Pageviews

03 Jun 2015

FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA.  Best ke dapat bercakap dengan Panda?  YangBaik sendiri tak usah kata bercakap, berjumpa pun tak pernah dengan Panda.  Tiba-tiba kali ini nak join pula giveaway yang dianjurkan oleh blogger pandapandaibercakap.  

Tak nampak pelik ke?

Tidakkan.  Mana ada Panda yang pandai bercakap.  Jawapan skema macam bagi penjelasan pada anak berumur 4 tahun... kan.

Kali ini YangBaik join Giveaway yang dianjurkan oleh Mrs. Panda.  Hendak tahu kenapa namanya begitu?

Mari kita tengok...

http://pandapandaibercakap.blogspot.com/2015/06/first-giveaway-by-mrs-panda.html


Pertama sekali klik banner di atas untuk mendapatkan jawapan dan join giveaway. Dah center pulak tulisan ni. Ahhh... lantaklah kan.
Ada sesuati yang menarik mengenai GA ini iaitu ada " Hadiah Misteri ".

Giveaway ini tamat pada 14 Jun 2015.

Jom cepat-cepat klik banner di atas. Berikan sokongan kepada rakan blogger Mrs. Panda.

Keadaan hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Keadaan hari ini.






posted from Bloggeroid

02 Jun 2015

Penentuan itu bukan milik kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Penentuan itu bukan milik kita. Biasa kita dengar ungkapan "kita mampu merancang tetapi takdir yang menentukan". Biasakan! Bukanlah bermaksud saya hendak menolak perancangan kita, tetapi begitulah lumrah dalam kehidupan seharian.

Kita semua bahkan semua orang telah merancang yang terbaik untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Namun bila tiba hari kejadian ada pula dikalangan ahli kita yang ditimpa musibah. Kita tahu dan semua orang tahu bahawa musibah itu tidak diminta. Tiada siapa yang meminta ditimpa musibah.

Musibah yang melanda ahli kita itu pastinya turut memberi kesan kepada kita. Dengan itu kita perlu ada perancangan kedua atau pasrah saja dengan apa yang bakal kita terima.



Semoga setiap perancangan kita mampu terlaksana dengan baik tanpa aral melintang. Namun setiap rintangan yang tiba sebenarnya ujian ketabahan buat kita.

Sekian.
posted from Bloggeroid