Pageviews

23 April 2015

Dua taklimat pada hari yang sama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dua taklimat pada hari yang sama


Amat jarang berlaku perkara begini.  Tetapi inilah yang terjadi apabila ada penganjur yang berbeza tetapi ahli yang berlainan.  Hari ini ada dua jemputan taklimat pada masa yang sama tetapi tempat yang berlainan.  

Jemputan yang pertama diterima pada awal minggu lepas.  Taklimat berkaitan Persediaan Audit yang bakal diadakan pada bulan Jun 2015.  Taklimat ini diadakan secara video conferencing.  Taklimat yang penting untuk persediaan menjelang audit akreditasi.  Sehari dua lagi bakal bermula dengan hari-hari yang penuh dengan kesibukan.

Coklat dan Pen


Coklat ini sebagai pengalas perut sementara menunggu sarapan atau mungkin juga makan tengahari.  Ada kawan tegur "eh, nak makan pun sempat lagi tangkap gambar".  Apa awak nak kata kalau ada orang tegur macam tu.... sengih aje ler... makanan kita kan bukan dia yang punya hehehe... hilangkan stress jap.

Jemputan untuk taklimat kedua diterima pada hujung minggu lepas.  Itupun selepas waktu pejabat, hanya pada hari Isnin baru perasan ada e-mail jemputan.  Kedua-dua taklimat terpaksa diadakan dalam masa yang sama walaupun ahlinya ada sebahagiannya terpaksa menolak kepada ada taklimat lain yang lebih besar.

Taklimat yang terpaksa yang tolak adalah Taklimat Pengurusan Perolehan yang dianjurkan oleh Pejabat Bendahari.  Nampaknya untuk proses perolehan tahun ni... terpaksalah dilaksanakan oleh orang lain.  

Pada dasarnya kedua-dua taklimat itu adalah penting.  Tetapi kita kan... terpaksalah menolak salah satu untuk menerima satu lagi... Tak mampu hadir ke dua-dua taklimat dalam masa yang sama.

Bagaimana boleh jadi begini... hanya mereka saja yang tahu.  


22 April 2015

Di sebalik Hari Bumi 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Bumi 2015


Jatuh pada 22 April setiap tahun


Sumber:  Google


Koleksi gambar tanpa bicara bersempena Hari Bumi 2015










Pada tarikh yang sama juga ada hari lahir yang tidak didendang.  


Ujian sebesar kapal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ujian sebesar kapal


Jika kita rasakan ujian sebesar kapal, ingatlah rahmat Allah itu seluas lautan


21 April 2015

Hati ini milik Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hati ini milik Allah

Berulang kali terluka, kecewa, merana, derita, sengsara
Kesihan pada hati

Kesan kecewa itu bila diamati berpunca dari kita
Kekhilafan kita dalam persahabatan
Menilai semula harga persahabatan
Pastinya tersembunyi seribu rahmat

Hari ini hati terluka
Pasti esok ada penawarnya

Penawar hati luka tiada di jalanan begitu juga tidak terjual di pasaraya



Berserah diri kepadaNya
Mencari kekuatan hati
Hati itu milik Allah

Andai ada hati terluka pedih melarat rasa kecewa
Kembali segera kepadaNya
Dia yang menjaga hati kita
Semoga segera sedar insaf muhasabah diri
Kita bukanlah sempurna untuk mengharapkan kesempurnaan dari manusia yang juga tidak sempurna

Wallahu a'lam.
posted from Bloggeroid

20 April 2015

Ciptaan terbaru Inas Insyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ciptaan terbaru Inas Insyirah


Aduhai! Jenuh juga cari tajuk yang sesuai untuk entri ini. Macam-macam tajuk dok berlegar di kotak fikiran yang seakan tepu. Tepu dengan segala macam persoalan. Tiada satupun yang dirasakan sesuai.

Tiba-tiba sejurus gambar ini dirakam, Inas Insyirah bersuara "Inilah ciptaan terbaru bangunan dan tangga". Inas kata bangunan ini ada tangga diluar. Sekarang tangga sudah tiada sebab bangunan ini tinggi dan asyik terjatuh.

So... ikut sajalah apa yang arkitek cilik ni kata. Sebab bangunan tu dia yang reka. Kan



Pereka tajuk bersama bangunan



Elok sangatlah dengan idea yang tidak berapa nak menjadi. Dapat tajuk macam ni pun kira jadi dah.

Setiap hari ciptaannya bertukar. Ada rekabentuk yang hampir sama tidak kurang juga rekabentuk yang berlainan. Tempoh masa rekabentuk itu bertahan tidak lama. Paling lama satu malam bila dia buat malam. Tetapi bila siang sekejap sangat... selalunya tidak sampai 1 jam, ciptaan bertukar bentuk.

Tahap kreativiti anak-anak berbeza dan sentiasa berubah mengikut mood mereka.

