Pengikut Setia

18 Julai 2017

KISAH SUFI DAN SI PEMUKUL KUCING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KISAH SUFI DAN SI PEMUKUL KUCING


Kisah ini adalah perkongsian dari group Telegram.  Semoga bermanfaat dan memberikan kesedaran kepada kita semua.  Sememangnya penulisan ini bukannya datang dari idea saya sendiri tetapi ianya adalah diceduk dari idea orang lain.  Justeru idea ini disebarkan untuk pengetahuan lebih ramai lagi agar kita dapat manfaat dari pembacaan ini.


KISAH SUFI DAN SI PEMUKUL KUCING - Gambar hiasan


Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yang lemah ini??"

Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sehat, tetapi apabila sehat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"

Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dgn ALLAH.

DIA telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu ALLAH beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat ALLAH yg kita kecapi, kita durhaka kepada-NYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya ALLAH, walaupun kita durhaka kepada-NYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azab-NYA."

Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap ALLAH. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah ALLAH kelak kerana percubaan mendera kucingnya.

Renunglah diri kita.. berapa banyak kah kita sudah membuang "najis" di bumiNya ?..

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri kita serta mensyukuri segala nikmat pemberian-NYA..

Nauzubillah min zalik

Kita bukan setakat diakhir zaman tetapi KITA DIPENGHUJUNG AKHIR ZAMAN!!


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, KISAH SUFI DAN SI PEMUKUL KUCING.



szi.😌

3 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian