Pageviews

18 Julai 2017

KISAH SUFI DAN SI PEMUKUL KUCING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KISAH SUFI DAN SI PEMUKUL KUCING


Kisah ini adalah perkongsian dari group Telegram.  Semoga bermanfaat dan memberikan kesedaran kepada kita semua.  Sememangnya penulisan ini bukannya datang dari idea saya sendiri tetapi ianya adalah diceduk dari idea orang lain.  Justeru idea ini disebarkan untuk pengetahuan lebih ramai lagi agar kita dapat manfaat dari pembacaan ini.


KISAH SUFI DAN SI PEMUKUL KUCING - Gambar hiasan


Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yang lemah ini??"

Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sehat, tetapi apabila sehat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"

Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dgn ALLAH.

DIA telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu ALLAH beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat ALLAH yg kita kecapi, kita durhaka kepada-NYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya ALLAH, walaupun kita durhaka kepada-NYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azab-NYA."

Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap ALLAH. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah ALLAH kelak kerana percubaan mendera kucingnya.

Renunglah diri kita.. berapa banyak kah kita sudah membuang "najis" di bumiNya ?..

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri kita serta mensyukuri segala nikmat pemberian-NYA..

Nauzubillah min zalik

Kita bukan setakat diakhir zaman tetapi KITA DIPENGHUJUNG AKHIR ZAMAN!!


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, KISAH SUFI DAN SI PEMUKUL KUCING.



szi.😌

17 Julai 2017

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com




Setelah sekian lama tidak update blog, Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com merupakan kategori segmen/kontes pertama yang disertai untuk tahun 2017.  Rindu betul dengan entri segmen dan contest.

Jom kita tengok apa yang menarik dengan Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com


Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com


Klik banner di atas untuk info.



Segmen ini tamat pada 11.59 malam 19 Julai 2017. Mia menjemput semua join segmen ini.

Jom ramai-ramai meriahkan Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com


szi.😊

Waktu dan Jiwa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Waktu dan Jiwa


Alhamdulillah, syukur diberikan kesempatan untuk melakarkan sedikit lagi ingatan buat diri sendiri. Bersyukur juga kerana masih ada peluang untuk menitipkan sesuatu di kanvas ini.  Semoga sedikit masa yang dicuri ini dapat memberikan sedikit pulangan untuk bekal hidup sepanjang hayat di sana kelak.

Waktu dan Jiwa


"Waktu ibarat pedang, jika engkau tidak menebasnya maka ialah yang akan menebasmu. Dan jiwamu jika tidak kau sibukkan di dalam kebenaran maka ia akan menyibukkanmu dalam kebatilan"  (Imam Syafi'i)

Kita mungkin seringkali terbabas dengan ruang masa yang kita ada.  Ambil masa sempurnakan agihan masa... supaya terus berada di landasan waktu yang diredhai Allah.


szi.😌

14 Julai 2017

Mencari catatan bersama semangat baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari catatan bersama semangat baru.  


Apabila terlalu lama laman ini dibiarkan sepi makanya SZ kini terasa seperti terasing di blog sendiri.  Ya, sudah terlalu lama tidak mengisi ruang ini dengan catatan ringkas atau catatan yang dipinjam dari mana-mana.  Catatan itu hilangnya bersama semangat.




Lalu... diperhatikan satu-persatu muka laman ini dengan harapan dapat mengumpul semula semangat untuk mencatat sesuatu.  Pada dasarnya catatan itu ada tetapi terlalu jauh tenggelam di dasar sana. Dasar yang dibuat sendiri.

SZ amat berharap dapat meneruskan penulisan di laman ini biarpun sedikit tetapi ada hasil.

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen di ruang ini.

szi.


30 Disember 2016

Setelah sekian lama menyepi dari online

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setelah sekian lama menyepi dari online


Alhamdulillah.  Setelah sekian lama menyepi dari online dan blogging, hari ini diberi kesempatan untuk bersiaran semula bersama blog kesayangan @yangbaik.  

Setelah sekian lama menyepi dari online dan blogging, tiada banyak yang dapat dilakarkan di kanvas ini.  Memandangkan kesuntukan idea untuk menulis masih menebal, begitu juga dengan semangat blogging yang masih lagi lemau dan suam-suam kuku.

Setelah sekian lama menyepi dari online dan blogging, terasa sedikit janggal untuk menulis. Terutama bila ada perubahan pada papanmuka blog.

Setelah sekian lama menyepi dari online dan blogging, tulisan ini berhenti di sini.  

Sekadar memberi salam dan menghangatkan semula dunia blogging menjelang 2017.


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Setelah sekian lama menyepi dari online.


21 Oktober 2016

Novel Giveaway by Arrien Amani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Novel Giveaway by Arrien Amani


Akak memang suka baca novel.  Dari zaman sekolah hingga sekarang zaman bekerja dan zaman beranak pinak.  Cuma kekangan masa tu memang tak dapat nak elaklah.  Namun minat tu tetap ada dan masih lagi ada.  Dengan adanya penganjuran giveaway sebegini secara tidak langsung dapat peluang untuk menambah koleksi novel.  Jika ada rezeki dapatlah hadiah novel, jika tiada pun tak mengapa asalkan dapat kongsi trafik ke blog dan berkenalan dengan blogger baru pun kira dah cukup.

Skema tak intro akak?

Hahaha, skema sangat kan.  So, tak perlu sangatlah nak layan angan-angan.  Kalau tidak dipecahkan ruyung mana dapat sagunya.

Jom klik banner di bawah untuk luaskan angan-angan dan dapatkan penerangan penuh. :P



Assalamualaikum :)

Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-


Jom!! ramai-ramai kita support giveaway rakan blogger.


Terima kasih sudi baca entri ini, Novel Giveaway by Arrien Amani.

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pada hari Jumaat ini, YB ambil kesempatan ini untuk menyertai giveaway hebat anjuran rakan blogger, Azlinda Alin.  Hadiahnya kalau tak silap jam tangan jenama Lisa Surihani.  Cantik sangat. Mudah-mudahan adalah rezeki YB untuk jam tangan cantik ni.  Ameen.

Seterusnya adalah entri penyertaan yang boleh didapati dari blog penganjur.  Mudah sangat.

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !



GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends


SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.



KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.


Semoga berjaya ! 


Nota YB:  Jom rakan blogger semua kita meriahkan giveaway ini, GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI







18 Oktober 2016

Manusia yang sebenar-benar bijak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Manusia yang sebenar-benar bijak



Manusia bijak


Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya,

"Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati.
Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai."

Wallahu a'lam.


Terima kasih baca enti ini, Manusia yang sebenar-sebenar bijak

17 Oktober 2016

SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO



Jom ambil semula mood berblogging.  Banyakkan entri hari ini dengan entri segmen yang mudah dah ringkas.  Kali ini YB join SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO.  Segmen ni nampaknya menarik dan mudah sangat.

Nak tahu?  

Jom klik banner di bawah.

SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO
SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO

Segmen berlangsung mulai 17 hingga 30 Oktober 2016.

Jom kumpul semula semangat berblogging.  Kita meriahkan segmen anjuran Wani, boleh tambah follower dan trafik blog juga.


Terima kasih baca entri ini, SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO


Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak


Ha! apa kes, tetiba pula nak rebut novel dari Cik Akak nieh.  Sebenarnya akak YB bukanlah tersentap dengan blog tetapi mood blogging kedaung ... tak payah cerita lah kenapa.  Tentu korang perasan kan, semenjak dua menjak ni blog YangBaik dah jarang dikemaskini.  Biasalah kan blogger picisan cap ayam.

Novel Suri Hati Mr. Pilot

Novel Suri Hati Mr. Pilot



Eh, tetiba pula buat cerita sendiri.  Sebenarnya akak YB nak cerita hari ini, dah tengahari baru sempat buka blog.  Terserempak pula dengan blog Cik Akak Comei.  Cik Akak sedang mengadakan segmen atau giveaway di blognya.  Apa lagi bila tengok adak novel Suri Hati Mr. Pilot, cepat-cepat mood menulis blog datang.

Jadi, ini adalah entri akak YB untuk giveaway "Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak".

Kenapa aku nak sangat Novel Suri Hati Mr. Pilot


Banyak sebab kenapa YB nak sangat Novel Suri Hati Mr. Pilot.  Antaranya:
1.  Sudah lama tidak beli novel, terutama novel bertemakan percintaan. :P
2.  Minat sangat dengan lakonan akak Neelofa.  
3.  Nak tambah koleksi novel.
4.  Nak tahu lebih cepat apa kesudahan cerita ini dan boleh buat perbandingan sama atau tidak dengan drama kat tv (ASTRO).  Kalau tak sama kat mana, dan kalau sama kat mana. 
5.  Ada juga hadiah dari Cik Akak untuk akak YB :P

Maaf lah akak YB tak pandai nak buat ayat menggoda seperti yang Cik Akak nak.  Akak YB buat ayat biasa-biasa saja.  Mudah-mudahan dengan ayat-ayat biasa ada lah rezeki akak YB rebut Novel Suri Hari Mr. Pilot.


Peluang merebut Novel Suri Hati Mr. Pilot berlangsung 14 Oktober 2016 hingga 19 Oktober 2016 sahaja.  Penyertaan tamat jam 12.00 malam - 19.10.2016.

Korang, masih ada masa lagi untuk sama-sama berebut novel cinta yang sedang hangat.  

Klik banner di atas untuk info seterusnya.