Pageviews

03 Ogos 2017

Satu perasaan yang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Satu perasaan yang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata


Apa itu yang sukar diungkapkan?




Itulah Cinta 💖💖💖

Satu perasaan yang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata.

Kadang kala rasa bahagia. Kadang kala rasa sunyi, walaupun hakikatnya cinta itu ada.

Kadang kala ianya hadir mewarnai hari-hari, cinta sahabat, cinta kedua orang tua, cinta keluarga.

Kadang kala cinta itu sepi seolah-olah hilang bersama angin.

Tapi yang aku pasti, di kala aku kesunyian memang cinta daripadaNya sentiasa ada.

DIA tahu aku sedih. DIA tahu aku gembira. Segala-galanya DIA tahu, kerana DIA Maha Mengetahui.

Cinta ALLAH Sentiasa Ada Buat HambaNya...


Terima kasih sudi singgah baca entri ini Satu perasaan yang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata

szi 💝

Tidak Cepat Marah dan Tidak Tergesa-gesa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tidak Cepat Marah dan Tidak Tergesa-gesa


Apabila kemarahan tidak dikawal ia mampu menguasai diri dan bisa juga merosakkan jiwa pelakunya.  Semoga kata-kata ini dapat dijadikan sebagai sandaran kepada kita dalam mengawal ammarah.



Tidak Cepat Marah

Dalam dirimu terdapat dua sifat yang Allah suka yaitu al-hilm (tidak cepat marah) dan al-anaah (tidak tergesa-gesa).  (HR Muslim)


Jalani hari ini dengan penuh syukur, ikhlas dan senantiasa mengharap redha Allah Subhanahu Wa Ta'alla.

Sumber @quotephotovideo 🍄🍄🍄


Terima kasih sudi membaca entri ini Tidak Cepat Marah dan Tidak Tergesa-gesa

szi 😌

02 Ogos 2017

Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com


Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com


Bersempena dengan bulan kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta ini, makanya akak telah terpanggil untuk menyertai Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com.  Penyertaan ini juga sebagai penghargaan dan tanda terima kasih atas jemputan oleh penganjur.

Syarat untuk menyertai GA ini sangatlah MUDAH iaitu:

  1. Follow blog penselduabee & blog tarot the fool
  2. Add to Circle G+RadhiaRazali 
  3. Click iklan Nuffnang & Lazada di blog penselduabee
  4. Like FB page penselduabee
  5. Follow Instagram Radhia87 
  6. Follow twitter RadhiaHaafiza 
  7. Komen mana-mana dua entri di blog penselduabee. Kalau lebih, lagi bagus. Top komentatorkan juga akan dapat hadiah.
  8. Buat entry bertajuk "Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com", paste banner di atas di dalam ruangan entri (backlink sekali).
  9. Publish entry tersebut
  10. Tinggalkan URL entry korang ke dalam ruangan/kotak komen post giveaway.
  11. Share/ping entry "Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com"  di facebook.
  12. Jika menang, alamat pengeposan hadiah harus di dalam Malaysia sahaja.



Tak complicated kan syarat-syaratnya. 

Tak ambil masa lama pun untuk follow semua syarat.hehe..


Giveaway ini akan berlangsung dari 1 August- 31 August 2017


Senarai Hadiah


Ada tiga hadiah yang ditawarkan untuk tiga pemenang bertuah & semua hadiah adalah BRAND NEW. Top referral dan Top komentator juga akan menerima hadiah daripada saya iaitu wang tunai sebanyak RM10. Top referral  dan Top komentator juga boleh memenangi  hadiah yang ditawarkan jika nama ada naik semasa pemilihan dilakukan untuk tiga pemenang yang menggunakan random.org.  5 lagi pemenang akan dimasukkan ke dalam bloglist penselduabee.

1.  Top Referal
1 x RM10




2.  Top komentator

1 x RM10

3.  3 pemenang
1)  1 x 2017 New Korean Tide Multi-Purpose Backpack 



2)  1 x Stainless Steel Insulated Double Wall Travel Coffee Mug



3)  1 x  notebook, keychain & fridge magnet (akan upload bila dah ada gambar)
akak berharap sangat dapat notebook sebagai koleksi peribadi supaya dah tak perlu berebut dengan anak-anak... In shaa Allah.


4.  5 pemenang - Bloglist


Jom kawan-kawan kita meriahkan giveaway merdeka penselduabee.  Hadiah yang ditawarkan agak lumayan.  Tetapi tidak berjaya pun tidak apa, sekurang-kurangnya kita dapat mengeratkan silaturrahim dan salin berkenalan di alam maya.


Terima kasih atas perhatian awak semua ke entri ini  Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com

szi.😍



Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017


Teruja sebenarnya bila dapat berkenalan dengan ramai rakan blogger. Terutamanya bila blog akak ni sekadar di pinggiran... kadang-kadang maju kadang-kadang statik.  Bila dah dapat peluang serta segmen anjuran blogger yang baru dikenali ... lagi teruja dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan blogger.

Kali ini akak join segmen bloglist yang dianjurkan oleh Sabahan blogger, Haslina.  Jom kita selami apa yang ada dengan segmen bloglist ini... 💖

Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017

Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017


Klik banner di atas untuk turut serta.

Cepat tau segmen ini tamat pada 6.08.2017.


Terima kasih atas sokongan anda untuk entri Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017

szi 😍

Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious


Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious
Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious


Senarai Hadiah Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Tempat Pertama
3 Komik Lawak Kampus (Jilid 13, 14 & 15)

Tempat Kedua
2 Komik Lawak Kampus (Jilid 20 & 21)

Tempat Ketiga
1 Komik Lawak Kampus (Jilid 18)

Tempat Keempat
1 Komik Lawak Kampus (Jilid 25)

Saguhati
Bloglist Selama Sebulan X 10 Pemenang

Wah seramai 17 Pemenang Elsa cari. Apa tunggu lagi? Jom join

Okay Bismillah. Klik banner untuk join


Terima kasih atas sokongan semua.  Jom kita meriahkan Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious.

szi 😍

Pencarian Bloglist OGOS 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pencarian Bloglist OGOS 2017


Sudah masuk hari ke-2 dalam bulan Ogos 2017.  Masih ada ruang dan kesempatan lagi untuk menyertai segmen Pencarian Bloglist OGOS 2017 yang dianjurkan oleh rakan blogger kita Sya Mimie melalui blognya Cinta Itu Indah.

Jom kita tengok banner segmen ini.

Pencarian Bloglist Ogos 2017

Pencarian Bloglist Ogos 2017


Untuk dapatkan info mengenai segmen sila klik banner di atas.

Terima kasih dan marilah kita ramai-ramai meriahkan segmen Pencarian Bloglist Ogos 2017.

szi.😍

Wordless Wednesday | Kaabah yang dirindui

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday |  Kaabah yang dirindui



Kaabah yang dirindui
Kaabah yang dirindui

szi 😍

01 Ogos 2017

Apa yang membuatkan kita bahagia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apa yang membuatkan kita bahagia




Jangan Pernah menjelaskan
diri kita kepada sesiapa.
Kita tidak memerlukan 
kelulusan sesiapa pun.
Jalani hidup kita dan
lakukan apa yang membuatkan 
kita bahagia

Selagi kita masih dijalan yang benar.



szi 👍


LAKARAN HIDUP DIBUMI TUHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


LAKARAN HIDUP DIBUMI TUHAN



Indahnya kehidupan yang kita lalui,
Diatur cerita yang kita sendiri belum pasti,
Diberi nafas untuk hidup rasa syukur di hati,
Diberi penglihatan untuk melihat keindahan alam semesta ciptaan ilahi,
Diberi pendengaran untuk kita rasai apa itu nikmat yang dimiliki,
Diberi percakapan untuk melafaz kata-kata yang suci.

Itulah dia lakaran hidup di bumi Tuhan,


Gambar Hiasan.  Kredit to @quotephotovideo 

Semua Allah berikan tanpa minta bayaran,
Semuanya itu patut kita rasa syukur tiada tandingan,
Bukalah mata seluas alam agar ketuk hati dengan rasa iman,

Itulah detik kau rasa indahnya hidup di bumi Tuhan.

Andai allah minta kita bayaran,
Tidak mampu kita berikan,
Walaupun dengan wang yang Dia rezekikan,
Itulah lumrah hidup di bumi Tuhan.

Wahai pemilik hatiku,
Bukalah mataku; melihat kebesaran-Mu,
Mensyukuri segala nikmat-Mu,
Langit tetap utuh walau tidak bertongkat; kerana-Mu,
Mentadabbur alam-Mu adalah keindahan yang diimpikan aku,
Tenang, bahagia, kuat bila Kau di sisiku.

Lumrah manusia itu lupa,
Indahnya bumi tidak ingat Syurga,
Maksiat dilakukan penuh suka,
Lupa; di sana pembalasan yang penuh duka.

Allahku,
Ingatkan aku agar tidak jauh daripada-Mu,
Gunakan nikmat hanya kerana-Mu,
Bumi dijadikan ladang tuaian hasil di Akhirat-Mu,
Ampunkan dosaku yang lalu,
Bawalah aku lebih mengenali-Mu,
Moga-moga Syurga adalah keindahan abadi milikku

.......
Sekali lagi, entri ini diciplak dari @quotephotovideo 

szi😌

Selamat Pagi | Ogos datang lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat Pagi |  Ogos datang lagi


Hari pertama bulan Ogos 2017.  Semoga bulan Ogos ini hadirnya membawa kebaikan dan kebahagiaann.  Hari-hari yang lepas biarkan berlalu, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.  Setiap yang berlaku jadikan sebagai peringatan kepada diri agar terus berhati-hati dalam setiap tindakan dan percakapan.


Selamat Pagi |  Ogos datang lagi

Selamat Pagi |  Ogos datang lagi


Pastinya banyak pengajaran dan pengalaman pahit manis sepanjang hari yang berlalu.  Jadikan semua itu sebagai pedoman untuk meneruskan hari-hari mendatang dengan lebih keceriaan dan kebahagiaan.


Terima kasih.  Selamat Pagi |  Ogos datang lagi


szi 💖