Pageviews

20 Oktober 2017

BAGAIMANA BENTUK MINDA POSITIF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


BAGAIMANA BENTUK MINDA POSITIF


Pertama kali berhadapan dengan situasi agak mengejutkan.  Walaupun seringkali diterapkan agar sentiasa positif tetapi naluri ini sukar digambarkan... Istighfar seketika, tarik nafas dan ambil masa untuk fikir sejenak tindakan seterusnya.

Dalam membentu minda positif ke atas sesuatu situasi seringkali kita akan berhadapan dengan satu tindakan dan keputusan yang tegas dan berani.  Berani kerana benar dan tegas tanpa perlu meninggi suara.  Kerana situasi setiap manusia ketika berada dalam kesempitan ini agak berbeza.  Bahkan cara pemikiran dan penerimaan ke atas penerangan kita juga berbeza.

Apapun yang kita harungi semalam adalah laluan mematangkan kita dalam bertindak untuk hari ini dan hari esok.  In shaa Allah dimudahkan urusan kita demi kebaikan semua pihak.


Akaroa, New Zealand .
The radiance of the sunset.
Credits : @expectional_pictures @PhotoliciousWorld


Berikut adalah petikan yang dipinjam dari Master Adi Nurrafie Bin Sapieh, Founder & Master Trainer @ Alpha Genius Centre.

Minda positif adalah minda syukur. 

Bersyukur adalah tanda pemiliknya positif.  Cara mahu bersyukur?

1. Fokus pada apa yang kita miliki.

2. Elakkan dari bandingkan diri dengan orang lain. Hidup dalam lorong dan laluan masing-masing.

Usah mengejar dari belakang. Bersaing dari tepi. Ikut trek sendiri.

3. Senaraikan 5 perkara baik yang kita punya. Atau 5 perkara baik yang berlaku semalam atau pagi ini.

4. Tarik nafas dalam-dalam. Ucapkan terima kasih. Ucapkan Alhamdulillah.

5. Cipta perkara perkara baik. Beri kebaikan. Kebaikan akan kembali pada kita.


Saya masih belajar dan terus belajar untuk mengekalkan minda positif dalam diri.  Semoga petikan ini bermanfaat buat semua.


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, BAGAIMANA BENTUK MINDA POSITIF


Tidak pernah miskin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tidak pernah miskin






​Siapa yang mencari ilmu agama, maka syurga akan mencarinya

Siapa yang mencari maksiat, maka neraka akan mencarinya

Barang siapa bersandar pada harta, ia akan miskin

Barang siapa bersandar pada harga diri, ia akan hina

Barang siapa bersandar pada akalnya, ia akan tersesat

Namun barang siapa bersandar pada Allah, Sesungguhnya ia tak pernah miskin, hina, dan sesat

[Saidina Ali bin Abi Talib]



Terima kasih kerana sudi membaca blog ini, Tidak pernah miskin
posted from Bloggeroid

19 Oktober 2017

Pencarian Top Bloglist Haslina :Nov & Dec 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pencarian Top Bloglist Haslina :Nov & Dec 2017


Minggu ini agak sibuk.  Bahkan setiap hari pun sibuk.  Tiada yang tidak sibuk melainkan sibuk belaka.... 😀😀😀  Justeru di kesempatan ini, tidak perlu susah-susah cari idea nak mengarang panjang lebar, kita join segmen Pencarian Top Bloglist Haslina :Nov & Dec 2017.  Macam mana?

Jom klik banner di bawa untuk maklumat penuh mengenai segmen ini.


Pencarian Top Bloglist Haslina :Nov & Dec 2017
Pencarian Top Bloglist Haslina :Nov & Dec 2017

Segmen ini dijangka tamat pada 31 Oktober 2017.

Bukan senang sebenarnya nak masuk dalam bloglist blogger yang lain... ikut rezeki masing-masing. kadang-kadang ada rakan blogger yang terus saja letakkan link blog kita dalam senarai blog di side bar bukan kerana kita menang segmen tetapi mungkin ada sesuatu yang menarik minatnya mengenai blog kita ... terima kasih bebanyak.  

Menang segmen bloglist pula satu hal lain yang tidak kurang hebat perasaannya.  Kerana blog kita ada di mana-mana... best kan?

Okey... jom kita join segmen Pencarian Top Bloglist Haslina :Nov & Dec 2017.  Mana tau ada rezeki dapat masuk dalam top bloglist.  Rezeki besar lagi bila blog terpilih direview... wah!!! 

Terima kasih kerana sudi baca dan follow entri ini, Pencarian Top Bloglist Haslina :Nov & Dec 2017.

😍😍😍