Pageviews

16 Ogos 2016

Manusia Tidak Suka Miskin

Manusia Tidak Suka Miskin



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Manusia Tidak Suka Miskin

Berkata Syeikh Abu Thalib Al Makki : 
"Manusia tidak suka miskin, tidak suka terhina dan tidak suka berpenyakit, padahal itu semua mungkin baik baginya untuk bekalan di Akhirat . Sebaliknya dia suka kaya, sihat dan ternama atau terkenal padahal semua itu bahaya di sisi Allah, tidak baik akibatnya."

- Al Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal Bin Hamzah

Manusia tidak suka miskin
Manusia tidak suka miskin
😊

Entri ini disalin semula dari https://telegram.me/kakHassanah.


Terima kasih baca dan komen entri ini Manusia Tidak Suka Miskin

15 Ogos 2016

Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh

Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh.  Bila baca 3 perkataan yang pertama tu senang saja sebutannya... masuk perkataan terakhir dah malas nak sebut sebabnya tak reti nak sebut. P Okeylah korang jangan kecam akak pulak.  Sebab tajuk tu akak salin jer dari penganjur giveaway ini. Oleh kerana kebebasan diberikan untuk memilih tajuk maka, akak ikut saja tajuk yang diberikan oleh penganjur untuk entri di blognya.

Okey ... nak bagi tahu ini adalah entri penyertaan YangBaik untuk Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh



Korang nak join jugak?  Jom klik banner di atas.

SAYA NAK DIAGNOSIS APOKALIPS . SEMOGA DIAGNOSIS APOKALIPS MENJADI MILIK SAYA

Giveaway ni berlangsung dari 05 OGOS 2016 - 05 OKTOBER 2016.

Cepat-cepat sebelum terlambat.  

Kalau nak simpan dalam kotak draf tu jangan lama-lama sangat nanti terlupa pula :P


Terima kasih sudi baca entri ini Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh

CPUV 1 hingga 5 Ogos 2016

CPUV 1 hingga 5 Ogos 2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

CPUV 1 hingga 5 Ogos 2016.  Eh ha... baru perasan hari ini dah masuk 15hb.  Maknanya hampir 10 hari tiada kempen CPUV baru melekat di blog YangBaik.  Agaknya Nuffnang pun dah tak tahu nak bagi kempen apa kat blog YangBaik.  Niche blognya bertukar-tukar dan tidak stabil.  Kadang-kadang ada 3 entri sehari kadang 3 hari baru ada entri... huhuhu.

Nampaknya kena tukar profail dan survey blog di Nuffnang, barulah Nuffnang perasan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan peluang untuk dapat iklan CPUV yang baru.  Agaknya nak letak apa yer kat profail tu nanti... Korang ada idea tak?

Sementara korang cari idea, apa kata kita tengok kejap antara iklan CPUV yang melekat di blog YangBaik.  Tengoklah, pastu korang bagi idea sikit apa akak patut telak kat profail tu nanti.... :D


pendapatan online
CPUV 1 - 5 Ogos 2016

Nampak tak apa CPUV yang melekat tu?

1.  Bidor Kwong Heng.  Kalau tak silap berkenaan sos tiram atau kicap keluaran sebuah syarikat di Bidor.  Dah masuk dalam internet !!

2.  LOT100 - Salt Candy.  Iklan ini pula berkenaan gula-gula baru keluaran LOT100.  Dulu ingat sama macam Lot10... huhuhu

3.  Toyota August Promo.  Yang ini pula iklan mengenai promosi harga kereta keluaran Toyota, antaranya Avanza, Innova dan Altis.  Siap dapat rebate RM8,000.00 lagi.. siapa boleh bagi? Kalau bukan Toyota.

Okeylah itu antara ringkasan senarai iklan CPUV yang sedang menari-nari di blog YangBaik.  Kalau korang singgah ni, ada iklan tu... korang klik lah yer... mana tau dapat maklumat yang korang cari tu.


Sekian dulu ceritera sebuah CPUV untuk hari ini.  Terima kasih Nuffnang dan terima kepada korang semua kerana sudi baca entri ini CPUV 1 hingga 5 Ogos 2016 yang seberapanya ini.