Pageviews

03 Februari 2016

02 Februari 2016

Aku bukan yang terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Aku bukan yang terbaik


Setiap orang pasti mengalami situasi yang sama walaupun tidak serupa.
Kita sedaya upaya melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sehabis baik walaupun selalu tidak menjadi.
Kita belajar dari kesilapan lalu.
Kita bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Kita berguru pada yang kita rasakan dia tahu.

Tetapi kita akan disalah anggap.
Atau semua anggapan itu hanya mainan perasaan kita?
Tidak pasti.

Pasti kedengaran suara-suara harmoni yang merdu lagi gemersik.
Mengusik manja seolahnya kita ini mahu tunjuk pandai.

Sedih.
Kerana dalam proses kita belajar untuk menjadi yang terbaik.
Kita dilihat sebagai hendak menunjuk.

Aku bukan yang terbaik
Aku bukan yang terbaik

Aku bukan yang terbaik
namun aku selalu belajar
untuk memberikan yang terbaik
dan untuk menjadi yang terbaik


Sekian adanya.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri Aku bukan yang terbaik.

Top Komentator Blog YangBaik Januari 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Top Komentator Blog YangBaik Januari 2016


Blog pastinya sunyi sepi bila entri yang dikeluarkan tidak mendapat komen.  Bermakna tiada komunikasi dua hala.  Namun bukanlan menjadi kesalahan bila tiada komen pada entri.  Bagaimana rakan pengunjung mahu meninggalkan komen sekiranya entri yang dikeluarkan tidak memberi maklumat seperti yang disangka.

Penting juga untuk kita meninggalkan komen pada entri yang dikeluarkan oleh rakan blogger yang lain.  Kita perlu sering berkunjung ke blog rakan-rakan.  Konsep 'what you give, you get back' tidak boleh dikesampingkan.  Apa yang kita beri itulah yang akan kita dapat kembali. 

Top Komentator Januari 2016

Di atas adalah di antara rakan blogger yang rajin berkomunikasi di blog YangBaik sepanjang bulan Januari 2016.  Dalam erti kata lain mereka meninggalkan komen pada entri-entri yang dikeluarkan oleh YangBaik.  Terima kasih.

Sebagai penghargaan, jom kita jejaki semula blog mereka.

1.  Ms Qiya Saad (6)
3.  Ardilla Noorezan (5)
4.  alya_chan (3)
5.  Kak Nieyl (3)
6.  Sally Samsaiman (3)
7.  ariefsigli (2)
8.  Bonda Zahra (2)
9.  CikLa Shahril (2)
10.  kennymerligal (2)


Kepada rakan blogger senyap, terima kasih juga atas kunjungan anda.  Tanpa pengunjung, bagaimana bisa blog ini mampu bersiaran.  Walaupun kadang-kadang siarannya tidak menentu kerana mood penulisnya yang tidak menentu.  huhuhuhu


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen anda pada entri Top Komentator Blog YangBaik Januari 2016.

*-*