Hari yang agak sibuk
Seperti biasa juga setiap pun adalah hari yang sibuk. Kenapa sibuk? Sebab ada kerja. Kalau tiada kerja balik rumah... rehat. Mana ada istilah tiada kerja kalau kita sudahpun bekerja. Setiap hari ada saja kerja yang perlu dilakukan dan disiapkan. Ada tugas yang datang tiba-tiba, tugas yang tidak dirancang tetapi muncul untuk diselesaikan. Lumrah kehidupan orang bekerja.
Hari ini, sibuk sikit kerana ada tugas baru yang perlu dilaksanakan. Tugas baru di pejabat sekarang. Sebelum ini pernah juga buat tugas sebegini tetapi sudah terlalu lama.... hampir 15 tahun dahulu.
Bila dah dalam kesibukan ini macam-macam kerenah yang kita akan temui. Kerenah manusia yang pelbagai.
Sama ada kita kenal seseorang itu sudah lama atau baru, kita masih perlu hormat dan jaga adab... mengikut apa peranannya ketika itu dan siapa kita ketika ini. Dalam situasi yang berbeza pembawakan seseorang itu berbeza sedikt. Langsung tidak sama ketika di kedai kopi atau ketika ceramah. Semuanya ada karakter tersendiri. Kita yang perlu mahirkan diri melihat kepada situasi dan keperluan semasa.
Justeru pengajarannya, walau di manapun kita berada sentiasalah ikut peraturan atau paling tidak jagalah adab di tempat orang.
Terima kasih kerana sudi melayan celoteh pada Hari yang agak sibuk.
szi😊
lumrah manusia hidup sentiasa dikelilingi macam2 hal..nak rehat? cari masa dengan Dia Insyaallah rehat both jiwa dan perasaan malah fizikal jugak
BalasPadamPadanlah. Lima belas tahun yg lepas.
BalasPadam