Pageviews

21 Mei 2016

Top komentator hari Jumaat

Top komentator hari Jumaat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setiap hari ada saja rakan-rakan meninggalkan komen di blog YB.  Walaupun ada ketika tiada entri baru dikeluarkan tetapi tetap juga ada yang meninggalkan komen pada entri lama.  Mungkin ada yang menarik perhatian mereka.

Istimewa pada hari ini, blog YB mendapat komentar yang banyak dari seorang blogger sahaja iaitu Adianiez Aida.  Jarang-jarang berlaku seorang blogger meninggalkan komentar yang banyak dalam satu hari melebihi 10 entri.



Penghargaan dan terima kasih tidak terhingga juga kepada semua rakan-rakan yang meninggalkan komen sesekali dua atau yang sekadar datang menjengok.  Trafik yang anda bawa cukup bermakna buat blog ini.

Kiranya kejutan di hari Jumaat, Top komentator hari Jumaat.



20 Mei 2016

10 Hotel Berdekatan Dengan Zoo Negara

10 Hotel Berdekatan Dengan Zoo Negara


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

10 Hotel Berdekatan Dengan Zoo Negara antara 16 daripada hotel yang berdekatan dengan Zoo Negara dalam jarak 5km.  Mengapa perlu penginapan untuk melawat Zoo Negara?  Dalam keadaan biasa jika kehadiran kita ke Zoo Negara sekadar untuk singgah sebentar dan keluar ke lokasi lain mungkin tidak memerlukan penginapan.  Namun, apabila kita merancang untuk melawat Zoo Negara pastinya banyak aktiviti yang boleh dilakukan.  Zoo Negara kini dengan keluasan 110 ekar dengan 450 spesis burung, reptilia, mamalia, ikan dan amfibia dari seluruh dunia sudah pasti memerlukan masa yang panjang untuk melawat semua lokasi berkaitan.





Memandangkan cuti persekolahan sudah hampir, maka antara aktiviti popular di kalangan ibu bapa adalah membawa anak-anak melawat Zoo Negara.  Pasti ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang pernah pergi ke Zoo Negara, paling tidak pernah mendengar cerita dan kehebatan serta sejarah Zoo Negara.  Zoo Negara terletak di Ulu Kelang berhampiran Taman Melawati dan terletak kira-kira 5km dari pusat bandar Kuala Lumpur.



Zoo Negara.  sumber gambar


Tempahan hotel berdekatan Zoo Negara


Tempahan hotel kini menjadi semakin mudah dengan adanya Agoda.  Apa yang perlu dilakukan adalah hanya menaip lokasi yang hendak dituju berserta tarikh, senarai hotel berhampiran akan tersenarai lengkap dengan kemudahan yang ada serta jarak.  Cuba sendiri, anda pasti teruja dengan kemudahan yang disediakan.  Pilih saja dari jenis hotel yang paling popular, jarak atau harga yang ditawarkan oleh hotel... semuanya terletak di hujung jari anda.  

Senarai hotel berdekatan Zoo Negara


Berikut adalah antara 10 hotel yang terletak berdekatan Zoo Negara, bermula dengan hotel yang paling hampir ketika entri ini ditulis.


1. New Wave Hotel Melawati
Terletak di tengah-tengah Ampang, New Wave Hotel Melawati merupakan tempat yang sesuai untuk meneroka Kuala Lumpur. Dari sini, tetamu boleh menikmati akses mudah kepada semua yang bandar meriah ini boleh tawarkan. Pelawat yang datang ke hotel boleh melawat tarikan utama di bandar ini seperti: Zoo Negara, Pusat Beli-Belah Wangsa Walk.

2. Senyum Zoo Negara Retreat
Senyum Zoo Negara Retreat menawarkan banyak kemudahan untuk memperkayakan penginapan anda di Kuala Lumpur. Hotel ini menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang luas, termasuklah Wi-Fi percuma dalam semua bilik, Wi-Fi di tempat awam, tempat letak kereta, bilik keluarga, kawasan ruang istirehat/TV kongsi.

