Pageviews

31 Julai 2011

Senarai Kueh Raya 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Maaf entri ini tiada gambar untuk diutarakan... Then, bila terbaca nama kueh tu... gambarkan sendirilah macam mana rupanya, seperti juga gambaran rasanya yang pasti enak dan disukai ramai.

Entry ni juga nak tumpang glamor Hotel UiTM, sebab dicedok bulat-bulat dari email yang diterima dari Hotel UiTM.  Adalah ubahsuai sedikit jenis tulisan dan saiznya agar bersesuaian dengan blog yang baik nih...

layan la ehhhh

.
.
.
.
.

Promosi Kuih Raya Hotel UiTM Kembali Lagi !!!
 Semua harga bagi kebanyakan kuih dikekal seperti tahun lepas serta kualiti kuih dipertingkatkan.
Senarai Kuih Raya 2011
 · Biskut Makmur RM 18 / 50 Biji
· Biskut Mazola RM 15 / 50 Biji
 · Biskut Bangkit Sago RM 18 / 50 Biji
 · Biskut Gajus RM 18 / 50 Biji
 · Biskut Sampret RM 18 / 50 Biji
 · London Almond RM 20 / 50 Biji
 · Tart Nenas RM 20 / 50 Biji
 · Choc. Chips RM 20 / 50 Biji
 · Maruku RM 15 (1/2 kg)
 · Kuih Kapit RM 17 (1 Balang)
Kepada sesiapa yang berminat boleh berkunjung ke Meranti Grill, Hotel UiTM. 

Bermula 02 Ogos hingga 26 Ogos. Jam 12.00 tgh hingga 09.00 mlm.
 Hubungi Zaini 017 2300545 / Hotel UiTM Shah Alam
Amy 019 3178483 (Hotel UiTM)
 Tempahan juga boleh dibuat secara email ke

Seperti biasa tempahan tuan puan boleh dihantar terus ke pejabat atau mengambilnya di Hotel UiTM.

Pesanan Khas daripada Penaja:  Semua urusan tempahan dan pengambilan adalah tanggungjawab individu yang sangat-sangat berminat untuk mendapatkan keenakan kueh raya buatan Hotel UiTM.
 Terima Kasih &Selamat Menjalani Ibadah Puasa

30 Julai 2011

Santai bersama BEN ASHAARI dan BLOGGER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Santai bersama BEN ASHAARI dan BLOGGER


 


Boring ? Ye lah... mana tidaknya, baru lepas masak-masak bagi anak-anak makan.  On ajer laptop Toshiba ni... datang pula anakanda alif  nak tengok ultraman dengan power rangers kat dalam laptop nih... heeii tak cukup dengan CD berkeping-keping dah tengok tadi... mai nak kacau pulak... Bila tak bagi mintak pulak kertas kosong... nak melukis... lagi sekali... pi cari sat... memang lepas ni kena beli buku nota yang kecik tu simpan buat stok... bukan untuk kerja pejabat ummi atau ayah tapi untuk bekalan alif nak melukis...

Okeh... back to the story, dalam dok boring-boring tu buka blog Ben Ashaari... ada segmen la... okeh juga ... Sapa sapa leh join ..

Cara nak join ..... klik SINI.  cepat!!! tutup jam 10.00 malam nih

eh.... ada peristiwa bergambar pulak...



Peristiwa (Kejadian) ini berlaku pada satu hari di hujung minggu pada tahun 2009.  Oleh kerana hari ini agak mendung dan ala-ala nak hujan gitu... so teringatkan peristiwa seperti dalam gambar di atas tu... satu hari suntuk hujan... rintik-rintik aje lah... boring nyer duduk kat rumah. 

Teringat pula nak makan mee udang kat Kafe di Petronas sebelah UTP Tronoh.  Dengar cerita sedap... sampai ajer, mejanya agak basah maklumlah lepas hujan tengoklah permukaan jalan ... kan masih berair.  Mintalah pekerja kat kafe tu tolong lapkan... alahai dengan muka yang macam baru lepas makan cuka, beliau lap meja... opss airnya menitik jatuh atas kerusi, boleh dia buat tak tau... semangat betul la... panggil lagi sekali... sabar nih... minta tolong lap kerusi pulak... dengan muka yang tersengih macam kerang .... dilaplah meja itu..

KUsss semangat... order makan dan minum, sementara tunggu order siap... budak-budak dua beradik tu apa lagi tak mau diam punya, jalan sana sini jenuh nak kawal.  Bila diminta diam sekejap nak tangkap gambar... tak buleh pulak... memang tak diam ... lari sana sini lompat2... seronok sangat macam orang Perak kata.... apa tuh... GAJER... entah tak berapa nak faham.

Okeh... makanan dah sampai... mee udang ala-ala mee rebus banjir gitew... baunya saja dah menusuk ke hidung, rasanya... memang rugi kalau makan tak habis, tapi apa kan daya memang tak tertelan sebab rasa udangnya macam dah 'medak'... makan jangan tidak jer tiada semangat nak makan tapi tak mahu membazir ditelan juga...dulu gambar mee tu ada...dengan tiga ekor udang... tapi dah buang sebab memory card dah penuh... tak sempat nak pilih buang jer ...

Dengarnya kafe tu sekarang dalam proses baik pulih dan tokeynya pun dah tukar...

Peristiwa?.. selalunya yang dikaitkan dengan peristiwa adalah kejadian yang besar dan memberi impak kepada penonton dan orang yang mengalaminya ... betul tak?  Betul ehhh... kalau macam tu, abaikan ajer lah gambar peristiwa kat atas tu... huhuhuhu

Sekian... adanya...

28 Julai 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !






Sesaja ... lagi la nak menyibukkan diri dengan kesibukan kerja sampaikan nak tinggal meja kerja ni pun dah tak sanggup walaupun perut dok berkeroncong mengalahkan lagu Keroncong Untuk Ana lagiiii.

Tak per lah tengahari ni makan jer Snickers yang baru beli kat cafe pagi tadi... petang karang ada makan-makan free, esok lagi BESAR punya free...

eiii.... apa yang aku merepek meraban nih...

Okeh lah nak cerita petang ni kena attend Bengkel Celik Kewangan... huhuhu  macam butalah pulak... tak buta tapi rabun jer... so kenalah hadir kan sebab bukan senang nak dapat ilmu direct dari orang Bank Negara.  Kalau rajin, malam ni tak pon pagi esok ker aye update citer pasa bengkel tu yer...

Sekian adanya, selamat mencari blog ... yehaaa