Pageviews

27 Mei 2011

Bukan Hadis Nabi S.A.W

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baca tulisan berikut:  Sabda Rasulullah SAW "Dunia ini ibarat bangkai. Hanya anjing sahaja yang akan merebut bangkai."

Tolong ingat bahawa tulisan di atas bukanlah hadis Nabi S.A.W seperti yang biasa kita pernah baca atau kita dengar.

Baca pula ulasan berikut, mengapa ia bukan hadis Nabi S.A.W:

1. Sebenarnya ia bukan hadis Nabi saw.  Ertinya Nabi tidak pernah mengatakan perkataan yang sedemikian bentuknya.

2. Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani : Mengkatagorikan ia sebagai hadis Maudhu’ (palsu)
  • Syeikh Nasiruddin al-Albani (1914-1999) adalah termasuk pakar hadis kontemporari, lahir di Albania, fokus kajian beliau kepada bidang hadis sejak berumur 20 tahun.
  • Bermazhab Hanafi. 
  • Beliau adalah antara pakar rujuk hadis bagi negara Arab Saudi, Madinah, Damsyik, Mesir, Syria, India  (dilantik sebagai Ketua Masyaih hadis Universiti al-Salafiyyah) dan dunia Islam seluruhnya.
  • Bidang pengkhususan beliau ialah mentahqiq hadis (membuat kajian sama ada hadis-hadis Nabi yang digunakan oleh umat Islam benar-benar sahih atau tidak)
3. Diharap kita tidak mengambil hadis ini sebagai rujukan.

Wallahualam.
Sumber:  Ustaz Hj Supani

26 Mei 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ben Ashaari ajak serbu blog baru.  Terbuka kepada blog yang pengikutnya tak ramai, maksudnya bawah 1000.  Macam blog aye.

So tak mau cerita panjang lebar.  Dipendekkan cerita link blog ini adalah: http://yangbaik.blogspot.com


Sekian adanya, selamat menyerbu... yehaaa

Isteri kamu antara lelaki lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Erk!!!... Eh hairan yer. Kenapa tajuk catatan ni 'Isteri kamu antara lelaki lain". 

Tajuk ini di buat adalah kerana gambar seperti hasil keywords yang diperolehi dari nuffnang.


kurang periksa pula mengapa dicari 'isterinya' di sini.  Jenuh jugaklah aye dok menggoogle dengan keyword tu... tak pulak jumpa blog aye dah sampai 30 halaman.

Untuk tidak menghampakan... aye sertakan di sini klip video yang disampkan oleh Ustaz Azhar Idrus,  klip ini dijumpai atas keyword 'isteri kamu antara lelaki lain'
memang sungguh menghampakan tidak tahu mengapa, link untuk klip video itu tidak dapat dipaparkan di sini...

So, andai ada yang berminat googlekan aje 'isteri kamu antaran lelaki lain' pasti kamu akan jumpa video Ustaz azhar Idrus yang aye maksudkan di atas.

Jadi.... layan lah dulu mana-mana yang ada kat sini
sekian, semoga memberi manfaat
.

Kematian, Kesakitan dan Kesihatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tanpa perlu banyak bicara, semua orang pasti akan merasai saat sihat, saat sakit dan bertemu dengan kematian.  Memang sungguh belum cukup lagi amal bakti kepada insan dan kepada Tuhan.  Sentiasa berbuat baik rasanya belum cukup memadai walaupun ia juga menyumbang pahala.


25 Mei 2011

Lawatan singkat ke Galeri Seni Tunku Nur Zahirah, UiTM Shah Alam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Lawatan singkat ke Galeri Seni Tunku Nur Zahirah ini dilaksanakan bukan secara berkumpulan atau bawa rombongan Cik Kiah tetapi lawatan peribadi sahaja.  Lawatan  yang dibuat secara adhoc untuk meninjau dan dijadikan kenangan peribadi.

Lawatan ini dibuat ketika waktu rehat semasa Bengkel KIK di Dewan al Ghazali, JPbSM.  Lokasi Galeri tidaklah jauh dari Dewan al Ghazali, membolehkan kami berlari sekejap ke sana.

