Pageviews

08 Jun 2020

Cuti Umum Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cuti Umum Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


Daulat Tuanku.



Secara rasminya, hari ini 8 Jun 2020 merupakan cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.


Daulat Tuanku.


Hamba sekalian rakyat Malaysia tanah air tercinta ini mendoakan semoga tuanku berdua sentiasa diberkati dan dikurniakan rahmat Allah yang berpanjangan.

.

07 Jun 2020

3 pesanan Rasulullah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


3 pesanan Rasulullah


Mengapa pentingnya pesanan?  Pesanan itu penting dalam kehidupan kita agar tidak tergelincir ke lembah yang merugikan.  Juga sebagai peringatan buat diri sendiri yang seringkali lupa.

Pesan Rasulullah s.a.w

Hormati:  Ibu bapa, Guru, Warga Tua

Pastikan dalam diri, ada:  kejujuran, iman, amal kebaikan

Kawal:  kemarahan, lidah, nafsu

Peroleh:  ilmu, adab sopan, kesolehan

Ingat:  kematian, pertolongan, nasihat

Sucikan:  fikiran, pakaian, badan

Selamatkan diri dari:  amal jahat, mengumpat, hasad dengki

Bebaskan diri dari:  kesombongan, penipua, hutang.


Teima kasih.  Semoga bermanfaat.

06 Jun 2020

SENARAI BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI TAHUN 2020 (BANTUAN KEMASUKAN / PENDAFTARAN SEMESTER PERTAMA)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SENARAI BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI TAHUN 2020 (BANTUAN KEMASUKAN / PENDAFTARAN SEMESTER PERTAMA)




Berikutan keputusan UPU berkaitan kemasukan baru ke Institusi Pengajian Tinggi, berikut adalah maklumat yg boleh dirujuk bagi mendapatkan bantuan untuk kemasukan ke IPT:


1. Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam & Luar Negera)
Agensi: Yayasan Perak

2. Bantuan Am Pelajaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Agensi: Zakat Perak-MAIPk

3. Senarai Biasiswa 2020
    a) StudyMalaysia.com

4. PTPTN
Agensi: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


SILA BACA DAN FAHAMI SETIAP SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN. SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN AGENSI BERKAITAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT/MASALAH TEKNIKAL

#MajlisPerundinganMahasiwaPerak
#SpreadWisdomForBetterPerak
#BantuanPendidikan2020
#BantuanKemasukan
#Sesi20202021
#IPTA
#kitajagakita