Sekian. ~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

Jangan selalu terlepas cakap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan selalu terlepas cakap


Siapa pun kita seharusnya bersyukur itu satu kemestian apabila kita diberi keupayaan untuk bersuara dan bercakap. Seharusnya kita sedar bahawa masih ramai yang tidak mampu bersuara apatah bercakao dengan fasih seperti kita.

Jadi adalah sewajarnya juga kita sentiasa berwaspada dengan setiap tutur bicara kita. Ada ketika kita perlu bersuara dan ada masa kita perlu simpan suara kita.

Utarakan saja suara itu kepada hati kita dan rasakan bagaimana kiranya suara itu diajukan kepada kita oleh orang lain. Adakah kita suka atau terasa sakit tuh... di sini (hati).

Indah pada waktunya

Gambar hiasan. 

Kita seringkali terlepas bicara.
Kadang-kadang bicara itu biasa-biasa
Tiada apa yang terusik
Walaupun kedengaran keras sangat
Ada ketika pula bicara itu bunyinya halus dan lucu sekali
bahkan ada orang masih bisa tertawa dengan bicara itu
Namun dalam kelucuan itu kita tidak sedar bahawa ada hati yang terluka
Luka dan pedihnya nyata tidak terlihatkan tetapi kesannya amat mendalam.

Semoga tulisan ini tidak melukakan hati kalian
Tetapi tulisan ini adalah untuk peringatan diri sendiri yang seringkali alpa dan tertewas dengan keenakah bicara

Jangan seenaknya bicara andai tidak menyumbang kepada kebaikan

Terima kasih.
posted from Bloggeroid

Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare


Bukan nak tipu.  Tapi sedikit ada unsur penipuan kalau ada orang yang tidak mahu wajahnya putih gebu.  Walau apaupun kita tetap juga bersyukur dengan wajah yang kita miliki sekarang.  Apa yang penting memiliki wajah putih gebu adalah satu bonus yang amat bermakna.  Sejuk mata memandang, bukan untuk orang lain tetapi untuk suami sendiri.. kan.

Sekarang ni tidak susah mana untuk mendapatkan wajah putih gebu.  Antaranya dengan menggunakan produk yang praktikal sangat iaitu My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare.  Terdapat tiga langkah mudah dah praktikal terutama bagi saya yang nak wajah putih gebu tetapi malas nak guna "perisian" yang banyak untuk wajah.

Dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare, kita perlu gunakan 3 "perisian" sahaja iaitu Whitening Booster Soap, Whitening Booster Day Cream dan Whitening Booster Oxygenating Night Cream. Sudah cukup lengkap untuk perolehi wajah putih gebu dalam masa 3 hari.

Terima kasih kepada Mialiana.com kerana telah memperkenalkan produk ini.

Review Whitening Intensive Booster Skincare


Kini tiba masa untuk saya ceritakan secara langsung pengalaman sendiri semasa menggunakan produk Whitening Intensive Booster Skincare yang keluaran My Beauty Herbs. 

Pengalaman menggunakan produk Whitening Intensive Booster Skincare sesungguhnya berlainan sekali.  Kerana dengan 3 perisian sahaja, produk berkenaan mampu mencerah, menggebu, melembap, melembut dan menegangkan wajah.


Sebelum dan selepas guna produk



Sebelum menggunakan produk Whitening Intensive Booster Skincare, kulit saya sememangnya agak berjelaga dan berminyak termasuk juga berjeragat dan tidak sekata.  Kulit juga kusam dan tidak bermaya.

Bertepatan sekali dengan temanya; anti penuaan dan meremajakan kulit.  Saya tidak perlu lagi risau dengan perubahan struktu kulit seperti kedutan dan sebagainya.  Tetapi setiap dari kita pastinya tahu bahawa setiap orang akan mengalami perubahan pada struktur kulit wajah.  kedutan yang seakan timbul pada kulit wajah semakin mengecil dan kulit juga terasa halus.  

Boleh dikatakan produk ajaib terkini kerana ia mampu mengecilkan pori-pori wajah dan menghaluskan kulit selain daripada menghilangkan parut jerawat dan jeragat tebal.  Namun semua itu atas usaha dan kesungguhan serta tertib penggunaan.

Cara penggunaan yang mudah, saya hanya perlu membersihkan kulit wajah dua kali sehari iaitu pagi dan malam, menggunakan sabun yang unik dengan baunya yang menarik seolah menggamit nostalgia.  Menariknya penggunaan sabun ini tidak meninggalkan kesan kekeringan pada wajah sebaliknya wajah terasa segar.  Itulah MBH Whitening Booster Soap.

Penggunaan MBH Whitening Booster Day Cream juga mudah.  Bagi saya kulit agak gelap tidak perlu letak banyak jika tidak akan meninggalkan kesan yang 'putih melepak'.  Penggunaan yang sedikit amat menjimatkan.  Saya suka sangat dengan krim ini kerana dengan penggunaan yang sedikit sahaja ia sudah mampu menjadikan tona lebih sekata,lembut dan berkilau, dapat melindungi kulit wajah daripada sinaran UV.  Selain dari itu, krim ini menyerikan wajah kusam serta menghilangkan parut jerawat dan jeragat.

