Pageviews

19 Ogos 2015

Biarkanlah Drama Band

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biarkanlah Drama Band


Biarkanlah.  Pertama kali dengar lirik lagu ini sudah jatuh cinta.  Bukan kerana lirik sahaja tetapi juga kerana lagunya yang mendayu tetapi cukup bermakna.  Kadang-kadang kedengaran anak-anak menyanyikan lagu Biarkanlah... sesekali pelat dan tidak berapa jelas, tetapi itulah anak-anak kan... Biarkanlah... 

Biarkanlan Drama Band
Biarkanlan Drama Band

Lirik Lagu Biarkanlah – Drama Band


Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Selagi kita masih bersama
Semakin ku terluka

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah semuanya
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu


*Semoga tiada hati yang terluka... yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti.  

18 Ogos 2015

Segmen "AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS" by OmbakBergigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen "AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS" by OmbakBergigi


Eh eh eh... apasal panas sangat blog hari ni eh.  Tetiba rasa hangat semacam.  Aircond tak berfungsi ke atau memang aku yang panas neh... ohhh tidak.  Ha ... kan gitu sekali intro untuk entri Segmen "AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS" by OmbakBergigi.  Akak tidaklah terasa panas sangat dek non.... cuma rasa dedor jer maklumlah baru baik demam.

Korang nak tahu apa yang panas dengan blog ombakbergigi?  Meh kita tengok segmen yang dianjurkan.


*Klik Gambar Untuk Join*

Jom Join "Segmen' AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS' by OmbakBergigi. " .Kali ni korang wajib beri satu kritikan sama ada negative atau positive kepada belog OmbakBergigi. Kerana kritikan korang begitu begitu berharga. Jadi~ Apa hadiahnya? Apa syarat-syaratnya? sila klik gambar di atas untuk ke entri Segmen. :)

Nak komen lebih-lebih mengenai blog ombakbergigis bukan tidak berani tetapi disebabkan belum lagi kenal rapat kan.  Tetapi orang kata kalau nak berkawan dengan seseorang kita kena cakap yang betul, kalau dia boleh terima maknanya dia akan jadi kawan baik sebaliknya tak boleh buat kawan.

Okey, oleh kerana pemilik blog ini bakal jurutera maka blognya menampakkan ciri-ciri kejuruteraan tetapi dalam blog berbunga.... cantik. Nak tau apa itu ciri jurutera... korang kena tengok sendiri dan nilailah.  

Jom Support Wahai Kawan-Kawan Blogger :)


1st GIVEAWAY by@Mawar_Assufi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1st GIVEAWAY by@Mawar_Assufi


Alhamdulillah. Hari ini masih lagi berkesempatan menyertai Giveaway lagi. Biarpun giveaway ini kecil-kecilan saja tetapi cukup bermakna. Ini adalah kerana YangBaik boleh mengenali blogger Mawar Assufi, penganjur giveaway ini. Nampakkan sekarang. Join Giveaway bukan sekadar untuk menang hadiah tetapi untuk berkenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama umat di bumi Allah.

Mawar Assufi, bukanlah nama baru dalam dunia blogging. Tetapi YangBaik baru saja mengetahui blognya melalui giveaway yang disertai oleh rakan blogger lain. Sayangnya YangBaik tidak ingat siapakah gerangan rakan blogger berkenaan.

Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat apa yang ditawarkan oleh giveaway ini...

1st GIVEAWAY by@Mawar_Assufi
1st GIVEAWAY by@Mawar_Assufi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai 1st GIVEAWAY by@Mawar_Assufi sila klik banner di atas.

Apa lagi... Jom!!! berikan sokongan kepada Mawar Assufi melalui Giveaway pertama yang dianjurkan.  Klik banner di atas.

Giveaway dianjurkan bersama oleh Mawar Assufi bersama rakan niaga DwiNuri Scarfs  dan @dwinuriscarfs