Pageviews

05 Mei 2014

Ada apa dengan tangan kiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sedari kecil kita diajar supaya makan dengan tangan kanan dan dimulakan dengan Bismillah supaya kita kenyang dan makanan yang masuk ke dalam perut juga mendapat berkat.

Sekarang bila dah jadi mak... kenalah ambil perhatian dengan cara pemakanan anak-anak. Kadang-kadang kita tidak perasan anak-anak makan dengan tangan kiri.  Bila ternampak cepat-cepatlah tegur jangan dibiarkan sahaja.

Makan dengan tangan kanan.  Gambar hiasan


04 Mei 2014

Kekuatan terletak di dalam hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kekuatan terletak di dalam hati
Dari hati datangnya kehendak dan kemahuan
Lantas menghasilkan kekuatan
Kekuatan yang tidak terduga

Namun kekuatan itu harus datang bersama didikan iman
Iman kepada yang satu
Lalu menghasilkan kekuatan yang bermakna
Bermakna kepada diri dan sejagat




Rahsia kulit segar dan sihat 24jam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selami rahsia kulit segar dan sihat 24 jam.  Wah! mesti hebatkan. Kulit tidak lagi terasa kering dan gersang seperti padang rumput di gurun Sahara.  Kulit yang sihat bukan sahaja idaman model atau artis.  Malahan suri rumah dan blogger wanita juga mengimpikan kulit wajah yang sihat dan segar.  Kulit yang sihat dan segar tidak semestinya untuk ditayang di ruang blog tetapi untuk kepuasan diri serta untuk tatapan encik abang kannnn.

Tak percaya?  Tanyalah blogger lelaki pun suka jika kulit wajah mereka sihat dan segar :P