Pageviews

30 Mei 2015

Cuti Pertengahan Penggal 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cuti persekolan pertengahan penggal 2015. Bermula 30 Mei 2015 hingga 14 Jun 2015, anak-anak kita akan mula bercuti selama 2 minggu.



Apa agaknya aktiviti yang dirancang bersama anak-anak sepanjang mereka bercuti. 14 hari merupakan satu tempoh yang agak panjang.

Betapalah anak-anak teruja dengan tempoh cuti sekolah yang panjang. Kita selaku ibu bapa perlu bersedia dengan pelbagai kerenah mereka.

Rancang aktiviti yang terbaik buat anak-anak dan pastikan juga mereka tidak leka dari ulangkaji pelajaran sekolah.

Selamat bercuti buat anak-anak dan juga cikgu.

posted from Bloggeroid

29 Mei 2015

Hukum Tanpa Bicara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hukum tanpa bicara. Betapa peritnya hukuman itu hanya dia yang tahu. Setelah seketika beriringan bersama. Bual bicara seakan sama seolahnya tiada lain yang lebih memahami. Gurau senda bersilih ganti bicara pahit manis seakan sebati. Mengenali dia biarpun tidak sepenuhnya namun hakikat tiada yang lebih mengerti. Senyum manisnya, tawa jua derita semakin dimengerti. Positif negatif bercampur baur, berbahagi rasa, bercampur perit, ditolak nista mengharap persamaan menjadi satu.



Hukum tanpa bicara. Mencari salah sendiri adalah sukar. Mana mungkin dia nampak kotoran dibelakangnya andai tidak dikhabarkan. Jikapun dia terlihat disebalik cermin sana dia sendiri sebenarnya tidak tahu apakah jenis kotoran itu, atau mungkin juga ia hanya bayangan semata. Gelodak dijiwa pastinya terbuku bilamana dia dijatuhkan hukum tanpa disedari dia bersalah.

Hukum tanpa bicara. Bagaimana harus dia mengetahui bahawa dia itu bersalah andai hukuman itu tiba-tiba dijatuhkan tanpa bicara. Hingga dia terpenjara sendirian di dunianya yang tersendiri. Dikelilingnya tidak diketahui mana juri mana duri. Bicara mereka sama biarpun sesekali berbau nista serta madu. Madu dan racun terhidang disitu, bercampur sebati serat nista. Terbuku kaku lagi dia sendiri, mengharap bicara. Sungguh dia nanar, penasaran mencari jawapan bicara dari saksi bisu juga tuli.

Hukum tanpa bicara. Sesekali dibiarkan saja hukuman itu. Biarpun peritnya, pedihnya tuh disini. Digagahi jua perjalanan hidup dipenjara ini andai itu takdirnya. Biarkan saja juri bisu memulakan bicara mencipta pesalah mencari suspek. Dia tidak lagi kuat menanggung hukuman ini. Dibiarkan jua hukuman itu berlangsung. Mengharap berakhirnya hukuman adalah mustahil. Kerana hukuman itu tanpa perbicaraan, tiada hakim, tiada juri, tiada peguam juga saksi. Jadi tidak perlu diharapkan lagi pada manisnya madu atau pahitnya hempedu. Ditelan juga sejuta rasa.

Hanya pada Yang Esa dia berdoa semoga hukuman adalah mainan mimpi pada lena yang panjang. Semoga diampunkan dosa dia dan mereka yang menjatuhkan hukuman tanpa bicara.

Hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi.

Hukum tanpa bicara, nukilan: @yangbaik, 29Mei2015, 10:40mlm.

posted from Bloggeroid

CPUV ke-4 Mei 2015 | Berus Gigi Emas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV ke-4 Mei 2015 | Berus Gigi Emas.  Belum pernah dalam sejarah hidup YangBaik dari kecil sampai sekarang berus gigi guna emas.  Masa kecil dulu pernah juga berus gigi guna arang.  Ikut petua orang tua-tua supaya gigi kekal putih dan sihat.  Tapi tak lama sebabnya tengok arang pun takut... hitam semacam jer.  Agaknya la kan, kalau mak pak kita tokey emas mahu tak dia bagi kita gosok gigi dengan emas...

Eh eh.. tiba-tiba pula cakap pasal emas nie apasal.  Ha ini YB nak bagi tahu pasal CPUV ke-4 yang diterima pada bulan Mei 2015.

CPUV ke-4 Mei 2015


Sudah hampir ke penghujung bulan Mei, tiba-tiba masuk lagi satu kempen CPUV.  Kali ini giliran jenama ubat gigi Colgate 360 Charcoal Gold [PC].  Ada perasan tak iklan emas bertebaran dalam blog YangBaik.  Seperti biasalah kadang-kadang tenggelam timbul tak menentu.  Antara banyak-banyak promoted content, ada satu yang sempat YangBaik tengok adalah Layanan Gold Class dari blog Namee Roslan.  Nak tahu ada apa dengan iklan tu boleh terus ke blog Namee Roslan.

Sehingga itu, terima kasih kepada Nuffnang dan Colgate.