Tidak banyak gambar yang dapat diabadikan tetapi cukup sekadar kenangan peribadi, untuk disemakkan di sini.  Ada bantahan? Okey, cadangan ditutup. :-)

Berhampiran pintu masuk

Antara arca yang terletak di luar galeri.  Sila abaikan arca (model) bertudung itu kerana dia bukanlah sebahagian bahan pameran. uhuks..
sebahagian daripada model kenderaan masa hadapan ciptaan pelajar-pelajar UiTM.  Kurang pasti pula dari program apa.
Sebahagian daripada model kenderaan yang dipamirkan.  Tidak termasuk model bertudung yang sedang 'control' ayu... Kononnn
Eh!... HA! cukup dulu gambar dalam galeri tu, dah habis posing tak kan semua gambar nak letak kat sini kan... sudah-sudah lah...

Masa untuk pulang ...


Layan jer...

Bila bosan melanda | Fikirlah untuk melaksanakan sesuatu yang membawa manfaat kepada orang ramai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bila anda bosan buat apa?  Maksudnya anda buat apa ketika bosan atau boleh juga ditanya begini; dah bosan buat apa? Tak kan tak buat apa-apa kot.

Ada orang bila bosan cari coklat untuk dimakan.  Boleh ker?  Coklat.... bagus juga kan untuk hilangkan tension dan boring dan yang seangkatan dengannya.


22 Mei 2011

Alif dan Kamera Digital BENQ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alif dan kamera digital BENQ. 

Kamera itu dibeli pada awal tahun kelahiran Alif.  Dan, sekarang setelah umur Alif mencecah 5 tahun bersemangat sungguh nak guna kamera BENQ.  Memang ummi dan ayah pada awalnya tak berapa nak berani nak bagi aliff guna sebab takut (tak habis dengan takutnye) nanti rosak, jatuh, pecah dlll.  Tetapi Alif memang pandai memujuk.  Daya pujukannya sangat tinggi, itulah antara sebabnya mengapa kamera itu akhirnya terjatuh juga.... ke tangan Alif.

Tetapi setelah diberi kepercayaan... lihatlah hasilnya.
nak bagi suspen sikit.... ini adalah gambar bumbung (siling) depan kat rumah atuk di Lekir dan gambar bawah adalah kaki Alif... just wonder... kenapa sebelah sahaja...

tak per tengok lagi... gambar berikutnye

oppss!!! tersalah fokus pulak... nak ambil gambar siapa nei...
atas kiri; Tok Cu,  kanan pulak gambar muqaddam kot, dan bawahnya baju adik la pulak... mukanya mana?...

tengok lagi

hmmm... gambar makanan pulak, atas kiri adalah hidangan untuk kawan2 opah yang sedang berzanji, kanannya pula adalah antara ulam-ulaman untuk hidangan makan tengahari.  gambar bawah kiri dan kanan adalah piring dan cawan.... ada2 aje alif nie....

tengok lagih...
waaa..... antara model pilihan alif yang sporting... caya lah...

last but not least...

taraaaaaaa

inilah Alif...

sebenarnya banyak lagik gambar yang sempat dirakam oleh Alif tapi tak dapatlah ummi nak letak semua kat sini... nanti penuh pulak kuota... sikit dulu lah ye, lain kali ada gambar lain untuk sesi fotoshoot yang lain plak...

sekian.

21 Mei 2011

Do you wonder where your home is truly safe?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Adakah anda pasti dengan keselamatan rumah anda?  It is sound silly. Of Course I know that because at first I write in Malay then I wrote in English... yet it is broken language. 

My purpose is to stroy about ADT.  What is ADT.


Lidah kelu untuk berkata-kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sumber:  google.com
Tiba-tiba mulut terasa seperti diplaster dan tidak mampu berkata-kata.  Walaupun di dalam hati tak tahulah punya nak bercakap.  Lantas jadikan jari dan pena ini sebagai mangsa untuk meluahkan segala yang tersirat.  Walaupun yang sebenarnya tiada apa yang nak dibicarakan kerana telah kekeringan idea dan ingatan juga semakin menipis..... sedih!!!!

.