Pageviews

20 Ogos 2016

Segmen: Blogwalking By YangBaik

Segmen:  Blogwalking By YangBaik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen:  Blogwalking By YangBaik merupakan sambungan daripada segmen pertama yang pernah dianjurkan di blog YangBaik.  Nak tahu segmen pertama... silalah cari dengan gigihnya.

Ok.. Jom mulakan segmen blogwalking di blog YangBaik. YB nak kongsikan tips bagaimana korang boleh mendapat ramai kenalan rakan blogger.  Apa yang korang perlu buat adalah blogwalking ke setiap blog yang join segmen ini.  Itulah antara cara untuk dapatkan pembaca baru untuk blog kita. Korang pernah baca kan ayat-ayat cinta ni?  Tapi korang tak buat, sama macam YB pun :P.  

Tidak mahu menulis lebih banyak kerana YB tahu korang mesti tak sabar kan nak tengok apa YB telah sediakan untuk segmen ini.

Segmen:  Blogwalking By YangBaik

Segmen:  Blogwalking By YangBaik


Syarat Penyertaan Segmen


Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengikut syarat-syarat yang dinyatakan di bawah.  Kalau tak ikut jangan marah tau bila tidak dimasukkan dalam senarai.  



1.  Letakkan banner di atas di entri penyertaan.  Tujuannya supaya semua orang kenal ini adalah segmen blogwalking dari blog YangBaik. mudahkan untuk diingat ... ke macam mana.  Terpulang, janji syarat pertama mesti letak banner di atas.


2. Tajuk entri Segmen:  Blogwalking By YangBaik dan linkkan ke entri ini.


3.  Di dalam entri berkenaan terangkan secara ringkas mengapa anda join segmen ini dan apakah kebaikan blogwalking mengikut pandangan peribadi korang.  Kalau korang ambil idea orang lain bagilah kredit sikit...panjang karangan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

4.  Ceritakan juga serba sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia.  

5.  Lima peserta bertuah akan mendapat limited edition vanilla coffee scrub by Segobugo. :) [Support kawan-kawan wehhh]

Itu saja!  Senang kan?  

Tarikh tutup ? 25 Ogos 2016.  jam 6 petang !  Bagi tempoh lama sikit sebab segmen yang pertama dulu katanya cepatnya sangat tak sempat nak buat entri bagai..

Lebih dari masa yang diberikan ini YB tak dapat nak up link tu yer.. Sebabnya masa tu.. YB nak buat segmen lain pula....hehehe ..

Seperti biasa juga, YB mengharapkan segmen ini mendapat sambutan dan idea kepada rakan blogger untuk menulis entri yang lebih baik berkaitan isu semasa.
Terima kasih kerana join Segmen :  Blogwalking By YangBaik.



19 Ogos 2016

Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari

Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari.  Tiba-tiba rasa tertarikh pula dengan giveaway yang ini.  Walaupun bukan kerana Jepun tetapi kerana hati sudah tertarik.  Dari tadi dok belek entri ini, memikirkan macam mana nak buat pengisian untuk entri ini.  Untuk pengetahuan semua, giveaway ini dianjurkan oleh rakan blogger yang diberi nama Suzie atau Azie.  Mana-mana sajalah.

Akak tau, celoteh panjang lebar bukannya ada orang baca.  Tapi korang jangan silap pula, entri yang panjang lebar ini dibaca oleh en Google.  Mungkin juga ada seo sikit-sikit di dalam entri ini mana tau.  Kot kat Jepun ker ataupun kat nama Suzie ke... kan.

Hehehe.  Okey, jom kita tengok ada apa dengan giveaway ini.


giveaway dan pencarian bloglist

Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari


Klik banner di atas untuk berkenalan dengan penganjur dan seterusnya bacalah syarat-syarat yang dikenakan untuk menyertai giveaway ini.  YB percaya syarat yang dikenakan tidaklah berat sangat, korang pun boleh faham.

Berikut adalah antara ganjaran yang bakal diterima oleh peserta giveaway ini:


  1. 5 peserta yang bertuah akan menjadi senarai bloglist Jepun Mari sepanjang tahun 2016. Yang ini Azie akan baca setiap blog yang join contest ni, yang mana menarik perhatiannya akan senaraikan sebagai 5 bloglist yang bertuah.  Harap-harap blog YangBaik termasuk dalam senarai perhatian Azie... :P  Pastu korang akan tanya pulak, "menarik ke blog YangBaik nie?" Kan?
  2. Hadiah berbentuk tudung AJ klik sini 


Tempoh penyertaan :  18 Ogos 2016 - 23 September 2016.

Jadi, tunggu apa lagi... jom sertai giveaway ini.  Lagi ramai lagi meriah.


Terima kasih singgah baca entri ini, Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari.


Perempuan Mudah Tertangkap

Perempuan Mudah Tertangkap




Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perempuan Mudah Tertangkap

Perempuan sentiasa mudah tertangkap dengan perkara-perkara keduniaan.  
(Kerana itu sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah)

Tetapi apabila mereka dipupuk dengan kecintaan kepada akhirat, mereka akan menjadi lebih hebat daripada lelaki.


Perempuan mudah tertangkap

Timbang-timbangkan.


Terima kasih baca entri ini, Perempuan mudah tertangkap.