Pageviews

03 Julai 2015

Muhasabah Ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan


Muhasabah Ramadhan


Sabda Rasulullah (s.a.w):  "Sekiranya umatku mengetahui kemuliaan dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadhan itu sepanjang tahun"


Kemuliaan Ramadhan

Mungkin sudah ramai dari kita yang mengetahui akan kemuliaan Ramadhan, termasuk juga penulis blog ini (YangBaik).  Namun kita masih lemah dalam menghayati betapalah mulianya bulan Ramadhan sehingga kita sering alpa dan lalai untuk memberi makna yang baik-baik kepada Ramadhan.  Sewajarnya kita menepikan sengketa, meninggalkan perasaan hasad dan keburukan perilaku kita bagi menghormati kehadiran bulan Ramadhan.

Semoga bermanfaat
posted from Bloggeroid

Lagi doa mohon tambah ilmu dan rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Lagi doa mohon tambah ilmu dan rezeki


Dalam kehidupan kita seharian tidak lepas dari rintangan dan halangan.  Sama ada untuk menuntut ilmu atau untuk mencari rezeki demi kemaslahatan hidup dunia dan akhirat.

Berikut adalah petikan ilmu untuk dikongsikan bersama.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu seperti ilmunya orang-orang yang takut kepada-Mu, rasa takut seperti rasa takutnya orang-orang yang mengenal-Mu, keyakinan seperti keyakinannya orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, kepasrahan seperti kepasrahannya orang-orang yang beriman kepada-Mu, taubat seperti taubatnya orang-orang yang tunduk kepada-Mu dan ketundukan seperti ketundukan orang-orang yang bertaubat kepada-Mu, syukur seperti syukurnya orang-orang yang bersabar karena-Mu, kesabaran seperti kesabaran orang-orang yang bersyukur kepada-Mu dan keselamatan seperti keselamatannya (orang-orang yang gugur membela agama-Mu) yang hidup dan mendapatkan rizki di sisi-Mu (di surga).
(Thalq bin Habib)

Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan amalan seharian.  In shaa Allah.


02 Julai 2015

Dayana and DurratunKhayla Surprise Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dayana and DurratunKhayla Surprise Giveaway


Kejutan apa pula kali ini wahai Dayana dan Durratun Khayla.  Maaf lah entri ini memang ditulis dalam Bahasa Malaysia walaupun tajuknya dalam bahasa 'orang putih'.  Mengapa?  Kerana akak betul-betul kurang mahir nak mengarang dalam Bahasa Inggeris walaupun semasa SPM dulu BI dapat kredit.  Lagipun dari kecil hingga dewasa sekarang ni perbualan setiap hari adalah dalam Bahasa Melayu kadang-kadang jer dalam Bahasa Inggeris, itu pun ada sebab tertentu yang terpaksa buat begitu.

Tidak salah rasanya buat entri dalam Bahasa Malaysia kan?  

Jom lah tengok apalah kejutan yang Dayana dan Durratun Khayla nak berikan untuk giveaway kali ini.


Ayat skema, mula-mula klik link banner di atas untuk turut serta dalam kejutan ini.

Mengapa mesti join giveaway ini?  Kerana tengok kepada hadiahnya memang hebat.  Antara hadiahnya adalah seperti berikut:

Sneak Peak 1
Jubah hitam atau Shawl?  Kalau orang memang mustahil lah kan :P


Sneak Peak 2
Jubah biru laut  atau shawl?  Cantik latarbelakangnya, akak suka 

Pemenang dipilih menggunakan khidmat en. random.org.

Cepat-cepat klik link banner di atas, sebab tarikh tutup giveaway ini adalah 10 Julai 2015.

Jom sokong rakan blogger.