Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Disember. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Disember. Papar semua catatan

12 Februari 2015

Terima kasih Bloglist Disember 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rakan Blogger Disember 2014


Seperti biasa, kali ini sudah kali ke-3 entri khas untuk rakan blogger yang bertapak dalam bloglist. Antara lain tujuan utama entri ini dikeluarkan adalah sebagai penghargaan kepada rakan blogger yang pernah saya tempatkan di dalam senarai blog.  Kali ini agak lama juga rakan blogger bulan Disember 2014 bertapak di blog yangbaik.

Kita lihat siapa mereka yang pernah bertapak dalam Bloglist pada bulan Disember 2014.

Senarai Rakan Blogger Disember 2014

Lihat gambar sahaja tidak mencukupi untuk mengenali siapa mereka.  Memandangkan pixel gambar terlalu rendah menyebabkan tulisan menjadi kabur.  Dah jadi kurang jelas untuk mengenali siapa mereka.  Justeru saya letakkan di sini link blog mereka untuk rujukan rakan-rakan blogger, juga untuk memudahkan saya menjejaki mereka kelak. :D

  1. akifimtiyaz3.blogspot.com
  2. mass-naim.blogspot.com
  3. harithiskandar.blogspot.com
  4. www.dianarashid.com
  5. tengkubutang.blogspot.com
  6. www.cekgunorazimah.com
  7. mummysupplementshop.blogspot.com
  8. www.papaglamz.com
  9. blogcikbelbel.blogspot.com
  10. muhammadshahril97.blogspot.com
  11. www.ciksepet.com
  12. http://drshikinzainal.blogspot.com/
  13. http://www.diarijejakahangat.com/
  14. http://iamaproudmama.blogspot.com/
  15. http://eyzamiel.blogspot.com/
  16. http://www.blogieta.com/
  17. http://mekzumbie.blogspot.com/
  18. http://aenoyou.blogspot.com/
  19. http://honeyoyeke.blogspot.com/
  20. http://www.mystorymory.com/
  21. http://hanwoohwan.blogspot.com/
  22. http://www.cikgufarha.com/
  23. http://bungakayangan.blogspot.com/
  24. http://syeedasaniey.blogspot.com/
  25. http://mrsfara.blogspot.com/
  26. http://aisyahambris.blogspot.com/
  27. http://lilylicha.blogspot.com/
  28. http://zarenaheeney.blogspot.com/
  29. http://sweetsmilensweetlife.blogspot.com/
  30. http://iniblogke.blogspot.com/
  31. http://mamanautokou.blogspot.com/
  32. http://ctamanaqim.blogspot.com/
  33. http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
  34. http://www.cikcyda.com/
  35. http://iskandardaughter93.blogspot.com/
  36. http://mimi-tralala.blogspot.com/
Senarai di atas ada juga yang terdapat di dalam bloglist utama, bloglist bulan Januari 2015 atau Februari 2015 bergantung kepada pemilik blog ini.  Iku mood rajin nak tukar atau tambah senarai dalam bloglist.  

Lihat juga senarai rakan blogger terdahulu di sini
  1. Oktober 2014
  2. November 2014

Terima kasih semua.


26 Disember 2014

Semoga mentari bersinar indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semoga mentari bersinar indah


"Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah"

Kita biasa dengar atau baca di mana-mana petikan yang berbunyi "setiap yang berlaku ada hikmahnya".  Memang betul.  Kerana itu kita perlu redha dengan setiap ketentuan.

Kadang-kadang kita mampu menuturkannya kerana kejadian itu tidak menimpa pada kita.  Sekiranya terjadi pada kita, kita harus kuatkan semangat dan sabar. Bantuan untuk kita akan tiba juga.

Sekarang, musibah melanda saudara-mara kita.  Mereka terperangkap dalam banjir dan entah apa keadaan mereka.  Apa yang kita lihat di kaca televisyen mungkin tidak sama dengan apa yang mereka rasa.  Kesusahan mereka sepatutnya turut menjadi kesusahan kita juga.  Cuba berada dalam situasi yang sama.  Jika situasi berbeza tetapi kita punya hati dan perasaan untuk berada di tempat yang sama.


Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar.  Kita yang tidak menempuh situasi musibah yang melanda seharusnya mengambil iktibar dan tidak mengambil kesempatan di atas kesusahan mereka.

Semoga mentari bersinar indah dan segala keperitan segera berakhir.  Setiap usaha mendapat barakah.


#PrayForPerak
#PrayForPantaiTimur


01 Disember 2014

Akhirnya Disember 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Disember 2014


Pejam celik, pejam celik... dah masuk Disember 2014.  Terasa seperti hari yang dilalui terlalu pantas. Terasa seperti azam yang dibina pada awal Januari belum lagi terlaksana sepenuhnya.  Ada juga azam yang terpaksa dibubarkan dan dibangunkan semula selaras dengan perkembangan semasa, agar rentak hidup ini tidak terlalu rigid...dan menyesakkan.

Dan isu ini sudah pasti akan dikaitkan dengan isu Kiamat sudah hampir. Hmm.... saya bukanlah seorang yang arif untuk membicarakan isu Kiamat.  Apa yang pasti Kiamat itu pasti tiba...bersediakah kita?  Jawablah sendiri.


Disember 2014... walaupun baru permulaan hari, tetapi agenda untuk sebulan ini sudahpun penuh dan hampir muak rasanya melihat agenda yang kadang-kadang terpaksa dibubarkan dan dibuat semula.... itulah lumrah.

Kita mampu merancang dan yang menjadikan ianya terlaksana dengan baik atas doa dan usaha kita serta dengan kehendak Yang Maha Esa.  Kenyataan itul tidak boleh lari.  Kita harus terima dengan hari yang terbuka dan menerima segala ketentuan dariNya.

Semoga Disember 2014 ini menjanjikan kebahagiaan dan kesudahan yang baik dalam setiap detik dan langkah kehidupan kita.

Jangan ditanya mengapa Disember bukan bulan lain?  Kerana jawapan itu pastinya berbeza mengiut kefahaman dan penerimaan masing-masing yang ada pada setiap dari kita.

Sekian.  Terima kasih atas perhatian semua.

25 Disember 2011

Inas sudah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Entry ini tanpa gambar kerana tak sempat nak bergambar.  Sekadar untuk tatapan dan ingatan bahawa hari ini Inas Insyirah dah jumpa Kak Ju.

Pagi lagi kami sekeluarga dah bersiap tak masak2 kat rumah tapi sarapan di Hutan Bandar (cawangan Seri Iskandar) kerana warung Lesung Batu tutup... melepas la pulak nak makan spagheti dengan sosej ayam berempah....  Macam orang jauh yang baru sampai ke Seri Iskandar, semuanya berbaju baru.

Sejurus keluar dari rumah Kak Ju kami terus ke Kg Makmur rumah Kak Teh kerana majlis pertunangan anaknya #wawa Zainal.  Selamat bertunang.  Dari rumah Kak Teh ke rumah Makcik An dan balik terus ke Seri Iskandar.

Sekian, siri cerita sekerat ... as a diary for today's task.

Selamat bercuti

24 Disember 2011

Selamat Bercuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sumber gambar :  google.com (search imej selamat bercuti)

Selamat bercuti.  Walaupun sebahagian besar daripada yang bercuti bukan menyambut apa-apa perayaan tetapi telah dijadualkan untuk bercuti maka ambillah kesempatan ini untuk merehatkan diri bersama keluarga yang tersayang. 

Dalam masa yang sama manfaatkan masa cuti ini dengan perkara yang berfaedah.  Nak tulis apa yang dikatakan berfaedah tu tidaklah sebab masing-masing dah besar panjang boleh fikir sendiri mana baik dan buruk serta faedah kepada diri dan orang sekeliling.

Sekian.

Carian