3. Melawati Hotel
Terletak di kawasan yang indah di Ampang.  Melawati Hotel menikmati posisi megah di hab bisnes, beli-belah, restoran di Kuala Lumpur. Dari sini, tetamu boleh menikmati akses mudah kepada semua yang bandar meriah ini boleh tawarkan. Syurga untuk berehat dan bersantai, hotel ini akan menawarkan pembaharuan penuh hanya beberapa langkah dari pelbagai daya tarikan bandar seperti Zoo Negara, Zoo Negara, Wangsa Walk Mall.

4. Cameo Mansion
Terletak 16 km dari keseronokan bandar, hotel 3-bintang ini terletak di lokasi yang sangat baik dan menyediakan akses kepada tarikan terbesar di bandar. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.

5. Bjorn Boutique Hotel Wangsa Maju
Terletak di area Setapak di Kuala Lumpur. Pusat bandar hanya 9.5 km jauhnya dan boleh sampai ke lapangan terbang dalam tempoh 56 minit. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.

6. Smart Hotel Wangsa Maju
Terletak di Setapak, Smart Hotel Wangsa Maju merupakan tempat menarik untuk memulakan pengalaman di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Hotel ini tidak terlalu jauh dari pusat bandar: hanya sejauh 15 km, dan kebiasaanya mengambil masa kira-kira 75 minit untuk sampai di lapangan terbang. Bagi anda yang ingin pergi agak jauh, Pusat Beli-Belah Wangsa Walk, Pusat Pelawat Royal Selangor, Zoo Negara merupakan beberapa daya tarikan untuk pelawat.

7. Orange Premier Hotel Wangsa Maju
Menawarkan penginapan yang berkualiti tinggi di daerah aktiviti malam, restoran, beli-belah di Kuala Lumpur, Orange Premier Hotel Wangsa Maju merupakan pilihan popular untuk kedua-dua tujuan perniagaan dan percutian. Pusat bandar hanya 5 km jauhnya dan boleh sampai ke lapangan terbang dalam tempoh 60 minit. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.

8. My Home Hotel Setapak 1
Menawarkan penginapan yang berkualiti tinggi di daerah aktiviti malam, beli-belah, restoran di Kuala Lumpur, My Home Hotel Setapak 1 merupakan pilihan popular untuk kedua-dua tujuan perniagaan dan percutian. Dari sini, tetamu boleh menikmati akses mudah kepada semua yang bandar meriah ini boleh tawarkan. Bagi anda yang ingin pergi agak jauh, Pusat Pelawat Royal Selangor, Pusat Beli-Belah Wangsa Walk, Kelab Golf Titiwangsa merupakan beberapa daya tarikan untuk pelawat.

9. Hotel Pritty
Terletak di Setapak, Hotel Pritty merupakan tempat menarik untuk memulakan pengalaman di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Terletak hanya 11 km dari pusat bandar, para tetamu berada di lokasi sesuai untuk menikmati tarikan dan aktiviti di sekitar bandar. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.

10. Festival Boutique Hotel @ Setapak
Terletak pada kedudukan yang baik di kawasan aktiviti malam, restoran, beli-belah di bandar Kuala Lumpur, Festival Boutique Hotel @ Setapak menyediakan tempat yang paling sesuai untuk anda berehat seketika dari kesibukan hari anda. Hotel ini tidak terlalu jauh dari pusat bandar: hanya sejauh 4.8 km, dan kebiasaanya mengambil masa kira-kira 60 minit untuk sampai di lapangan terbang. Hotel moden ini berada di sekitar kawasan tarikan bandar yang popular seperti Pusat Pelawat Royal Selangor, Pusat Beli-Belah Wangsa Walk, Kelab Golf PDRM.


Senarai hotel di atas hanyalah sekadar panduan kepada sesiapa yang bakal berkunjung ke Zoo Negara.  Pilihan terletak di tangan anda.  Sama ada untuk memilih salah satu dari hotel yang tersenarai di atas atau tempat penginapan lain berdasarkan kemampuan dan keselesaan.

Terdapat banyak pilihan hotel, berdasarkan kekosongan serta hasrat kita sendiri.  Oleh kerana YB belum pernah menginap lagi dari mana-mana hotel yang tersenarai di atas, jadi tidaklah dapat menulis sepenuhnya pengalaman penginapan di hotel berkenaan.  

Keterangan mengenai 10 Hotel Berdekatan Dengan Zoo Negara diambil dari Agoda.com.  Semoga dapat dijadikan panduan kepada anda yang bakal melawat Zoo Negara.

Terima kasih kepada otai blogger Hasrul Hassan atas lontaran idea bagi menulis entri ini, dan terima kasih tidak terhingga kepada anda semua yang sudi singgah baca entri 10 Hotel Berdekatan Dengan Zoo Negara.  

Wedding Anniversary Giveaway

Wedding Anniversary Giveaway



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Untung badan dapat hadiah dari pengantin lama... huhuhu.  Kali ini YB join giveaway yang dianjurkan oleh makjem.  Kenapa makjem?  Bagi menjawab soalan itu korang kena belek dulu entri ini sampai habis.  YB sendiri pun pada awalnya sangatlah keliru dengan GA ini kerana kurang pasti dengan penganjurnya.  Setelah beberapa blog YB jelajah, baru jumpa siapa blog yang menganjurnya giveaway ini... Korang nak tahu?

Baca sampai habis entri ini.  Kalau malas sangat skroll jer sampai bawah nanti korang akan jumpa link untuk penganjur sebenar giveaway ini.

Okey sebelum tu... kita tengok apa yang penganjur sediakan untuk giveaway ini:



wehuuuuu.......


kali ni makjem nak buat satu GA sempena Wedding Anniversary mak jem yang ke-4

kali ni kepada hampa yang bertuah, 


AKAN DAPAT:












PURSE PERFUME ORIGINAL PERFUME YA




ATAU





COVO LIP MATTE YANG SUPER BEST!!!



SYARAT-SYARAT:



SYARAT PENYERTAAN



1) Mestilah follow blog ini (klik) telebih dulu


2) Follow Instagram @aliafarhan 


3) Like PAGE VANILLA FREAK


4) Follow Instagram @gilaperfume_gilamakeup

cari gambar ini dan tag 3 rakan anda







5) Buat 1 entry bertajuk 'Wedding Anniversary Giveaway By Alia'



6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini



7) Tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini




TARIKH AKHIR 31 MAY INI....



GOOD LUCK SEMUA

Okey.  Dah jumpa ke link untuk giveaway ini?  Harap-harap korang dapat jumpa lah yer.  Jom berikan sokongan anda kepada rakan blogger kita Vanilla Freak.


Terima kasih atas sokongan anda untuk entri Wedding Anniversary Giveaway

#Ananasgoodmood Shawls Giveaway

#Ananasgoodmood Shawls Giveaway



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tidak banyak yang dapat diceritakan mengenai giveaway kali ini.  Memandangkan mood untuk berblogging semakin lemau yang dipengaruhi oleh perut yang sudah hampir masuk angin... sebab tak makan lagi.  Sarapan pagi tadi hanya bertemankan secawan teh o dan sekeping roti kaya... manakan cukup hingga tengahari.

Tetapi demi semangat untuk berblogging, maka hasrat untuk menerbitkan entri ini diteruskan juga. Jika diikutkan penganjurnya bercerita dalam bahasa Inggeris tetapi tetapi YB bercerita dalam bahasa Malaysia sudah lah ehh...

Yang penting giveaway dianjurkan bersempena meraikan usia blog yang ke-2 tahun dan bilangan followers yang kini telah mencapai 200.  Tahniah!



Klik banner di atas untuk melihat syarat-syarat giveaway.

Untuk makluman juga, penganjur telah menyediakan shawl sebanyak 5 helai sebagai hadiah.  Bukan sahaja blogger wanita malahan blogger lelaki juga dialuk-alukan untuk menyertai giveaway ini.

