Pageviews

08 Jun 2020

Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 



Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom


Sempena PKPP yang telah diumumkan pada 7 Jun 2020, rakan blogger Azian Khalil atau Mama Yan telah menganjurkan segment Bloglist PKPP.  Segmen  ini akan tutup pada 30 Jun 2020.


Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom
Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom
Klik banner untuk menyertai

Syarat-syarat penyertaan:


1. Buat 1 entry bertajuk 'Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom'. 
2. Letakkan gambar 'screenshot' blog aziankhalil.com ...
3. Follow blog aziankhalil.com


Hadiah: 


5 peserta pertama komen link penyertaan akan masuk ke bloglist PKPP secara automatik sehingga 31 Ogos 2020.

5 peserta segmen lagi akan dipilih secara rawak pada 1 Julai 2020

1 peserta akan dipilih secara rawak untuk memenangi 1 botol ' Mary Kay Eye Make Up Remover' yang bernilai RM64.



Wah... untung lagi siapa yang join segmen ni... bukan saja dapat kenalan baru malahan untung sabut timbul dapat lagi hadiah yang ditawarkan.

Jom, kira raikan rakan kita.  

Cuti Umum Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cuti Umum Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


Daulat Tuanku.



Secara rasminya, hari ini 8 Jun 2020 merupakan cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.


Daulat Tuanku.


Hamba sekalian rakyat Malaysia tanah air tercinta ini mendoakan semoga tuanku berdua sentiasa diberkati dan dikurniakan rahmat Allah yang berpanjangan.

.

07 Jun 2020

3 pesanan Rasulullah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


3 pesanan Rasulullah


Mengapa pentingnya pesanan?  Pesanan itu penting dalam kehidupan kita agar tidak tergelincir ke lembah yang merugikan.  Juga sebagai peringatan buat diri sendiri yang seringkali lupa.

Pesan Rasulullah s.a.w

Hormati:  Ibu bapa, Guru, Warga Tua

Pastikan dalam diri, ada:  kejujuran, iman, amal kebaikan

Kawal:  kemarahan, lidah, nafsu

Peroleh:  ilmu, adab sopan, kesolehan

Ingat:  kematian, pertolongan, nasihat

Sucikan:  fikiran, pakaian, badan

Selamatkan diri dari:  amal jahat, mengumpat, hasad dengki

Bebaskan diri dari:  kesombongan, penipua, hutang.


Teima kasih.  Semoga bermanfaat.