Pageviews

18 Ogos 2015

Kita bernasib baik dan beruntung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kita bernasib baik dan beruntung


Kita yang bernasib baik beruntung.  Siapa pun kita dalam keadaan apa juapun kita tetap dan sentiasa orang yang paling beruntung.

Mengapa?

Kerana banyak kemudahan yang disediakan.  Walaupun kemudahan itu kadang-kala tidaklah disediakan secara langsung atau khusus kepada kita seorang tetapi kita tetap boleh menggunakannya. Namun disebabkan "kerbau seekor membawa lumpur habis terpalit satu kampung".  Kerana segelintir yang tidak menggunakan kemudahan sebaiknya maka orang lain turut terpaksa menanggung kesan dan akibatnya.

Diri Sendiri
Hawa nafsu sendiri.  Gambar hiasan


Sekali lagi YangBaik up entri yang serupa seperti entri yang pernah dibuat beberapa ketika dahulu.  Isu yang sama tetapi situasi dan tempat yang berbeza.

Ada sesiapa nak berkongsi?




15 Ogos 2015

Selamat berhujung minggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat berhujung minggu

Pastinya banyak perancangan aktiviti bersama ahli keluarga pada hujung minggu. Sama ada berehat di rumah sambil layan anak-anak atau bawa mereka bersiar-siar. Tidak kurang juga menghadiri aktiviti yang diaturkan oleh jiran setempat.



Apapun aktiviti yang dilakukan pada hujung minggu ini, pastinya membawa manfaat buat diri sendiri dan insan sekeliling.

Paling penting jaga kesihatan. Semoga aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

14 Ogos 2015

CPUV Nuffnang Beratur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Nuffnang Beratur 


Bukan sesuatu yang sukar dan juga tidak mudah untuk mendapatkan CPUV Nuffnang melekat di blog.  Nak tarik perhatian pengiklan dan Nuffnang memerlukan kesabaran dan kerajinan dalam berblogging.  Terima kasih kepada Nuffnang dan pengiklan yang sudi mengatur CPUV di blog YangBaik pada bulan Ogos.  Betul-betul tidak sangka.

CPUV 2345 bulan Ogos

CPUV 2345 bulan Ogos


Ada empat iklan CPUV yang baru diwartakan di blog YangBaik. CPUV pertama telahpun direkodkan pada entri yang lepas.  Kali ini giliran 4 lagi CPUV direkodkan pada entri ini iaitu UforLife, Saturday Night Fever, KFC - Zinger Rice Wrap dan KFC - Ka$h Card.  Tidak sempat nak merakam bilakah iklan-iklan berkenaan menari-nari di blog ini.

Kepada rakan blogger yang berminat nak mendapatkan tips bagaimana CPUV Nuffnang boleh beratur setiap bulan sepanjang masa boleh rujuk di SINI.  YangBaik tidak berapa mahir memberi tips tetapi mahir dalam belajar mendapatkan tips bagaimana CPUV Nuffnang beratur.  Kadang-kadang tidak juga beratur, itu semua boleh diatasi bila kita rajin mentelaah setiap tips yang diberikan.

Masih berminat untuk mendapatkan tips bagaimana CPUV Nuffnang beratur?  Rajin-rajinlah survey. YangBaik tiada tips yang boleh dikongsikan tetapi boleh memberi jalan untuk mendapatkan tips. Ramai juga dikalangan rakan blogger kita yang bijak dalam memberi tips menarik.

Penting untuk meneliti setiap entri yang dikeluarkan untuk mendapatkan tips yang telah diberikan.

Semoga setiap tips yang diberikan dapat membantu rakan blogger dalam menjana income secara online.