Pageviews

28 Julai 2017

KETABAHAN ITU MEMBERI KEKUATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


🍃 KETABAHAN ITU MEMBERI KEKUATAN 🍃  


🍃BERSYUKUR lah masih terus di beri KEHIDUPAN.

🍃BERTAUBAT lah segera jangan lambatkan.

🍃BERSYUKUR lah masih terus di beri KURNIAAN.

🍃PUJI lah syukur kepada Ar-Rahman.

🍃BERSYUKUR lah masih terus di beri KETURUNAN.

🍃Ingatlah itu AMANAH Tuhan.

🍃BERSYUKUR lah masih terus di beri PASANGAN.

🍃Segala KEKURANGAN kita cukupkan.

🍃BERSYUKUR lah masih terus di beri KESEMPATAN.

🍃Rebutlah GANJARAN yang ALLAH sediakan.

🍃BERSYUKUR lah masih terus diberi KESABARAN.

🍃KETABAHAN itu lah memberi KEKUATAN.


Save Palestine Pray for Al-Aqsha  @quotephotovideo
Save Palestine Pray for Al-Aqsha 
@quotephotovideo


🍃Sesungguhnya kami bersyukur pada MU Ya Allah atas segala rezeki yang Engkau berikan.

🍃Mudah-mudahan kami akan terus hidup dalam kesederhanaan.

🍃Mudah-mudahan juga hidup kami akan diberkati Tuhan.

🍃Inshaa Allah. Allahumma Aamiin Ya Rahman.



Terima kasih kerana membaca entri ini, KETABAHAN ITU MEMBERI KEKUATAN

szi 💖

25 Julai 2017

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul


Serius nie ... tak tau nak kata apa.  Jom layan jer dulu giveaway ini...

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul


Klik banner di atas untuk ikut serta dalam giveaway ini.

Jom kita ramai-ramai meriahkan Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

szi💖

Hari yang agak sibuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari yang agak sibuk


Seperti biasa juga setiap pun adalah hari yang sibuk.  Kenapa sibuk?  Sebab ada kerja.  Kalau tiada kerja balik rumah... rehat.  Mana ada istilah tiada kerja kalau kita sudahpun bekerja.  Setiap hari ada saja kerja yang perlu dilakukan dan disiapkan.  Ada tugas yang datang tiba-tiba, tugas yang tidak dirancang tetapi muncul untuk diselesaikan.  Lumrah kehidupan orang bekerja.




Hari ini, sibuk sikit kerana ada tugas baru yang perlu dilaksanakan.  Tugas baru di pejabat sekarang. Sebelum ini pernah juga buat tugas sebegini tetapi sudah terlalu lama.... hampir 15 tahun dahulu.

Bila dah dalam kesibukan ini macam-macam kerenah yang kita akan temui.  Kerenah manusia yang pelbagai.

Sama ada kita kenal seseorang itu sudah lama atau baru, kita masih perlu hormat dan jaga adab... mengikut apa peranannya ketika itu dan siapa kita ketika ini.  Dalam situasi yang berbeza pembawakan seseorang itu berbeza sedikt.  Langsung tidak sama ketika di kedai kopi atau ketika ceramah.  Semuanya ada karakter tersendiri.  Kita yang perlu mahirkan diri melihat kepada situasi dan keperluan semasa.

Justeru pengajarannya, walau di manapun kita berada sentiasalah ikut peraturan atau paling tidak jagalah adab di tempat orang.


Terima kasih kerana sudi melayan celoteh pada Hari yang agak sibuk.

szi😊