Pageviews

10 Februari 2012

Terasa hati dan merajuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Dalam kehidupan seharian, dalam apa juga aktiviti yang dilakukan kita memang tidak lari dari membuat keputusan atau menerima keputusan atas permohonan yang dimajukan.

Sesuatu keputusan tidak selalunya mudah dibuat dan sukar ditelah apa hasilnya apabila keputusan dibuat.  Namun tidak semestinya keputusan yang dibuat itu mampu mengembirakan semua orang.  Justeru terimalah apa juga keputusan yang diberikan dengan hati yang terbuka.



Proses membuat keputusan bukanlah sesuatu yang mudah namun tidak juga sukar apabila adanya garis panduan.  Hanya terpulang kepada individu untuk menerima keputusan atau garis panduan yang telah ditetapkan.

Dalam situasi kedewasaan ini perasaan terguris rasa tidak perlulah dilayan sangat kerana proses yang mendewasakan dalam berbagai situasi.  Seharusnya proses yang dialami sepanjang kedewasaan itu memantangkan cara kita berfikir dan bertindak.



Soal terasa hati (heart feeling) tolak tepi dan rajuk itu janganlah dilayan kerana perasaan itu tidak menguntungkan sesiapa.  Kita mungkin akan rasa bahagia bila melibat orang lain 'padan muka' sebab menyusahkan kita, tetapi ke mana pula kita selepas itu. 

Kita tidak selamanya hidup sendirian dan tidak selamanya kita menerima keputusan.  Suatu masa bila kita membuat keputusan ... saat itu... kita akan merasa betapa beratnya... beban yang dipikul.

Cukup-cukuplah dengan apa yang telah berlaku...


.

09 Februari 2012

Penggerak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Penggerak semangat
Pembakar semangat
Penguat semangat
Semangat yang hilang

Yang laut pulang ke laut
Yang darat balik ke darat
Yang mana tercari-cari
Yang SATU kekal di hati

?-?

08 Februari 2012

Mereka berpegangan tangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Hari ini (sebenarnya malam) di pasar malam di Bandar Universiti, selepas hujan berhenti. Dalam kepekatan malam diterangi lampu neon yang separuh malap di sekitar khemah, kelihatan mereka berdua berpegangan tangan.  Amboi! bukan main mesra lagi.  Kemesraan mereka berpegangan tangan memang menarik minat dan perhatian sesiapa yang memandangnga.  Apakah hubungan mereka.  Adakah rahsia atau apa sebenarnya?

Terdetik juga rasa cemburu masa lalu, ketika baru mendirikan rumahtangga.  Apabila berjalan bersiar-siar di taman bunga atau juga ketika di pasar malam selalu juga berpegangan tangan.  Sesekali memang ada rasa segan walaupun telah mempunyai ikatan yang sah bimbang dikatakan mengada-ngada.  Macamlah orang lain tak der pasangan. 

Ayah! Pegang tangan Alif


Tetapi itu kisah dulu, kini bila dah ada anak lain pula ceritanya.  Bila bersiar-siar ayah pegang tangan anak sulong dan ummi pula pegang tangan anak tengah.  Bila dah anak tiga, anak sulong jalan pegang seluar ayah, ayah dukung anak bongsu, ummi pula ikut dari belakang seperti biasa pimpin tangan anak tengah.

Sekian, detik berpegangan tangan memang terasa mesra.  Cer bila kena tangankan... apa pula rasa...pikir lah yer.

P/S:  Catatan ini tiada kaitan dengan aksi remaja zaman sekarang atau lain-lain pasangan yang tidak sah.  Catatan ini sekadar imbasan memori masa silam penulis untuk renungan masa akan datang.

^-^