Pageviews

02 Februari 2016

CPUV Ke-7, 8 dan 9 Tahun 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Ke-7, 8 dan 9 Tahun 2016


Agak terlewat pula YangBaik keluarkan entri ini.  Boleh lah dikatakan entri ini entri "pandang belakang", kerana hari ini sudah masuk hari ke-2 bulan Februari, baru nak keluarkan entri CPUV yang diterima pada bulan Januari.  Aduh... harapan YangBaik adalah Nuffnang tidak akan mendenda atau menarik CPUV ini dengan cepat.  Kali ini YangBaik kongsikan kempen CPUV yang ke-7, ke-8 dan ke-9 yang telah diterima dan sedang berlangsung.

CPUV ke-7, 8 dan 9 2016

CPUV ke-7 adalah Titan Watch Launch.  Titan adalah jenama jam tangan yang popular dan berprestij.  Pastinya menjadi idaman setiap orang mengikut kemampuan dan minat juga.

CPUV ke-8 pula adalah Huawei Mate S.  Huawei, satu jenama yang hebat juga dalam arena telekomunikasi.  YangBaik ada satu jenama yang sedang digunakan sekarang.  BEST WEI!!!

Okey, CPUV ke-9 adalah Panadol Actifast.  Biarpun iklannya tidak melibatkan Panadol secara langsung tetapi boleh kita kaitkan bagaimana kehidupan sekarang yang mementingkan kesegeraan. Semuanya mesti segera.  Aktiviti kita pastinya terbatas apabila kesakitan menyerang. 

Demikianlah serba sedikit dan ringkasan review CPUV yang sedang bernari-nari di blogYangBaik.


Terima kasih atas kesudian singgah dan meninggalkan komen untuk entri CPUV Ke-7, 8 dan 9 Tahun 2016

01 Februari 2016

Berjaya juga habiskan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berjaya juga habiskan


Memang tidak percaya.  Tetapi kena percaya sebab ubat ini mesti dihabiskan.  Jika tidak dihabiskan akan mendatangkan kesan sampingan dan boleh memudaratkan.  Hmmm... memang susah nak percaya tetapi itulah... seperti yang telah dinasihatkan oleh Doktor.

Hari ini, YangBaik telah berjaya habiskan ubat antibiotik yang telah diberikan oleh Doktor gigi tempoh hari.  

Habis juga

Kurang jelas.  Tak mengapa.  Boleh tengok entri lepas... carilah.  

Lepas ini... boleh pergi semula ke klinik gigi dan buat temujanji dengan doktor untuk cabut gigi. Harus pergi segera agar tidak perlu lagi menderita tahan sakit.  Sampai bila harus menahan sakit sekiranya kesakitan itu boleh ditamatkan.

Terima kasih atas khidmat nasihat yang telah diberikan dan terima kasih kerana sudi juga menjengok entri Berjaya juga habiskan.




Tersenarai dalam Most VVIP Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tersenarai dalam Most VVIP Blogger


Begitulah adat dalam bersahabat dan berblogging.  Penghargaan yang diberikan oleh rakan blogger pastinya yang amat bermakna.  Namun tidak semestinya kita bersahabat untuk mendapat penghargaan tetapi kerana kita hendak bersahabat.

Secara jujurnya, YangBaik tidaklah mengharapkan sangat untuk terpilih, termasuk dalam senarai peserta sahaja sudah cukup mengharukan.  Namun apabila terpilih sebagai salah seorang daripada pemenang ianya merupakan satu bonus dan pastinya sesuatu yang amat mengembirakan.  Terasa ingin melompat setinggi langit... hehehe tapi tak mampu pulak.


VVIP Blogger
VVIP Blogger

Entri penyertaan di SINI.  

Di SINI pula adalah entri pengumuman pemilihan pemenang.  

Terima kasih kepada anda semua yang mendoakan dan juga kepada penganjur Segmen  JOM Tambah Kawan BLOGGER !!!, Munirah Mustafar.


Akhir kata, terima kasih kepada anda semua yang membaca dan meninggalkan komen di entri Tersenarai dalam Most VVIP Blogger.