Pengikut Setia

22 Mac 2021

Jadual Seminar BA243 Sesi Mac - Ogos 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jadual Seminar BA243 Sesi Mac - Ogos 2021


Alhamdulillah, jadual yang ditunggu dah tiba.  Jadual ini disebut jadual seminar bukan jadual kuliah.  kenapa disebut begitu jangan tanya lah... sebab tak tahu pun sebabnya.  Asalkan jadual dah keluar cukup, kita boleh masukkan dalam kalendar sebagai keutamaan.  Keutamaan selain keluarga.  Apa pun keluarga/anak-anak sudah sedia maklum dan faham (agaknya la) .


Kod Kursus


Kod Kursus
Kod Kursus

Kod kursus yang ditawarkan pada semester ini (20212) adalah:  

1. FIN420 - Financial Management
2. MKT420 - Principles And Practice Of Marketing
3. OPM530 - Introduction To Operations Management
4. ELC501 - English For Critical Academic Reading

Semester 2?  Ya akak baru masuk semester ke dua.  Dulu pernah ambil 1 semester tetapi terhenti separuh jalan atas sebab-sebab yang sukar dinyatakan.  Biarkan akak ajer yang simpan sebab dan alasan itu.  



Jadual Seminar


Jadual Seminar BA243
Jadual Seminar BA243


Sama seperti semester lepas, seminar diadakan pada setiap hari Sabtu.  3 kod diadakan sebanyak 5 kali perjumpaan manakala 1 lagi kod diadakan sebanyak 7 kali.

Dijangka pada semester ini juga kelas masih secara atas talian.  Maka bertabahlah kita semua.  Semoga dapat peruntukan data percuma lagi untuk semester ini.  Semester lepas dah dapat dengan terma pelajar baru (semester 1).  Jika dipanjangkan untuk semester seterusnya... Alhamdulillah.


Pelajar Separuh Masa UiTM Cawangan Perak



Jadi, nak maklumkan juga jadual di atas adalah untuk pelajar separuh masa (ePJJ) di UiTM Cawangan Perak sahaja.  Lain kampus lain susunan jadualnya, hanya format 'table' saja yang sama.


Jadual dah ada boleh lah kita masukkan dalam kalendar.  Nampak macam penuh setiap minggu.  In shaa Allah dimudahkan urusan yang baik dan perjalanan akademik ini mendapat rahmat dariNya.


Terima kasih semua atas sokongan.





2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian