Pageviews

31 Oktober 2014

Alexa Rank terakhir untuk bulan Oktober

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Alexa Rank terakhir untuk bulan Oktober

Entri berkenaan Alexa kali ini diterbitkan bersempena dengan hari ini, hari terakhir pada bulan Oktober 2014.  Walaupun memanglah pada asalnya setiap minggu pun buat entri berkenaan Alexa Rank di blog sendiri.

Seperti biasa hari ini terlewat juga keluarkan entri berkenaan Alexa Rank di blog YANGBAIK.

Kita lihatlah bagaimana rupanya Alexa Rank untuk hari terakhir ini...


Global Rank:  366,833
Links in:  249
Rank in Malaysia:  3,809
Sumber : DI SINI
Rank minggu lepas :  DI SINI



Bukanlah nak kata puashati.  Tetapi rasanya berbaloi kot dengan usaha yang telah dilakukan sepanjang tempoh seminggu ini.  Entri pun suam-suam kuku manalah Alexa nak dapat bagi rank terbaik ... yer dok...

Terima seadanya.

 ( ^-^ )

Jadi diri sendiri lebih normal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jadi diri sendiri




Jadi diri sendiri
tidak kira apa orang lain fikir
Allah telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian dengan sebab yang tersendiri
Jadi diri sendiri itu lebih baik dari meniru 

Okey tak ... akak punya terjemahan? :P

Moralnya:
Walaupun kita ada kekurangan kita tidak seharusnya melihat kelebihan pada orang lain itu satu kelebihan kepadanya atau dia lebih dari kita.
Kerana, kita tidak nampak kekurangan yang dia simpan.
Dengan itu, kita juga seharusnya bijak menyimpan kekurangan diri kita tetapi tidaklah pula dengan senang hati menonjolkan kelebihan secara melampau.  Ini sudah lebih...

Sebenarnya siapapun dalam keadaan apapun kita, hanya kita sendiri yang tahu.
Apa yang orang lain kata atau fikir itu kita jadikan sebagai panduan sahaja untuk kita lebih mengenali siapa diri kita.
Tidak perlu rasa rendah diri sangatlah...

okey semua... 

( ^_______^ )



Senarai pemenang Segment Blog Review by Sally Samsaiman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Senarai pemenang Segment Blog Review by Sally Samsaiman


Agak terlewat sikit saya keluarkan entri penghargaan kepada Sally Samsaiman.  Senarai pemenang untuk segment Blog Review oleh Sally Samsaiman telahpun dikeluarkan beberapa hari yang lepas. Saya tidak sempat mengeluarkan entri penghargaan pada hari berkenaan, jadinya sekarang barulah saya buat entri sebagai penghargaan kepada rakan blogger Sally.


Senarai penuh pemenang ada di SINI

Berikut adalah senarai blog pemenang bagi kategori pilihan Sally yang telah terpilih untuk direview


Sungguh tidak disangka kerana terpilih juga akhirnya.

Terima kasih Sally dan tahniah kepada semua rakan blogger yang berjaya.


p/s:  ada lagi beberapa entri berkaitan yang belum sempat saya keluarkan.  berikan saya ruang dan masa untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.