Giveaway ini bakal ditamatkan pada 22 Mei 2015.  

Jadi, apa tunggu lagi.  Cepat-cepat klik banner di atas dan kita pakat ramai-ramai berikan sokongan kepada rakan blogger Nur Farhana.


Terima kasih atas sokongan semua untuk entri #Ananasgoodmood Shawls Giveaway.

Dunia ini tempat berlumba

Dunia ini tempat berlumba



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gambar hiasan


Barang siapa mengetahui bahwa dunia ini adalah negeri tempat berlomba untuk meraih dan mengumpulkan amal shalih, dan ia pun mengetahui bahwa semakin tinggi kedudukan seseorang dalam ilmu dan amal maka makin tinggi pula kedudukannya di surga kelak, maka ia tidak akan menyia-nyiakan waktu sedikitpun dan akan berusaha memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya, dan ia tidak akan melewatkan kesempatan sekecil apapun untuk berbuat baik.  (Ibnu 'Aqil)


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri Dunia ini tempat berlumba

19 Mei 2016

Terhempas lagi

Terhempas lagi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Terhempas lagi hati dan perasaan ini
Membuahkan satu rasa keliru
Entah bagaimana hendak dicantum semula
Rasa hati ini tidak ketahuan 


Terhempas lagi
Entah ke berapa kali berhempas pulas melawan gelora
Terhempas ke batu ia bersepai
Terhempas ke air ia terpercik
Terhempas ke belukar ia pintang


Terhempas lagi hati dan perasaan ini
Setelah sekian lama mengendong seribu rasa
Melawan onak duri layar impian
Memulih semula semangat yang hilang



Terima kasih kerana sudi bermonolog bersama Terhempas lagi

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Rajin betul cik akak kita sorang ni pergi holiday.  Dan, setiap kali pergi holiday ada saja ole-ole yang dibawa untuk peminat setia blognya.  Yang sebetulnya akak YB pun entah dah berapa kali terlepas pandang cerita-cerita holiday akak Sally nie.  Tetapi cerita-cerita mengenai holiday tu tak per boleh kita baca kemudian... yang sedihnya tu... bila akak Sally buat giveaway, akak terlepas.  Bila terlepas giveaway memang melepaslah peluang untuk dapatkan link percuma dari peminat tegar K-Pop nie :P

Jom kita tengok apa yang Sally sediakan untuk giveawaynya kali ini.

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)


Klik banner di atas untuk turut serta.

Untuk rekod, Sally akan memilih 10 orang blogger menggunakan random.org..

Antara hadiah yang ditawarkan adalah:
  • 5 keping poskad DIY by Sally, 
  • 5 Key-chain/Fridge Magnet

Giveaway ini bermula : 12hb Mei 2016 (9.45pm) dan tamat : 20hb Mei 2016 (11.59pm) ... oiii dah dekat sangat dah... cepat-cepat join giveaway nie.

Ini adalah pesanan Sally, kepada yang tiada Instagram atau Facebook...takpe...masih boleh join tapi jangan la takde blog ye... 

Meh kita reramai berebut trafik dan hadiah dari Sally 

Terima kasih sudi singgah baca entri Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)

Antara yang dicintai dan disukai

Antara yang dicintai dan disukai



Assalamualaikum dan selamat sejahtera




 Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.
(Salah seorang ahli hikmah)


Terima kasih sudi singgah baca entri Antara yang dicintai dan disukai.

18 Mei 2016

Mohon Bantuan

Mohon Bantuan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Terima kasih sudi singgah dan komen Mohon Bantuan :D

Siapa mukmin sejati

Siapa Mukmin Sejati



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sejarah Umat Islam.  Gambar hiasan


Mukmin sejati bukanlah mukmin yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah. Akan tetapi, mukmin sejati adalah mukmin yang apabila bermaksiat kepada Allah maka ia bersegera untuk kembali dan bertaubat kepada-Nya.
(Sebagian Ahli Hikmah)


Terima kasih sudi singgah baca Siapa Mukmin Sejati.