Pengikut Setia

02 Disember 2014

Doa adalah Visi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Doa adalah Visi

Kita tidak sedar kerana tidak tahu atau kerana tidak tahu.

Kita juga boleh ambil tahu mana yang penting dan yang perlu untuk kelestarian hidup.

Antaranya kita perlu ambil tahu apa yang pernah diungkapkan oleh orang yang soleh, untuk dijadikan sebagai pedoman dan panduan hidup.



Salah satu ungkapan atau petikan penting adalah dari Sheikh Muhammad al-Ghazali, iaitu
DOA bukan sekadar keluhan. Ia adalah VISI yang menggambarkan jalan yang hendak kita lalui.

Kita mungkin juga pernah tersilap dalam membuat anggapan atau andaian. Barangkali kita juga pernah mengeluh kerana kecewa atau gagal dalam hidup. Sepatutnya kita harus sedar bahawa melalui doa juga kita mampu untuk menjadi kuat dalam menempuh setiap onak ranjau kehidupan.

Semoga kita tidak mengabaikan kepentingan doa dalam kehidupan kita.

Sekian. ~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian