Pageviews

30 Mac 2021

Tuah ayam nampak di kaki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tuah ayam nampak di kaki


Tak taulah apa kaitan tajuk posting ni dengan situasi semasa.  Apa yang penting semua orang perlu tahu bahawa rezeki setiap orang itu ada dengan cara yang berbeza dan tidak sama.

Begitu juga tuahnya ayam yang dikatakan terletak di kaki.  Kenapa dikatakan tuah ayam ada dikaki?  Kerana pada zaman dahulu ayam jantan yang mempunyai taji yang tajam dan panjang biasanya jadi juara kampung.

Mana kita nak jumpa dah ayam jantan sekarang kerana sebahagian besar dari kita dimomokkan dengan ayam daging yang rata-rata kita dapat sudahpun siap disembelih dan dibersihkan.  Ayam jantan ini hanya masih ada di kampung-kampung.  Yang mana anak kita pun jarang nampak.  yang biasa nampak dalam TV.

Apa pun itulah hakikatnya yang kita harus tahu... bahawa tuah setiap dari kita tetap ada tetapi dalam cara dan kaedah yang berbeza dan kita tidak boleh nak samakan dengan tuah orang lain.





"Bangunkan ikhlas didalam hati
Ajarkan hati, mengingat mati
Kasihan belas, diri sendiri 
Berbekal mati,  sebelum mati"


"Tuah ayam nampak dikaki
Tuah manusia siapa yang tahu
Banyakkan diam zikir dihati 
Biar bertuah akhir hayatmu"

"Orang yang CERDIK (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan diri nya dan beramal untuk hari setelah kematian, Sedang kan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti  hawa nafsunya dan berangan angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuni nya).  (Hadis  Riwayat Tarmizi)


Semoga ada yan bermanfaat buat semua.  Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri ini  Tuah ayam nampak di kaki.


29 Mac 2021

Nisfu Syaaban | 14 hari menjelang Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nisfu Syaaban |  14 hari menjelang Ramadhan



Alhamdulillah, hari ni 15 Syaaban 1442.  Malam tadi merupakan malam Nisfu Syaaban yang penuh dengan keberkatan.  

Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik untuk menempuh bulan Ramadan.


14 hari menjelang Ramadhan
14 hari menjelang Ramadhan


14 hari lagi menjelang Ramadhan.  Ada bermacam-macam rasa kan masa nie... dan hanya kita yang mampu mentafsirkan apa yang kita rasa.  Perasaan tak sabar nak berjumpa Ramadhan dan berhadapan dengan segala kemungkinan.

Seperti biasa juga setiap kali Ramadhan tiba kita akan mengharapkan Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita.


Sekian adanya, terima kasih atas perhatian yang diberikan.



  

28 Mac 2021

Salam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum dan salam Nisfu Syaaban


Salam Nisfu Syaaban


Malam ni malam NISFU SYAABAN

Dari Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda:

Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan. (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

Nisfu Sya'ban
Nisfu Sya'ban


Malam Nisfu Syaaban juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang syirik dan bermusuhan sesama mereka.

Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana  Nabi SAW bersabda:

Dari 'Aisyah RA dia berkata,
Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi',

Baginda bersabda:
"Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?"

Saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu,

Baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah ta'ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing." (HR Tirmizi No:670)

Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma'dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi'in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu. (Lathaiful Ma'arif, hlm. 247)

Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa.

sumber: @quotephotovideo 

#page87of365
#Ahad
#14Syaaban1442
#28Mac2021
#15harimenjelangRamadhan
#Sysfelconsultant
#sysfelmasuktv