Pageviews

18 November 2012

Ada Apa Pada Perempuan

As salam,


Perempuan
Kuatnya tidak terzahir
Letak pada jiwanya
Biarpun ditampar
Dia menangis
Bukan kerana kesakitan
Tetapi kekuatan

Perempuan
Ketahanannya lebih dari tamparan
Malahan beribu deraan
Kekuatan dalamannya
Itulah kudratnya

Perempuan
Kelemahannya adalah kejujuran
Sekali dikhianati
Selamanya ia terluka
Sukar diubati
Malahan beribu penawar bukan galang ganti

Perempuan
Kekuatan jiwanya adalah pada Tuhannya
Sejadah itu bukan baldu sutera
Penyambung semangat juang hidup
Menghimpun berjuta kekuatan
Tempat berhimpun sejuta keperitan
Tempat memendam sejuta kedukaan

Perempuan
Doanya pasti termakbul
Itu janji Tuhan
Andainya dia terluka
Andainya dia teraniaya
Adukan saja pada Tuhannya
Nescaya dia beroleh sejuta kekuatan
Malahan lebih dari itu

Perempuan
Ketaatannya pada sang lelaki hanya yang bernama suami
Lalu diberiNya sejuta kekuatan
Selagi dia beriman dan taat pada Tuhannya

Perempuan
Kedegilannya sukar ditawan
Selagi kekuatan kudratnya tertanggung dek badan
Selagi nafasnya berbau keimanan
Selagi jiwanya pada Tuhannya

Perempuan
Berasalnya dari rusuk Adam
Sebelah kiri paling bawah
Biarpun tidak lurus
Itulah kekuatan
Sekali terluka
Tidak selamanya merana
 
Perempuan
Dendamnya kekuatannya
Terbalas di tikar sejadah
Ingatannya pada Tuhannya
Muhasabah diri
Mencari kelemahan
Koreksi kesilapan
Biar terlerai dendam membara
Biar damai hidupnya di sana

........

17 November 2012

Nak cari aura

As salam,


Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.

Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.

Petikan di atas diambil dari laman web colourvibration.  Banyak lagi cerita mengenainya, untuk lebih keterangan klik saja di SINI.

Mengintai Aktiviti di Hujung Minggu

As salam,

Catatan skema pada setiap kali tibanya hujung minggu.  Memang !! 

Hujung minggu memang antara hari yang ditunggu.  Kerana pada hari ini (Sabtu dan Ahad) biasanya umi dan ayah tidak bekerja, Alif dan Dina juga tidak ke sekolah (tapi sekarang kan musim cuti sekolah).

Antara aktiviti menarik yang dilakukan pada hujung minggu mengikut kebiasaannya ramai orang akan melancong.  Bercerita bab melancong memang suka sangatlah… tetapi yangbaik dan keluarga buat masa ni masih belum dapat merancang lagi nak melancong ke mana-mana, kena tunggu baby besar sikit dan yang paling penting bajet kena cukup. 
 
Kalau sekadar melancong tengok2 jer tak der makna la … paling tidak ada lah sikit buah tangan buat kenangan… dan minggu ni sesiapa yang melancong ke Pulau Pangkor jangan lepaskan peluang berjumpa dengan ahli pasukan bolasepak Negara, seronokkan kalau melancong tak yah keluar duit sendiri… berangan jer lah sapa yang nak bagi percuma… masuk tandas pun kena bayar lima posen!

Eh! Termelalut pulak.  Selain dari melancong, aktiviti lain yang tak kurang menarik adalah basuh kereta, kemas rumah, berkebun dan membersih halaman rumah.

Aktiviti yangbaik hujung minggu ni… semenjak beberapa hari yang lepas dan akan datang adalah sekadar mengintai jer dari tirai kamar.  Oleh kerana masih lagi menunggu hari yangbaik tak berani nak keluar merayau ke mana-mana, tak seperti cerita beberapa orang rakan … belum habis 44 hari tapi dah merayap serata alam. Haish… berani betul dia orang nieh… tak takut bentan?   


 
Inilah tirai kamar ofis yangbaik.  Sempat lagi capture… beberapa hari sebelum cuti panjang.  Entah sekarang ni… hidup lagi ke bunga tu eh…