Pageviews

05 Oktober 2011

Lagi kisah cinta bersama Samsung GALAXY SII

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Malaysia,


Samsung GALAXY SII bercinta lagi atau ada sesiapa yang sudah jatuh cinta dengan Samsung GALAXY SII?

Samsung GALAXY SII memang hebat, dengan saiznya yang sedang elok (sedap dipegang) membuatkan ramai orang sudah jatuh cinta dengannya termasuk juga sesiapa yang membaca entry ini... hehehe. 

Sana sini sibuk diperkatakan mengenai kehebatan Samsung GALAXY SII. 
Sehinggakan di dalam kursus juga para pesertanya sibuk sekali ... menyalin nota di papan layar dengan Samsung GALAXY SII.  Memang agak menghairankan, tetapi jika dilihat daripada hasilnya sungguh menakjubkan. Berbalik kepada salin nota... bukan lah menulis nota tetapi 'snap' gambar nota yang terpapar di papan layar, tak perlu susah-susah nak menyalin seperti konvensional... lambat kata mereka lah... Tapi awas, jangan salah gunakan Samsung Galaxy SII untuk meniru semasa peperiksaan ... itu tidak baik untuk moral dan etika anda selaku penjawat awam dan juga rakyat Malaysia.


Sayangnya aye tiada video untuk di upload mengenai aktiviti pencinta Samsung GALAXY SII sepanjang Kursus Induksi yang lepas... sekadar bercerita sajalah... memang teruja sangat-sangat dan harus segera dapatkannya satu untuk aktiviti kursus berikutnya... itupun jika ada peluang lah, tetapi yang pasti bukan Kursus Induksi... :-)




Sekian. I Love My Samsung Galaxy SII.

*-*

04 Oktober 2011

Ada apa dengan perhatian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Sekadar berkongsi untuk ingatan buat diri sendiri:


"Perhatikanlah diri Anda dalam tiga keadaan. (1) Jika Anda beramal, maka ingatlah pandangan Allah kepadamu, (2) jika Anda berbicara, maka perhatikanlah pendengaran Allah atas ucapanmu dan (3) jika Anda diam, maka perhatikanlah pengetahuan Allah tentang dirimu". (Hatim al-Asham)

Sekian, semoga bermanfaat.

*.*

Dapatkan iPad 2 dengan perkhidmatan berkualiti dan profesional dari Castrol Auto Service

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


iPad 2, sememangnya menjadi impian ramai orang.  Dengan kelebihannya yang pelbagai dan mudah dikendali, siapa saja pasti terpikat.

Jadi ambil peluang keemasan ini melalui perkhidmatan berkualiti dan kepakaran daripada Castrol Auto Service serta peluang untuk memenangi iPad 2.

Sudah pasti sesiapa saja akan tertarik dengan tawaran istimewa ini... bukan sahaja berpeluang memenangi iPad2, tetapi kereta juga akan diberikan khidmat yang terbaik pasti memuaskan hati.


Zoom your way to one of the Castrol Auto Service centres to service your car and win yourself an iPad2!


My car gets quality & professional service while I stand to win an iPad2, only at Castrol Auto Service! #Service&Win

sekian.

*.*