Saya menggunakan MBH Whitening Booster Day Cream hanya sekali sehari.  Di pejabat atau di rumah, selepas mengambil wuduk untuk solat Zohor saya tidak perlu ulang menggunakan krim ini atau bedak lain, wajah saya terasa lebih sihat.  Tak berani nak perasan muda... sebab umur pun bukanlah muda lagi tetapi itulah hakikatnya.  Nampak seperti kulit orang muda.


Wajah pada waktu malam

Pada waktu malam pula, saya menggunakan MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream. Lazimnya saya menggunakan produk ini sebelum tidur.  Dan sekiranya saya keluar bersama keluarga pada waktu malam, saya juga tidak mengenakan apa-apa produk di muka lebih selesa, tidak seperti sebelum menggunakan Whitening Intensive Booster Skincare.

kredit to Mialiana.com
Saya tidak berkesempatan untuk meletakkan sendiri gambar bersama produk.  Namun saya akan meletakkan gambar berkenaan di lain kesempatan.

Banyak sebenarnya faedah yang mampu diperolehi dari Whitening Intensive Booster Skincare. Selain dari harganya yang berpatutan, ia juga menjimatkan dan memudahkan saya.  Tidak perlu banyak perisian, hanya yang perlu ada adalah sabun pencuci wajah, krim siang dan krim malam.  Lengkap dan sempurna untuk memiliki kulit wajah yang putih gebu.

Terima kasih kepada Mialiana.com dan My Beauty Herbs di atas peluang yang diberikan.  Satu pengalaman yang menarik dan hebat untuk digambarkan dengan kata-kata.



Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

17 April 2015

Jindrisska First Anniversary Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jindrisska First Anniversary Giveaway


Giveaway lagi?

Kenapa korang terkejut atau okey jer.

Memanglah resam blogger GST kan.  Nak tahu apa itu Blogger GST?  Entri mengenai itu saya dah pernah tulis sejurus GST dari Kerajaan Malaysia berkuatkuasa.  Tetapi blogger GST ini tiada kaitan dengan GST negara yer.  Nak tahu ... cari lah, mamng tiada pada tajuk tetapi ada dalam isi cerita.

Kalau tak nak cari pun tidak mengapa, marilah kita tengok apa yang ditawarkan oleh Jindrisska melalui giveaway yang dianjurkan ini.


Banner Anniversary GA Jindrisska



Giveaway ini akan tamat pada 30 April 2015.  

Nampaknya banyak juga giveaway yang akak dah join untuk bulan April dan kebanyakannya akan tamat pada tarikh yang sama.  Cer bayangkan bila keputusannya keluar serentak. Mau kelam kabut tak?  

Baiklah untuk memenuhi sebahagian daripada syarat penyertaan dalam giveaway ini, berikut adalah slogan dari saya.  Korang jangan tiru eh.. dan kalau slogan ini bersamaan dengan mana-mana entri peserta terdahulu ia adalah secara kebetulan saja.  Peace!!

Saya nak menang giveaway ni sebab saya suka sangat dengan hadiah yang menarik dan kelainan yang ditawarkan melalui giveaway ini.  

Hadiah Utama:
1 X Fridge Magnet Castle Neuschwanstein (Germany)
1 X Fridge Magnet Salzburg (Austria)


Hadiah Saguhati
2 X Poskad Berlin (Germany)
1 X Poskad Mittenwald (Germany)
1 X Poskad Castle Neuschwanstein (Germany)
1 X Poskad Salzburg (Austria)


Untuk menjadi sebahagian daripada 7 orang pemenang yang di cari, sila klik banner di atas.

Terima kasih semua atas sokongan.


IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015


Hari ini sekali lagi saya join giveaway.  Kali ini giveaway mega 2015 yang dianjurkan oleh rakan blogger Intan Berlian.  Kebiasaannya mega giveaway Intan Berlian diadakan pada bulan Februari bersempena dengan bulan kelahiran blog Intan Berlian.  

Ya lah. kita selaku manusia biasa mampu merancang dan pelaksanaannya adalah atas kehendak dariNya.  Namun kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melaksanakan perancangan kita dengan sebaik mungkin.  Perancangan itu seumpama janji kepada diri kita sendiri.  Kan

Mari kita lihat apa pula yang ditawarkan oleh Intan Berlian untuk mega giveawaynya pada tahun 2015.


Banner Mega Giveaway 2015

http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2015/04/intanberlian-mega-giveaway-2015.html

1.  Sponsor giveaway:

2.  Hadiah untuk giveaway kali ini lihat saja pada senarai sponsor, pastinya ramai dapat agak ia adalah berkaitan pakaian.  Dan, ada hadiah lain selain dari pakaian.

3.  Pemilihan pemenang dibuat secara cabutan bertuah dan akan dilaksanakan oleh Alisha dan Aqilah.

4.    Tarikh tutup giveawau adalah 30 April 2015

Sila klik banner di atas untuk maklumat penuh.

Terima kasih atas sokongan semua.