Pageviews

31 Ogos 2013

Makan tangan kiri atau tangan kanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




gambar hiasan semata-mata

Janganlah kalian makan dengan tangan kiri sebab setan itu makan dengan tangan kiri.
(HR Muslim)





30 Ogos 2013

Kepulangan yang ditunggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kepulangan yang ditunggu.

Nak buat tajuk apa pun tak tau.  Buat jer tajuk kat atas tu... jangan bimbang.

Penungguan itu akan berakhir setiap petang dan bermula semula setiap pagi.  Atau boleh jadi juga bermula pada tengahari dan berakhir tengah malam.  Selalunya tengah malam... semua yang menunggu pun sudah tidur lena.

Inas tunggu ayah balik, jangan kacau.

Jangan nak buat cerita sedih pulak yer.  Memang setiap hari anak-anak aye akan menunggu umi dan ayahnya balik.  Kadang-kadang umi balik dulu dan kadang-kadang ayah balik dulu.... dan selalunya umi akan balik dengan ayah.

Setiap petang, mulai jam 4.00 atau jam 5.00 semua anak-anak siap mandi dan tunggu depan pagar... kalau hujan tunggu dalam rumah.  Agak kalau umi dan ayah balik lambat sikit ... merayau satu taman, tak sabar tunggu ayah dan umi balik.

Inilah sebahagian daripada rutin anak-anak setiap hari.  Menunggu kepulangan ayah dan umi balik dari kerja.

Bila ayah balik awal sikit, boleh bawa jalan-jalan pusing Bandar Seri Iskandar atau boleh sampai ke Batu Gajah, tapi jarang sangatlah.  Yang selalu-lalunya ayah bawa pusing-pusing sekitar bandar (pekan) SIDEC. Bawa sampai kedai runcit rahmat, pusing kat Restoran Jintan Manis... balik... sekejap jer jadilah... beli cool blog atau pun beli burger atau beli kuew teow goreng kat warung tepi padang bola... sampai rumah dah nak maghrib.

Jadilah untuk satu hari.  

Tetapi bila ayah dan umi balik lewat sikit... tak dapat nak ke mana-mana duduk saja di rumah tengok Upin Ipin sambil layan milo ais...

Setiap hari selalu akan berubah menu atau perjalanan...

Rumahku Syurgaku.



Ujian Persefahaman dalam Persahabatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada baik, Beri baik, Dapat baik.  (Prof. Dr. Muhaya)


Catatan ini tidak bertujuan untuk mengulas mengenai ungkapan popular dari Prof. Dr. Muhaya iaitu Ada kebaikan beri kebaikan dapat kebaikan.

Kehidupan kita memang tidak lari dari ujian, dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ujian yang terbesar. Kadang-kadang ujian itu kita tidak perasan kerana ianya kecil, sedangkan ujian yang kecil itulah yang akan menjadikan kita orang yang matang ketika berhadapan dengan ujian yang besar.

Ketika catatan ini ditulis... hidung mula berair menjadi tanda bahawa selsema bakal tiba... dengan cepat segera sedar dan terus ambil scott emulsion (kan banyak vitamin c - baik untuk merawat selsema kan?). Bukan saja budak-budak, mak budak dan bapak budak pun boleh minum scott emulsion...


gambar hiasan

Kaitannya begini... apabila kita sedar kita sedang berhadapan dengan ujian (selsema) kita akan segera mencari remedi untuk merawat selsema tadi.  Tetapi alangkah ruginya kita apabila kita ditimpa sedikit ujian selain dari kesakitan... kita tidak perasan dan menjadikan kita leka atau alpa untuk 'merawat' ujian tadi.

Kisah yang hendak dikaitkan adalah begini.  Dalam sesuatu keadaan dan situasi kita akan bersemangat untuk melakukan dan melaksanakan arahan.... yang kadang-kadang bukan dalam bidang tugas kita pun tetapi atas dasar semangat kita menjadi teruja untuk mencipta dan melaksanakan tugasan itu.

gambar hiasan

Tiba-tiba dalam kita bersemangat untuk melakukan pekerjaan itu... datang pula sahabat yang tidak langsung memberi semangat serta tidak memperdulikan langsung apa yang kita sedang buat.  Yang bagusnya sahabat itu lebih rela mengkritik tanpa ada tanda hendak membetulkan apa yang 'salah' atau buat tidak endah terhadap usaha yang sedang kita lakukan.



Ada pula satu sisi yang lain seolah tidak mengambil berat terhadap apa yang sedang diusahakan.  Buat pun nak tak nak... dan seperti tidak ikhlas.  (Tetapi itu mungkin pandangan mata kasar sahaja... disebalik usahanya kita tidak tahu)

Situasi begini memang menyakitkan hati dan mencabar kesabaran dan mampu melemahkan semangat yang sedang berkobar-kobar.

Sebagai mengatasi rasa sakit hati... beralih lah kepada positif.  Tentu ada sebab dan hal tertentu yang menjadikan orang itu sukar memberikan kerjasama atas apa yang sedang kita laksanakan.

Boleh juga kita tafsirkan sebagai itu semua ujian dalam mengharungi dunia persahabatan.  Boleh saja kita buat tidak tahu atas yang berlaku... teruskan usaha dan kerja kita.

Semoga suatu masa bantuan akan tiba... paling tidak situasi itu akan berlalu dan biarkan saja ia pergi tanpa sedikitpun terguris pada hati.  Jadikan iktibar supaya kita tidak menjadi seperti itu... kerana kelak siapa juga akan melalui situasi sedemikian.

Yang berlalu biarkan berlalu... semoga persahabatan yang terjalin tidak terputus kerana perkara kecil yang kadang-kadang kita sendiripun sebenarnya tidak mahu ia berlaku pada kita dan pada orang lain juga.

Sekian adanya...Suka duka pentas dunia.