Pageviews

02 Disember 2014

Doa adalah Visi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Doa adalah Visi

Kita tidak sedar kerana tidak tahu atau kerana tidak tahu.

Kita juga boleh ambil tahu mana yang penting dan yang perlu untuk kelestarian hidup.

Antaranya kita perlu ambil tahu apa yang pernah diungkapkan oleh orang yang soleh, untuk dijadikan sebagai pedoman dan panduan hidup.



Salah satu ungkapan atau petikan penting adalah dari Sheikh Muhammad al-Ghazali, iaitu
DOA bukan sekadar keluhan. Ia adalah VISI yang menggambarkan jalan yang hendak kita lalui.

Kita mungkin juga pernah tersilap dalam membuat anggapan atau andaian. Barangkali kita juga pernah mengeluh kerana kecewa atau gagal dalam hidup. Sepatutnya kita harus sedar bahawa melalui doa juga kita mampu untuk menjadi kuat dalam menempuh setiap onak ranjau kehidupan.

Semoga kita tidak mengabaikan kepentingan doa dalam kehidupan kita.

Sekian. ~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Hari Ulangtahun Kelahiran Irdina Huda Ke-7

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Lahir Irdina Huda

Dilahirkan 7 tahun lepas. Anak kedua dari empat orang adik beradik.
Seorang anak yang manja tetapi cergas dalam pelajarannya.

Dalam diam, tidak disangka dia juga ada bakat dalam lukisan seperti abangnya.


Selamat ulangtahun kepada Irdina Huda.
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki bersama keberkatan dan limpahan rahmat dari Yang Maha Esa.

Agak lewat umi buat entri untuk Irdina kerana kesibukan tugas.

Alasan biasa menjelang hujung tahun...

Semoga ada di ruang lain untuk kita raikan bersama.

Irdina Huda, terima kasih kerana menjadi anak umi. Semoga terus menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada keluarga dan bangsa.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Remedi hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Remedi hati



Obat hati ada lima : (1) Membaca al-Qur'an dengan disertai tadabbur (merenungkan maknanya), (2) mengosongkan perut (berpuasa), (3) shalat malam, (4) Berdoa dan memohon ampunan di penghujung malam dan (5) bermajelis bersama orang-orang shalih
(Ibrahim al-Khawwash)