Pageviews

25 Mac 2021

Berdua menikmati kopi mesin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berdua menikmati kopi mesin


Ya kami berdua penggemar kopi.  Sangat suka minum kopi.  Tak der langsung risau atau takut gigi hitam atau kulit hitam.  Akak ni dah memang sedia gelap takder la hitam macam kopi tapi dah biasa bergelap macam nie.  Kawan saya pula orangnya putih melepak, rasanya ak terjejas kot kulitnya hanya dengan minum kopi.

Nikmatnya minum kopi.  Kopi pahit?  Kita ni dah biasa minum ubat.  Tambah masa dalam pantang bersalin, setiap hari tu, selama 40 hari atau kurang sikit 30 hari minum ubat jamu yang pahit melekit.  Rasanya macam dah lali dengan rasa pahit kopi... hanya kita tak tahan bila dilukai dan dikecewakan.... betul2 pahit rasanya lebih pahit dari hempedu.  Tak taulah macam mana rasa hempedu, orang kata hempedu tu pahit.  Takderlah kita nak rasa sebab bukan kopi. hehehe



Mocha 


Latte


Biscoff




Kami berdua

Kami minum kopi di laman usahawan.  Di situ terletaknya kafe KopiMesin.  Banyak jenis kopi.  Setiap hari boleh cuba lain-lain jenis kopi.  Satu hari sat jenis kopi.  Tapi tak dapat kot pergi setiap hari... urusan kerja banyak yang meninggu.

Sesekali dapat keluar minum bersama.  Bukan selalu.  Lazimnya minum di pantri ofis dikelilingi 4 dinding.  Masing-masing punya masa.  Jarang dapat keluar besama.

Pengalaman minum di KopiMesin amatlah mengembirakan.


Terima kasih kepada yang sudi singgah baca entri ini  Berdua menikmati kopi mesin.











Zikir hari Khamis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Zikir hari Khamis
 


Salam Khamis Semua.  

Jom kita mulakan hari kita dengan Zikir.


Zikir hari Khamis



Semoga hari kita diberkati & dirahmati Allah dan semoga dipermudahkan segala urusan yang baik.

Dan semoga setiap yang membaca mendapat pahala dan manfaat.


Terima kasih kerana sudi singgah baca dan komen Zikir hari Khamis.




24 Mac 2021

Jom borong pahala banyak-banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Jom borong pahala banyak-banyak


Kita suka sangat bila dapat peluang memborong.  Tambah lagi bila banyak modal di tangan.... rasa tak sabar nak habis semua kan?  Hahaha korang la tu erkk. 

Tapi kali ni akak nak ajak korang memborong pahala.  Borong yang ni korang pasti boleh buat, tak perlukan modal yang banyak... hanya sekadarnya yang ada.  Kalau lagi banyak modal korang ada lagi banyak korang dapat borong.  Dan yang pasti boronglah banyak mana pun ... ia tak kan habis.  Tinggal lagi korang mampu dengan tak mampu atau rajin ke idokkk.

Jom la kita tengok apa yang boleh diborong dan tak habis-habis.


Jom borong pahala


1⃣. Membaca Surah Al-Ikhlas


Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas.  Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam sholat apabila kita mengejar masa.

Rasulullah ﷺ bersabda: "Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga." (Hadis Riwayat Ahmad)

Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!


2⃣. Bersolawat Kepada Rasulullah ﷺ


Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita.  Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.

"Barangsiapa yang bersolawat ke atasku sekali, niscaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda". (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam masa satu minit, kita boleh bersolawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.


3⃣. Beristighfar Memohon Keampunan


Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka.
 
Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad ﷺ:  "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.


4⃣. Bertanya Khabar Keluarga


Dengan wujudnya perbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau WA sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.

Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim.

Sabda Nabi Muhammad ﷺ: "Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim." (Hadis Riwayat Bukhari)


5⃣. Lafaz Tasbih


Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih yaitu: "Subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.


6⃣. Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan


Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa.  Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit.

Tetapi Nabi Muhammad juga ada bersabda ﷺ:  "Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga." (Hadis Riwayat Bukhari)

Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.


7⃣. Mendoakan Orang Lain


Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insya Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.

Rasulullah bersabda ﷺ :  "Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, niscaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya. (Hadis Riwayat al-Thabarani)


8⃣. Sebarkan Kebaikan


Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan.  Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya.  Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahalanya.


Jadi, marilah kita semua memborong pahala untuk bekalan di sana nanti.


Terima kasih kerana sudi membaca Jom borong pahala banyak-banyak.