Pageviews

19 Jun 2018

Mystery Giveaway by Flavnesz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mystery Giveaway by Flavnesz



Jujur diakui akak memang lemah dalam bahasa Inggeris.  Jika sekadar membaca tu boleh, nak fahami maksudnya ambil masa sikit... kalau nak tulis balik lagi kelaut nahu kemana PT FT PPT semua lintang pukang.  Sebab tu lah akak tak ambil degree lagi sebab akak belum ambil MUET.  Memang salute abih lah kat adik-adik yang dah tamat Master dan PhD bagai.  tapi ini bukan point penting untuk dibahaskan di sini. Sebab entri ini adalah entry untuk penyertaan dalam  Mystery Giveaway by Flavnesz



Mystery Giveaway by Flavnesz



Seperti yang tertera pada banner comel di atas, giveaway ini akan tamat pada 30 Jun 2018.  Masih ada masa lagi kepada yang berminat untuk selongkar giveaway ini.  

Macam mana nak turut serta?  Klik jer pada banner di atas dan ikutlah langkah-langkah comel yang mudah yang diberikan oleh penganjur giveaway.

Baru pertama kali akak mengenali blog ini dan ianya sukar untuk digambarkan kerana belum pun habis teroka blog ini.  Pertama kali nampak ringkas dn tidak sarat dengan widget.  Hanya itu dulu gambaran pertama yang dapat diberikan.


Terima kasih kepada semua atas kesudian singgah baca dan tinggalkan komen anda untuk entri ini.  Jom berikan sokongan kepada Mystery Giveaway by Flavnesz.


18 Jun 2018

Fikir yang baik-baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Fikir yang baik-baik


Salam Syawal 1439.  Sungguh benar, tidak banyak yang dapat diupdate mengenai peristiwa Syawal kami sekeluarga.  Bukan kerana kesilapan tetapi biarkan itu semua tersimpan dalam lipatan sejarah hidup keluarga kami.  Bukan kerana kesedihan tetapi keletihan kerana proses pindah ke rumah baru yang hingga ke hari ini masih belum selesai.  Masih banyak yang perlu dilakukan.

Biar apa pun yang berlaku sepanjang proses perpindahan ini semua itu ada hikmahNya dan suratan yang tersendiri.  Kerana sebahagiannya dari proses itu adalah atas pilihan kami sekeluarga dan yang penting itu semua adalah ketentuan dariNya.


Fikirkan yang baik-baik

Selalulah berfikir yang baik-baik, berbicara yang baik-baik, berdoa yang baik-baik, moga-moga yang datang pada kita juga yang terbaik.

❤️ Jadikanlah yang Lembut itu CAHAYA
❤️ Jadikanlah yang Tipis itu BENCI
❤️ Jadikanlah yang Tebal itu IMAN
❤️ Jadikanlah yang Tajam itu AKAL
❤️ Jadikanlah yang Baik itu SIFAT
❤️ Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN 

Fikirkan kekuatan semangat yang kita ada maka semangat itu akan sentiasa ada.  Biarpun ketika letih atau berduka tetapi kekuatan semangat itu mengatasi segalanya.

Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini, Fikir yang baik-baik.

13 Jun 2018

Segment : Awesome Blogger by Shahirah Lee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segment : Awesome Blogger  by Shahirah Lee


Wow... inilah segmen pertama dari blog SZI setelah menyepi hampir 5 bulan.  Terasa sungguh awesome bila blogwalking terjumpa segmen ini seumpama yang orang mengantuk disorong bantal. Hahaha... memang mengantuk pun 😊😊

Agaknya apa lah istimewa sangat dengan segmen ni ekk..  Jom klik banner di bawah untuk detail segmen


Segment : Awesome Blogger  by Shahirah Lee

💬

💭

💨

💢

Okey. belum klik banner ehh. 😄😄😄

Segmen ini dijangka tamat pada 17 Jun 2018.  So... cepat-cepat klik banner di atas dan ikutlah aturannya yang sangat mudah.



Terima kasih kepada semua yang sudi singgah baca dan komen entri ini, Segment : Awesome Blogger  by Shahirah Lee

szi💖