Pageviews

03 Oktober 2015

Ada apa dengan pujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada apa dengan pujian


Kita, biasa memuji anak-anak bila mereka melakukan sesuatu yang kita suka atau apa saja yang menarik.  Lazimnya semasa kecil kita puji setiap kelakuan anak-anak.  Tanpa kita sedari kadang-kadang pujian juga boleh menjejaskan imej dan jati diri anak-anak.  Walau apa pun cara didikan anak-anak hanya ibu bapa saja yang tahu.

Selain dari itu, kita juga biasa mendapat pujian dan biasa juga memberikan pujian.  Cuma kita perlu berhati-hati dengan setiap pujian.  Pada YangBaik, pujian ini ada masa kita boleh terima dan kembalikan kepada Pencipta kita.  Kerana Dia yang berhak dipuji.

Ada apa dengan pujian
Ada apa dengan pujian

Jika seseorang memujimu dengan sesuatu yang tidak ada pada dirimu, maka janganlah kamu merasa aman dari celaan seseorang terhadapmu atas sesuatu yang tidak ada pada dirimu.  (Wahb bin Munabbih)

 "Segala puji bagi Allah".

02 Oktober 2015

Top Komentator Blog YangBaik September 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Top Komentator Blog YangBaik September 2015


Pada bulan September sekali lagi blog YangBaik mengubah template dan terdapat beberapa pindaan keatas beberapa widget.  Kehilangan widget komentator bulanan satu hal yang dirasakan amat dikesali.  Namun YangBaik tetap berusaha mencari semula daripada mana-mana sumber yang menyediakan tutorial untuk widget komentator bulanan.  Dan, akhirnya YangBaik terjumpa widget ini di blog SihatiMerahJambu kepunyaan rakan blogger Azhafizah.

Hasilnya, berikut adalah antara top komentator di blog YangBaik sepanjang bulan September 2015.

Top Komentator September 2015

Top Komentator September 2015


Senarai Top Komentator bulan September 2015.


Terdapat dari kalangan mereka adalah rakan blogger baru dan ada juga rakan blogger yang kembali semula setelah sekian lama menyepi dari meninggalkan komen di blog YangBaik.

Walau apapun terima kasih juga kepada rakan blogger senyap yang singgah baca tanpa sebarang komen.  Ada juga jejak anda dari link yang singgah.



Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com


Selagi ada kesempatan kita guna dengan sebaik-baiknya.  Berikan sokongan kepada rakan blogger yang anjurkan giveaway.  Mungkin juga kita tidak berkesempatan menyertai semua giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger tetapi itu bukan alasan untuk tidak memberikan sokongan.  

Kali ini YangBaik join giveaway yang dianjurkan rakan blogger Syafiyah.  Giveaway kedua yang secara kebetulan dibuat pada bulan yang sama dengan giveaway pertama.  Ada keistimewaan pada bulan Oktober agaknya.

Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com

Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com

Klik banner di atas untuk turut serta.  Giveaway berakhir pada 31 Oktober 2015.

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger.  

Semoga berjaya!!!