka puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Gangguan anak kecil semasa berbuka puasa adalah lumrah
dan berlaku hanya ketika mereka kecil sahaja.
Bila dah dewasa tiada lagi pengalaman gangguan.
Gambar hiasan

Pengalaman berbuka puasa dengan anak-anak semasa kecil sungguh luar biasa.  Kerana situasi sebegini tidak akan berlaku lagi apabila mereka sudah dewasa.  Dan... ketika itu kita pasti akan terasa rindu dengan pengalaman lalu yang datangnya hanya sekali dan tak mungkin berulang lagi.

Begitu juga ketika kita kecil, mungkin sekarang tidak ingat lagi apa yang telah kita lakukan semasa ibu bapa kita berbuka puasa.  Paling tidak ingatan yang masih segar atau tinggal cebisan kenangan adalah ketika sekolah rendah sehingga sekolah menengah.

Agaknya bagaimana pula kesabaran ibu bapa berhadapan dengan kerenah kita semasa kecil ketika mereka berbuka puasa.  Memang kita tidak ingat apa-apa.  Bagi aye sekarang baru teringat nak tanya tapi .... sudah terlambat kerana 'penyimpan' rahsia itu telahpun pergi bertemu penciptanya pada 2 Ramadhan yang lepas.

Pengalaman masa lalu sungguh berharga.  Mungkin juga semasa kita berhadapan dengan pengalaman itu kita tidak sedar.  Jadi adalah baik kita sentiasa berkelakuan baik agar pengalaman itu dapat dikongsikan dengan anak cucu kita.  Pengalaman yang baik sudah pasti memberikan kesan yang baik kepada generasi akan datang.  Sebaliknya pengalaman yang tidak baik itu sebaiknya disimpan jauh agar Allah memeliharanya. Tidak perlu di ungkit-ungkit lagi.

Untuk itu, hargailah pengalaman yang anda lalui sekarang.

Panjang pula celoteh malam ini.  Semoga tiada yang jemu atau bosan.

4 ulasan:

  1. sanagt setuju..memang sekarangni rasa kelam-kabut nak berbuka dengan anak2 kecil ni, tapi inilah kenangan yang terindah.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengalaman kita macam sama jer... memang betul kenangan bersama anak2 adalah yang terindah :)

      Padam
  2. Bila lihat anak sendiri berpuasa teringatkan ketika zaman kanak-kanak. Tersenyum dibuatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaman kanak2 penuh dengan memori indah ... :)

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.