Pengikut Setia

03 Oktober 2015

Ada apa dengan pujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada apa dengan pujian


Kita, biasa memuji anak-anak bila mereka melakukan sesuatu yang kita suka atau apa saja yang menarik.  Lazimnya semasa kecil kita puji setiap kelakuan anak-anak.  Tanpa kita sedari kadang-kadang pujian juga boleh menjejaskan imej dan jati diri anak-anak.  Walau apa pun cara didikan anak-anak hanya ibu bapa saja yang tahu.

Selain dari itu, kita juga biasa mendapat pujian dan biasa juga memberikan pujian.  Cuma kita perlu berhati-hati dengan setiap pujian.  Pada YangBaik, pujian ini ada masa kita boleh terima dan kembalikan kepada Pencipta kita.  Kerana Dia yang berhak dipuji.

Ada apa dengan pujian
Ada apa dengan pujian

Jika seseorang memujimu dengan sesuatu yang tidak ada pada dirimu, maka janganlah kamu merasa aman dari celaan seseorang terhadapmu atas sesuatu yang tidak ada pada dirimu.  (Wahb bin Munabbih)

 "Segala puji bagi Allah".

1 ulasan:

  1. kita yg dah berusia ni pon kalau org puji, kemain kembang haaa sampai nak terkoyak kain..hehehe

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian