Pageviews

29 Disember 2014

Jangan menghina orang lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan menghina orang lain



Jangan sesekali menghina rupa paras orang lain. Dia tidak cantik, gelap, gemuk. Itu rezeki Allah yang beri. Macam kamu juga.
#sweetmuslimah


~~~~

Kadang-kadang kita tidak perasan dengan apa yang kita ada. Kita perasan bahawa kita sudah cukup cantik dan bergaya. Sehingga kita merasakan orang lain itu lebih rendah dari kita. Adalah tidak adil untuk kita membuat penilain begitu, kelak akan memakan diri.

posted from Bloggeroid

Sesi Persekolahan 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sesi Persekolahan 2015



Baru semalam bercerita detik-detik persiapan sekolah anak-anak. Hari ini pula dapat berita sesi sekolah untuk tahun 2015 ditangguhkan seminggu lagi.

Penangguhan sesi persekolahan 2015 dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Pendidikan Negara.

Alhamdulillah, terima kasih di atas keperihatinan pihak berkenaan terhadap nasib mereka yang ditimpa musibah. Dalam masa yang sama kita yang tidak terlibat secara langsung dengan musibah berkenaan turut menumpang tindakan pihak berkenaan.

Boleh sambung jahit baju sekolah anak, balut buku sekolah dan apa-apa aktiviti sekolah yang belum selesai.


#PrayForPantaiTimur
#PrayForMalaysia

Semoga musibah yang melanda segera berlalu pergi.

(*^__^*) 嘻嘻……

posted from Bloggeroid

Kreativiti luar kotak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Kreativiti luar kotak



Di atas adalah hasil kerjatangan anak-anak untuk hari ini. Tidak pasti bila dibuat dan atas tunjuk ajar siapa. Selalunya anak-anak mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan apa yang didengar. Cuma, untuk aktiviti ini tidak tahu pula dari rancangan televisyen yang mana satu.

Anak-anak dan kreativiti mungkin tidak dapat dipisahkan. Tetapi dalam masa yang sama perlu dipantau. Kerana mereka belum pandai mengasingkan mana yang baik atau buruk. Tanggungjawab kita selaku orang dewasa adalah untuk mendidik dan mengajar mereka cara yang betul dengan penuh hemah.

Masa kita kecil dulupun entah apalah jenis kreativiti kita yang dilakukan. Mungkin berbeza dan tak sama dengan anak-anak kita sekarang. Zaman kita kecil dulu tidak sama dengan zaman anak-anak kita sekarang.

Kreativiti tiada batasan tetapi perlu pemantauan.

( ^_^ )/~~拜拜

posted from Bloggeroid

28 Disember 2014

Jahit sendiri baju kurung sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jahit sendiri baju kurung sekolah


Agaknya belum terlewat lagi untuk jahit sendiri baju kurung sekolah. Dari awal tak sedar dah sampai saat akhir macam ni baru teringin nak jahit sendiri. Maklumlah urusan lain dah kurang sikit. Kepala pun dah tak sakit.

Petang semalam baru tergerak hati nak beli kain. Hasrat hati nak jahit sendiri baju kurung sekolah anak. Beli kain dah terlebih... rasanya takper kot, boleh simpan untuk tahun depan. Baju kurung jer yang pandai. Baju kemeja dan seluar 'slack' belum pandai lagi, kena berguru. Tak boleh nak pakai tengok lakaran jer, memang tak jadi.





Hari ni, dah petang baru sempat potong. Nanti nak hantar jahit tepi pulak. Esok, malam baru boleh jahit. In shaa Allah.

Pagi tadi daftar sekolah KAFA, lepas tu cari keperluan sekolah. Top up sikit- sikit mana yang tak lengkap.

Seminggu dua ni memang sibuk dengan urusan sekolah anak-anak.
posted from Bloggeroid

2 hal yang dicintai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hal yang dicintai Allah



Sesungguhnya ada 2 hal pada dirimu yang dicintai Allah, iaitu lemah lembut dan tidak mudah marah. (Hadis Riwayat Muslim)

posted from Bloggeroid

Roh tergantung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Dituntut Menyegerakan Membayar Hutang


Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Seseorang mukmin yang meninggal dunia itu akan tergantung rohnya kerana hutang, sehinggalah hutang tersebut dibayar”. (Riwayat: at-Tirmizi katanya hadith ini hasan)


Huraian Hadith:


  1. Roh seseorang mukmin yang telah meninggal dunia akan tergantung iaitu tidak dapat ditentukan sama ada mendapat rahmat atau seksa melainkan hutang piutangnya dibayar oleh ahli keluarganya yag masih hidup.
  2. Islam sangat menggalakkan agar umatnya menjauhkan diri daripada berhutang dan sentiasa berdoa agar tidak diberati dengan hutang piutang, supaya mereka dapat hidup di dalam keadaan tenteram.

Sumber

27 Disember 2014

Doa Mohon Dielakkan Dari Banjir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Doa mohon dielakkan dari banjir



Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu.
(Surah Hud, ayat 44)


Keratan akhbar


posted from Bloggeroid

Berfikir mendapat pengajaran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Gambar hiasan

Berfikir merupakan cahaya yang masuk ke dalam hati seseorang. Dan apabila seseorang mau berfikir, maka ia akan akan mampu mengambil 'ibrah (pelajaran) dari segala sesuatu (yang ia lihat, dengar, baca, rasa dan alami).

(Ibnu 'Uyainah)

26 Disember 2014

Solat Hajat Untuk Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Solat Hajat Untuk Malaysia



Marilah kita hayati bersama.

Anda yang berkesempatan ambillah peluang ini.

Apapun yang berlaku semoga usaha kita semua diberkati.

Selamat Untuk Semua.

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

Semoga mentari bersinar indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semoga mentari bersinar indah


"Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah"

Kita biasa dengar atau baca di mana-mana petikan yang berbunyi "setiap yang berlaku ada hikmahnya".  Memang betul.  Kerana itu kita perlu redha dengan setiap ketentuan.

Kadang-kadang kita mampu menuturkannya kerana kejadian itu tidak menimpa pada kita.  Sekiranya terjadi pada kita, kita harus kuatkan semangat dan sabar. Bantuan untuk kita akan tiba juga.

Sekarang, musibah melanda saudara-mara kita.  Mereka terperangkap dalam banjir dan entah apa keadaan mereka.  Apa yang kita lihat di kaca televisyen mungkin tidak sama dengan apa yang mereka rasa.  Kesusahan mereka sepatutnya turut menjadi kesusahan kita juga.  Cuba berada dalam situasi yang sama.  Jika situasi berbeza tetapi kita punya hati dan perasaan untuk berada di tempat yang sama.


Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar.  Kita yang tidak menempuh situasi musibah yang melanda seharusnya mengambil iktibar dan tidak mengambil kesempatan di atas kesusahan mereka.

Semoga mentari bersinar indah dan segala keperitan segera berakhir.  Setiap usaha mendapat barakah.


#PrayForPerak
#PrayForPantaiTimur