Pageviews

10 Mac 2011

Aduhai! Hanya kerana ubat gigi jer...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

(sumber gambar:  google.com)

Aduhai! hanya kerana ubat gigi sahaja rumah tangga boleh jadi pecah belah.  Opss! tolong yer... bukan rumah tangga aye, sebab rumah aye memang dari dulu tidak bertangga, cuma guna tangga untuk cuci kipas atau betulkan lampu kalimantang yang sering berkelip kelip macam lampu disco... tak kuasa lah.  Heh.. dah lari tajuk pulak... kejar balik dan tangkap semula. Hm... kenapa ada yang tak percaya ker hanya kerana ubat gigi (ulang lagi sekali yer kawan2) sesebuah rumah tangga boleh jadi goyah.  Manakan tidak semasa dok asyik masyuk bercinta memadu asrama ketika bulan cinta, mana pernah terpikir pasal ubat gigi...


(sumber gambar:  google.com)

Kalian tau tak bagaimana pasangan wang kalian guna, I mean picit ubat gigi? Tak tau kan.  Melainkan yang sudah sah berumahtangga of course le depa tahu macam mana partner depa picit ubat gigi.  Ada yang picit macam gambar kat atas (abaikan jenama kerana apa-apa jenama pun boleh jadi jugak!!!)... Eeee.... mesti geramkan... terutama kaum wanita yang sering dikaitkan dengan cermat dalam memicit ubat gigi...

Jangan terkejut andai ada punca perceraian hanya disebabkan oleh sebab cara memicit ubat gigi.  Namun bagi kita yang masih berakal dan punyai tahap kesabaran perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku, biarlah bagaimana sekalipun pasangan kita memicit ubat giginya... lantaklah... asalkan kau bahagia, tak perlulah kita susah payah memikirkan mengapa begini jadinya.

(sumber gambar:  mr. google.com lagi...)

Okeylah, kepada pengeluar ubat gigi di Malaysia, tak kiralah apa jenama sekalipun apa kata kali ini jadikan pemegang ubat gigi (seperti gambar di atas) sebagai hadiah percuma.  Selama ini kita sering diberikan hadiah seperti mug, gelas, piring, pinggan dan mangkuk.... yang aye rasa kurang berkaitan dengan ubat gigi.  Aye tak pernah jumpa lagi benda tu (pemegang ubat gigi) di mana-mana atau sebagai hadiah dari ubat gigi.  Tak tau pulak kalau-kalau pernah ada, mungkin aye tak perasan dan tau guna...

Sekian.

p/s:  apa pula ubat gigi yang anda semua guna.  Adakah ianya Zaitun, Mukmin, Raiya, Colgate, Darlie, Oral B, Sensodyne atau apa saja pastikan ianya suci dan halal.... yang penting ia juga bebas dari bahan yang memudaratkan.

....

09 Mac 2011

Hari ini dan esok

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,



Hari ini... lambat update
hari esok... belum tentu lagi dapat update
ke'busy'an mula melanda...

maka dengan itu merosot lagi ....lawatan
idea yang dah tersimpan...ingat nak buat cerita tentang Apple iPad 2 di Malaysia
eh alih tak alih macam dah nak keluar pulak iPad 4... betoi ke...nanti nak kena google jugak neh... sambih menggigihkan semangat yang semakin hilang dan semakin lemau....

opss esok hari khamis kan?
kena bawa miss nina... eh Miss Inas & Miss Diena ke KIA kat Felcra Nasaruddin Bota
dengar khabarnye Miss Inas akan diberi suntikan lagi... demam ke idak tengoklah nanti...

layan...

08 Mac 2011

Kertas dinding lakaran masjid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


berkongsi gambar menarik yang bertajuk Mosque Sketch Art Wallpaper IslamicStyle Gallery: Wallpapers & Pictures

p/s:  selamat hari wanita buat semua wanita di seluruh dunia, semoga wanita akan terus dihargai dan dihormati...