Pageviews

12 Januari 2016

Segmen Bloglist & Blogwalking By Beautiful Of Iman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Bloglist & Blogwalking By Beautiful Of Iman


Iman adalah mutiara di dalam hati manusia yang menyakini Allah Maha Esa Maha Kuasa.  Tanpamu iman bagaimanalah merasa diri hamba padaNya, tanpamu iman bagaimanalah menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.  Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai.

Walau apapun caranya jua, engkau mendaki gunung yang tinggi, engkau merentas lautan api.  Namun tak dapat jua dimiliki, jika tidak kembali pada Allah.

Tiba-tiba pula akak YB teringatkan bait-bait lagu nasyid yang pernah popular sedikit masa dahulu. Lagu Iman Mutiara yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan.

Okey, kembali kepada tajuk entri ini Segmen Bloglist & Blogwalkung By Beautiful of Iman. Segmen ini dianjurkan oleh pemilik blog Beautiful of Iman iaitu Nurul Liyana Syafiqah.

YangBaik secara rasminya dengan ini menyertai segmen ini.  Kepada rakan blogger semua sila klik banner di atas untuk dapatkan maklumat dan syarat-syarat penyertaan.  

Segmen ini akan ditutup pada 15 Januari 2015.  

Jom kita meriahkan segmen yang menarik ini kerana blog setiap peserta akan dimasukkan dalam blogslist selama 4 bulan.  Satu tempoh yang agak lama.

Okey... jom klik banner di atas.

Selamat bersegmen semua.  Terima kasih.

Alexa Traffic Rank Blog YangBaik 12 Januari 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Traffic Rank Blog YangBaik 12 Januari 2016


Agak lama juga memikirkan kaedah yang betul untuk mengeluarkan entri berkenaan Alexa Traffic Rank blog YangBaik.  Sehingga kini belum juga ditemui cara yang sesuai.  Nampaknya YangBaik perlu lebih banyak buat kajian dan belajar bagaimana blogger-blogger otai bermain ayat dengan Alexa Traffic.

Alexa Rank terakhir dikeluarkan pada bulan Oktober 2015.  Hampir mencecah 3 bulan rupanya YangBaik tidak bersiaran bersama Alexa Rank.  Manakan tidaknya, setelah domain bertukar dari dotcom kepada dotmy kedudukan Alexa Rank blog YangBaik jatuh menjunam dan menjadi tidak stabil.  Jadi mood nak menulis mengenai Alexa Rank juga menjadi pudar.  

Tetapi hari ini mood itu kembali semula walaupun tidaklah seindah dahulu. huhuhu.  Untuk melihat senarai entri berkaitan Alexa Rank di blog YangBaik boleh KLIK SINI.

Berikut adalah gambaran Alexa Traffic Rank blog YangBaik sehingga hari ini, 12 Januari 2016.

Alexa Traffic Ranks 12 Januari 2016


Global Rank: Global rank icon 21,899,059 menjunam 18,011,693 berbanding 3 bulan lepas 
Rank in Malaysia:  Tiada data, mungkin juga kerana melepasi rank 500 di Malaysia.
Links : 214

Berbeza sangat dengan keputusan trafik untuk bulan Januari 2015.  Jatuh menjunam.  Sudah beberapa kali jatuh bangun dan pastinya jatuh bangun itu akan terus berlaku dalam kehidupan kita.




Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink 


Give away lagi?  Yup.  Pastinya blog anda lebih meriah dengan kepelbagaian entri berkaitan give away.  Jom kita meriahkan entri blog dengan giveaway anjuran Nurfuzia & Mamalink.  Banyak yang menarik sebenarnya dengan giveaway ini kerana ia menawarkan hadiah bernilai RM500.  Selain dari itu rakan sponsar nya seramai 9 orang, boleh kita tambah kenalan dari kalangan rakan blogger secara tidak langsung.  Mungkin ada blogger yang kita tidak pernah kenal atau ada juga blogger yang kita pernah kenal... di alam maya.


klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist


Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini

Senarai Hadiah Hebat

Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula

Senarai Peserta Hebat