Pageviews

31 Januari 2014

Bekerja pada hari cuti umum sempena Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Corak ini merupakan corak ke-11 bagi tahun 2014.
Telah beberapa hari dihasilkan
hari ini baru berjaya diterbitkan untuk tatapan umum.


Selamat bercuti sempena Tahun Baru Cina.  Kebetulan pula tahun ini TBC jatuh pada hari Jumaat, menjadikan cuti untuk hujung minggu kali ini bertambah kepada 3 hari.  

Namun tidak semestinya 3 hari itu hari cuti buat semua kerana bagi sebahagian daripada kami terpaksa bekerja pada hujung minggu ini.  Termasuklah aye dan rakan-rakan sepejabat.  Bezanya pada hari cuti ini kali tidaklah perlu bergelut berebut trafik dengan bas sekolah, cikgu atau ibu-bapa yang hantar anak ke sekolah.  Tak perlu juga kejar thumb-print kerana masuk jam berapapun tidak menjadi soal.  Asal masuk pejabat dapat siapkan kerja apa yang patut sudah cukup bagus.  Yang bagusnya pada hari cuti sebegini tidak banyak gangguan seperti deringan telefon atau pelanggan yang datang bertamu.

Disebabkan kami tidak menyambut CNY maka tidaklah terasa sangat kesedihan terpaksa bekerja.  Cuma kasihan kepada anak-anak terpaksa ditinggalkan di rumah.  

Selamat bercuti dan selamat bertugas kepada semua.

Apapun aktiviti anda hari ini... semoga yang terbaik buat anda.  Berhati-hati di jalan raya.  Pastikan kesihatan dan kebajikan keluarga terpelihara.



suka duka pentas dunia





$$$



Cakap sikit-sikit sudahlah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Barangsiapa yang banyak salahnya, maka sedikitlah rasa malunya. Barangsiapa yang sedikit malunya, maka sedikit pula sikap wara'nya. Dan barangsiapa sedikit sikap wara'nya, maka matilah hatinya

(Umar Al Khatab)

30 Januari 2014

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN




Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini.

Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita.

Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.

Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50.

Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang.

Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.




suka duka pentas dunia


$$$