Pageviews

23 Mac 2021

Hari yang baik tetapi mood tidak berapa bagus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari yang baik tetapi mood tidak berapa bagus


Pada dasarnya setiap hari adalah hari yang terbaik buat kita semua.  Bermula dari kita bangun pagi dimulakan dengan doa bangun tidur hinggalah apa yang kita lakukan seterusnya.

Dalam melalui setiap langkah dan detik-deik itu, kadang-kadang ada sesuatu yang mengganggu perjalanan hidup kita dan seterusnya mengganggu emosi kita.  Tetapi tidak perkara semasa tetapi apa yang berlaku kelmarin atau semalam turut mempengaruhi hidup kita hari ini.




Apapun yang berlaku dalam sepanjang hari ini.... laluinya dengan tenang dan banyakkan bersabar.

Hidup mesti diteruskan dengan cara yang terbaik.  Cuba atasi rasa yang tidak enak itu dengan baik.  Emosi kita hanya kita yang rasa dan kita yang tahu tak perlu dicanangkan kepada seluruh alam.

Kita ini insan bijak maka bijaklah dalam menjaga emosi.


Terima kasih atas kesudian mengikuti posting ini  Hari yang baik tetapi mood tidak berapa bagus.

Bimbingan dalam setiap langkah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bimbingan dalam setiap langkah


Setiap hari dalam setiap langkah bahkan dalam setiap nafas kita perlukan bimbingan.  Bimbingan agar kita terus berbakit kepadaNya dan sentiasa berbuat baik di atas muka bumi.
 




Sentiasa majukan permohonan kepada Allah agar kita sentiasa berada dalam bimbinganNya.


Terima kasih kerana sudi singgah sini.



22 Mac 2021

Jadual Seminar BA243 Sesi Mac - Ogos 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jadual Seminar BA243 Sesi Mac - Ogos 2021


Alhamdulillah, jadual yang ditunggu dah tiba.  Jadual ini disebut jadual seminar bukan jadual kuliah.  kenapa disebut begitu jangan tanya lah... sebab tak tahu pun sebabnya.  Asalkan jadual dah keluar cukup, kita boleh masukkan dalam kalendar sebagai keutamaan.  Keutamaan selain keluarga.  Apa pun keluarga/anak-anak sudah sedia maklum dan faham (agaknya la) .


Kod Kursus


Kod Kursus
Kod Kursus

Kod kursus yang ditawarkan pada semester ini (20212) adalah:  

1. FIN420 - Financial Management
2. MKT420 - Principles And Practice Of Marketing
3. OPM530 - Introduction To Operations Management
4. ELC501 - English For Critical Academic Reading

Semester 2?  Ya akak baru masuk semester ke dua.  Dulu pernah ambil 1 semester tetapi terhenti separuh jalan atas sebab-sebab yang sukar dinyatakan.  Biarkan akak ajer yang simpan sebab dan alasan itu.  



Jadual Seminar


Jadual Seminar BA243
Jadual Seminar BA243


Sama seperti semester lepas, seminar diadakan pada setiap hari Sabtu.  3 kod diadakan sebanyak 5 kali perjumpaan manakala 1 lagi kod diadakan sebanyak 7 kali.

Dijangka pada semester ini juga kelas masih secara atas talian.  Maka bertabahlah kita semua.  Semoga dapat peruntukan data percuma lagi untuk semester ini.  Semester lepas dah dapat dengan terma pelajar baru (semester 1).  Jika dipanjangkan untuk semester seterusnya... Alhamdulillah.


Pelajar Separuh Masa UiTM Cawangan Perak



Jadi, nak maklumkan juga jadual di atas adalah untuk pelajar separuh masa (ePJJ) di UiTM Cawangan Perak sahaja.  Lain kampus lain susunan jadualnya, hanya format 'table' saja yang sama.


Jadual dah ada boleh lah kita masukkan dalam kalendar.  Nampak macam penuh setiap minggu.  In shaa Allah dimudahkan urusan yang baik dan perjalanan akademik ini mendapat rahmat dariNya.


Terima kasih semua atas sokongan.