Pageviews

07 Februari 2016

Perlakuan Kita Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perlakuan Kita Memberi Manfaat Kepada Orang Lain


Apa yang kita buat itulah yang dilihat orang.

Apa yang kita sebut ada ketikanya tidak diingat orang, kerana mata yang melihat itu lebih dekat dengan akal yang berfikir.  Sedangkan bila kita mendengar kita jarang dapat memahami apa yang yang dikatakan melainkan setelah kita melihat perbuatannya.

3 macam perlakuan
3 macam perlakuan

Hendaknya setiap mukmin memperoleh tiga macam perlakuan darimu; Jika kamu tidak dapat memberinya sesuatu manfaat maka janganlah membahayakannya, jika kamu tidak bisa membahagiakannya maka janganlah membuatnya sedih, dan jika kamu tidak memujinya maka janganlah mencelanya.  (Yahya bin Mu'adz)

Semoga kita sentiasa menjadi contoh dan ikutan yang baik.


Terima kasih atas kesudian meluangkan masa di sini.

06 Februari 2016

Antara punca dosa manusia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara punca dosa manusia


Banyak punca yang boleh menjadikan kita ini manusia yang berdosa.  Bukan kerana manusia lain tetapi kerana diri kita sendiri.  Nauzubillah.  Semoga kita dijauhkan dari kesilapan yang boleh dielakkan.

Dosa Lidah
Dosa Lidah

Kebanyak dosa manusia muncul dari lidahnya.  (HR Tabarani)

Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan peringatan buat diri sendiri.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen untuk entri Antara punca dosa manusia.


05 Februari 2016

#1 SEGMEN FROM ME

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



#1 SEGMEN FROM ME


Sudah beberapa hari tidak join segmen dan giveaway. Ada juga entri segmen yang tersimpan dalam draf terpaksa dilupuskan kerana telah tamat tempoh. Aduh sayangnya. Jadi, bagi tidak menghampakan peluang yang ada dengan ini sepantasnya YangBaik terus saja buat entri penyertaan untuk #1 SEGMEN FROM ME yang dianjurkan oleh rakan blogger yang dikenali dengan nama SARAH.  

Hai Sarah, awak apa khabar?

Jom kita tengpk banner segmen Farah ... cantikk

#1 Segmen From Me

Teruja kan nampak blink-blink yang terletak cantik pada banner tu.  Jom klik banner di atas untuk turut serta merasai keterujaan join segmen ini.

Yeee haa...

Segmen dijangka tamat 15 Februari 2015.  

Selamat bersegmen kepada semua.  Cepat-cepat klik banner di atas dan dapatkan maklumat lanjut mengenai segmen ini.

Terima kasih atas sokongan anda semua.  Jom sertai #1 SEGMEN FROM ME.