Pageviews

30 November 2017

Alhamdulillah | Muhasabah Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alhamdulillah |  Muhasabah Diri





Kita menangis kerana kita berjalan tanpa alas kaki.

Namun akhirnya kita akan berhenti menangis saat melihat manusia lain tanpa kedua kaki.

Alhamdulillah.

Jadikanlah ucapan "Alhamdulillah" itu satu amalan.

Kerna ia akan menjadi baja buat menyuburkan hati yang gersang.

In sha ALLAH.

Alhamdulillah | Muhasabah Diri

Ingatan di waktu pagi dan petang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ingatan di waktu pagi dan petang


Selamat pagi kepada pembaca semua.  Semoga hari ini lebih baik dari semalam serta ingatan kepada Tuhan juga terus kekal.




"Wahai Muhammad, ingatlah nama Tuhanmu pagi dan petang" (Surah Al-Insaan, 76)


Terima kasih kerana terus setia dengan blog ini dan sudi membaca entri ringkas ini, Ingatan di waktu pagi dan petang.

sziπŸ’

29 November 2017

KEM MODISI 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KEM MODISI 2017


CUTI SEKOLAH SUDAH PUN TIBA?? 😱
MASIH MENCARI PENGISIAN TERBAIK BUAT ANAK-ANAK?? πŸ€”πŸ˜Š

Istimewa buat para ibu ayah hebat. Kami daripada *Abi Saif Academy* tampil dengan program menarik dan padat dgn pengisian iaitu KEM MODISI 2017





πŸ“Œ Butiran program adalah seperti berikut :

πŸ“† Tarikh : *7-9 DISEMBER 2017*
πŸ”– Hari : *KHAMIS - SABTU*
⏰ Masa pendaftaran : *2.30PTG*
🏑 Tempat : *KOTA BHARU, KELANTAN*

Best ke? Apa keistimewaan program?Mesti soalan ni bermain di fikiran kan?he😁

In shaa Allah ini 'ramuan' dan tawaran kami utk *KM 17*😎
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
πŸ“ŒImam Muda
πŸ“Œ Fiqh wanita
πŸ“Œ Pendidikan *Hak/Maruah Diri*
πŸ“Œ Mandi Wajib
πŸ“Œ Solat
πŸ“Œ Tayamum&Wudhu
πŸ“Œ Outdoor game&explorace

*Ramuan SPECIAL *
πŸ”Pengurusan Jenazah
πŸ”Penyembelihan
πŸ”Program bersama *Anak Yatim*
πŸ” sentuhan Qalbu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jap bukan itu sahaja, *KM 17* juga menyediakan hadiah istimewa kepada ibubapa

πŸ’» EBook yg bernilai RM30
πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§ Terapi Minda

Kepada *10 Peserta Terawal*

Dan paling istimewa dlm program ni..Bonus buat peserta..πŸ€—
🌟 *Penampilan Khas : Dai Izzudin TV3(Musim Kelima)* 😱😱

Berminat??Apa tunggu lagi??
Jom daftar sekarang.Sebelum *1 DECEMBER 2017* πŸƒπŸ»πŸƒπŸ»πŸƒπŸ»

πŸ’° Yuran Penyertaan :
~RM90 sahaja/peserta~❎❎

Yuran promosi untuk adik-adik😍😍

*RM79 sahaja/peserta*✅✅

Daftar 2 orang - *RM 149* sahaja!!😱

Daftar 3 orang - *RM 207* sahaja!!!
*( Anda jimat sebanyak RM30 )* 😱😱

πŸ‘¦πŸ»πŸ‘§πŸ» Khas untuk pelajar berumur *6- 17 Tahun* sahaja!

‼Terhad kepada *30 orang terawal sahaja*!!!

✅For Registration, Please Contact Us :
πŸ“ž akhi_haa www.wasap.my/601121984802/daftarKM17
πŸ“ž Sis najihah www.wasap.my/60109388085/daftarKM17
πŸ“ž *601125463796 (PEJABAT)*

Ayuh berikan ilmu dan pengalaman terbaik buat anak-anak kita 😊Cuti sekolah kali ini pasti seronok dan bermanfaat! Jom bersama kami.. πŸ€—

#Aksima
#AbiSaifAcademy

Semoga dipermudahkan urusan semua. Selamat mengikuti KEM MODISI 2017.

szi.
posted from Bloggeroid

2 sebab ALLAH tidak menurunkan azab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



2 Sebab ALLAH tidak menurunkan azab


Setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini ada hikmah dan sebab serta akibatnya.  Sama ada untuk kebaikan diri kita sendiri ataupun untuk masyarakat sekeliling kita.


"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (Rasulullah s.a.w) ada di antara mereka.  Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun." (Surah Al-Anfal, 33)



1. Rasulullah masih ada
2. Banyak istighfar

Kerana Rasulullah telah wafat, maka perbanyaklah istighfar kepada ALLAH

@quotephotovideo


Terima kasih kerana sudi baca entri ini, 2 sebab ALLAH tidak menurunkan azab


szi πŸ’–

28 November 2017

Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin


Selamat pagi Selasa.  In shaa Allah jadikan hari ini lebih baik dari semalam juga sebagai persediaan untuk hari esok yang lebih baik.





Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, kerana yang menyukaimu tidak perlu itu dan yang membencimu tidak percaya itu.

Teruslah melangkah selama engkau berada di jalan yang baik, meski terkadang kebaikan tidak selamanya dihargai...

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi siapa yang mahu berbuat baik dan berubah ke arah yang lebih baik...

Jika datang kepadamu gangguan, ujian dan dugaan, jangan berfikir bagaimana cara membalas dengan yang lebih pedih, tapi berfikirlah bagaimana cara membalas dengan yang lebih baik.

Teruslah berdoa dan berikhtiar.

Sibukkan diri dalam kebaikan. Hingga keburukan lelah mengikutimu.

@quotephotovideo πŸ„πŸ„πŸ„


Terima kasih Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin

szi πŸ’¬πŸ’.

27 November 2017

Ada Apa Dengan Tali Persaudaraan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada Apa Dengan Tali Persaudaraan


Sesuatu yang senang ditulis, mudah difahami tetapi sukar untuk dilaksanakan walaupun ianya adalah sangat mudah!



Andaikata setiap orang mengetahui dengan baik bahaya memutus tali persaudaraan, maka ia akan berupaya sungguh-sungguh menyambung tali persaudaraan itu.


πŸ’­szi.  Terima kasih atas kesudian menjenguk entri ini, Ada Apa Dengan Tali Persaudaraan.

Sis Gee First Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sis Gee First Giveaway


Teruja betul dengan semangat rakan blogger kita seorang ni.  Walaupun blognya baru berusia 3 bulan tetapi rajin dan bersungguh-sungguh nak adakan giveaway.  Semoga semangat ini berterusan dan dapat menghasilkan penulisan yang bermanfaat buat semua pembaca. 

Tidak semua blogger yang mampu atau bersemangat nak anjurkan giveaway... termasuk penulis blog ini.  Baru sekali dua buat giveaway atau segmen lepas tu... senyap sunyi πŸ˜‰  

Jadi, tanpa melengahkan masa mari kita lihat ada apa dengan Sis Gee First Giveaway.

Sis Gee First Giveaway

Sis Gee First Giveaway

HADIAH-HADIAH :

1 x hadiah utama : 

1 Planner 2018 yang comel
1 fridge magnet 
1 keychain
Dimasukkan dalam bloglist



2 x hadiah ke dua
1 Fridge Magnet Penyu
1 Keychain 
Dimasukkan dalam bloglist

10 x blogger bertuah
Dimasukkan dalam bloglist Blog Sis Gee

TARIKH GIVEAWAY :  24 November 2017 - 12 Disember 2017

Okey... untuk menyertai giveaway ini sila klik pada banner di atas bukan pada planner 2018 ekk.


πŸ’¬Jom ramai-ramai kita berikan sokongan padu kepada rakan blogger kita, Sis Gee First Giveaway

Terima kasih.

Semuanya sama ada 24 jam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semuanya sama ada 24 jam


Selamat pagi semua.  Seperti tajuk di atas, setiap dari kita semuanya sama saja ada 24 jam sehari semalam.  Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan akal kita dalam membahagikan 24 jam itu kepada jam-jam yang tertentu kepada ibadah tertentu.


24 jam

24 Jam


Waktu yang Tuhan berikan kepada setiap manusia itu sama.  Sama-sama 24 jam

Tetapi dengan waktu 24 jam itu, ada orang dapat mengurus negara dan ada pula orang yang mengurus hidupnya sendiri pun tidak mampu.

Itu semua pilihan.  Ingin menjalani hidup seperti apa kita ke depan.

~  Hikmah ~

Tiada siapa yang boleh mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri.

@quotephotovideo ⏱⏱⏱


Terima kasih sudi singgah baca entri ini, Semuanya sama ada 24 jam.
sziπŸ’¬

25 November 2017

Kita ada terlalu banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kita ada terlalu banyak





Kita ada terlalu banyak kemahuan
Sedangkan bukan semua yang kita perlukan

Kita ada terlalu banyak soalan
Sedangkan bukan semua perlukan jawapan

Kita ada terlalu banyak kebimbangan
Sedangkan bukan semua yang perlu difikirkan

Kita ada terlalu banyak kekecewaan
Sedangkan kita lupa Allah sentiasa memberi KEBAIKAN

(Ibnu Mussal)


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Kita ada terlalu banyak
szi πŸ’πŸ’

24 November 2017

Bagaimana hadirnya bahagia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana hadirnya bahagia





Bila kau membahagiakan orang lain, 
Allah akan menghantar untukmu seseorang 
yang akan membahagiakanmu.


Terima kasih kerana membaca entri yang ringkas ini, Bagaimana hadirnya bahagia
sziπŸ’–