Pageviews

19 Mac 2015

Hormat walaupun tidak suka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hormat walaupun tidak suka

Gambar hiasan

Macam-macam isu terjadi dalam setiap detik kehidupan
Ada yang disukai dan ada juga yang tidak disukai

Banyak benda pada mata kasar kita yang nampak seperti tidak sesuai atau tidak elok
Mendatangkan kemarahan dan kebencian yang meluap-luap

Betul sangat
Bukan senang sebenarnya hendak mengubah persepsi kita bila tanggapan pertama itu telah menetap dalam pendirian kita.

Apa yang penting... kita jaga diri kita sebaik-baiknya
Sesuatu yang kita tidak suka itu... cubalah elakkan dengan cara yang baik
Kerana tidak semua perkara yang kita tidak suka itu mendatangkan keburukan
Ada masa pusingan itu akan bertukar

Maka di mana kita ketika pusingan itu berlaku...
Kita tidak tahu ... kan?
Maka bersabar dengan setiap ketentuan
Bersyukur dengan setiap nikmat yang diterima


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(QS. Al Baqarah 2:216)

13 Mac 2015

Kita rasa cukup kuat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kita rasa kita cukup kuat

Rasa mampu buat semua tugas
Mampu tanggung semua sengsara
Rasa boleh buat semua
Boleh tanggung semua beban

Tiba satu masa kita akan tersedar
Bahawa kudrat kita tidaklah gagah mana
Hanya semangat dan keinginan kita yang kuat

Tiba masa kita tersedar semangat kita juga tidaklah kuat
Tidak seteguh yang kita sangka



Sedar atau tidak semangat kita yang kuat itu hanyalah retorik belaka
Semangat kita yang kuat itu hanya sementara
Sementara kita masih ada tenaga
Sementara kita ada upaya juga kerana kita ada pembantu
Kekuatan itu tidak datang dengan sendiri
Juga tidak pergi dengan sendiri

Sementara masih ada semangat dan kudrat
berfikirlah sebelum bertindak agar tidak terlewat
Supaya kita tidak menyesal



Semoga dipermudahkan urusan
Semoga diberkati
Semoga dikurniakan kekuatan untuk kita terus beribadah kepadaNya

posted from Bloggeroid

Mari Bersangka Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mari bersangka baik

Bersangka baik mendidik hati untuk sentiasa positif
Biar perit tetapi itu yang terbaik
Kita hanyalah manusia biasa yang tidak punya apa
Apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman dari-Nya
Pinjaman sementara untuk kita merasa
Semoga kita sentiasa bersyukur dan berterima kasih atas setiap kemewahan yang kita terima



Orang yang mula memohon maaf selepas pergaduhan bukanlah kerana mereka salah, tetapi kerana menghargai orang lain.


#peringatanbuatdirisendiri
#semogabermanfaat

posted from Bloggeroid

11 Mac 2015

Rabu tanpa kata | Jemputan ke mesyuarat agung PIBG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Petikan jemputan


posted from Bloggeroid

SEGMEN BLOGWALKING BERSAMA DYLLAREZAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN BLOGWALKING BERSAMA DYLLAREZAN


Sudah beberapa hari tenggelam tanpa idea.  Hari ini idea dan semangat telah pulih tetapi belum sempat lagi untuk blogwalking ke semua blog rakan blogger.  Nantikan kehadiran saya yer.

Kali ini saya hadir semula dengan entri segmen blogwalking setelah mendapat jemputan dari penganjurnya.  Memandangkan masih ada masa dan ruang untuk menghasilkan entri maka inilah dipersembahkan entrinya.

SEGMEN BLOGWALKING BERSAMA DYLLAREZAN

Segmen ini berlangsung mulai 3 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015.

Jom berikan sokongan anda kepada rakan blogger Dyllarezan. 

Klik banner di atas untuk turut serta.

Terima kasih.

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang



Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



10 Mac 2015

Monolog Tanpa Tajuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Dan ketika itu masa seakan cemburu
Puas sudah memujuk rasa
Untuk tidak mengaku kalah
Biar putih mata jangan sekali mengaku kalah

Sekali lagi keliru menjelma
Memuak rasa menjelir sukma
Buat apa mengaku juara
andai diri tidak segagah menara

Pertapaan ini tidak dengan sendiri
Hadirnya bersama secebis kudrat
Memerah keringat menjerat geliga
Tersekat juga didada maya

Kelibat masa berlalu pergi
Walaupun sebentar cukup menguji
Kekuatan zahir diri sendiri
Apakah minda ini cukup terisi
Bila mana amarah tidak terucap
Mennggugat kesabaran di meja tinggi

Aduh... monolog apakah ini aku tidak mengerti
Cubaan bercerita situasi diri dikelilingi duri, madu juga hempedu
Gelodak rasa ini .... pasti tiada yang mengerti kerana perasaan ini sukar diluah juga kerana sukar diramal...

Entah bila dapat bermesra semula
bilamana situasi bersilih ganti
Seketika menduka seketika lagi rada tersiksa
Memendam rasa menanti masa semoga tidak meledak memusnah rasa.



Nukilan: Yangbaik | 10.03.2015, 10.12 pm

Terima kasih
posted from Bloggeroid

05 Mac 2015

Mudahkan dan jangan susahkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mudahkan dan jangan susahkan

Hidup ini pastinya semua orang tahu bukanlah terjadi dengan sendirinya. Setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku pastinya ada punca, sebab dan akibat.

Walaupun nampak seperti mudah tetapi tidak seperti yang kita fikirkan. Sesuatu urusan dan pekerjaan itu menjadi susah atau sukar bilamana dijumudkan pemikiran dan tidak mahu berubah apatah lagi menerima pandangan orang lain.

Gambar hiasan ini pastinya anda pernah melihatnya di mana-mana. Sama ada di dalam facebook, wassap ataupun instagram dan lain-lain media sosial lain.

Tidak sukar untuk memberikan jawapan kerana soalannya mudah dan ringkas.

Inilah gambaran yang bakal berlaku apabila sesuatu arahan itu dikeluarkan tanpa peduli pemikiran atau penerimaan.

Tentunya sukar bagi kita untuk menerima jawapan yang diberikan, tetapi itulah hakikatnya pemikiran kita berbeza apatah lagi diperingkat usia yang berbeza. Jawapan yang diberikan sudah pasti meliputi kefahaman berdasarkan pengetahuan, penerimaan serta tahap mentaliti atau pemikiran.

Gambaran jawapan diatas mengingatkan saya mengenai situasi yang terjadi setiap hari dalam hidup kita. Arahan yang diberikan haruslah jelas dan mudah difahami. Di satu pihak yang lain pula, sebagai orang yang menerima arahan hendaklah sedaya upaya memahami arahan dan kehendak sesuatu tugasan.

Malu bertanya sesat jalan
Ketepikan ego mudahkan urusan

Terima kasih kerana memahami.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

03 Mac 2015

Sesekali sendiri itu mendamaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Sesekali sendiri itu mendamaikan
Biarpun terasa sumbang terumbang ambing sendirian
Sendiri itu bagus juga kerana kita lebih fokus

Maafkan saya kerana ketika ini lebih senang sendiri
Meramal masa depan sendiri
Meramal tanggapan orang juga sendiri
Seketika syok sendiri

Bukan tiada teman bicara
Ada juga teman untuk masa-masa lain
Tetapi bukan ketika ini
Kerana aku .... biarlah

Biarkan aku sendiri
Di sini... sendiri

posted from Bloggeroid