Pageviews

08 Mac 2011

Kertas dinding lakaran masjid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


berkongsi gambar menarik yang bertajuk Mosque Sketch Art Wallpaper IslamicStyle Gallery: Wallpapers & Pictures

p/s:  selamat hari wanita buat semua wanita di seluruh dunia, semoga wanita akan terus dihargai dan dihormati...

07 Mac 2011

Hari Isnin yang indah | Permulaan tahun 2011?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Gambar hiasan - Koleksi peribadi yangbaik

Hari Isnin yang indah
Indahnya Isnin ini kerana ia berwarna biru
atau juga Monday Blues...

Hari Isnin pertama bagi tahun 2011...
bermakna dah mula kerja lah nih...
Maka dengan itu bermulala sesi sibuk menyibuk...

Bahang iPad 2 sudah terasa...
tidak mungkin juga kerana kesibukan kerja pasti mengatasi masa untuk mengemaskini blog...

Lepas ni, mungkin tidaklah dapat selalu atau hari-hari kemaskini blog...

Namun, masa dan ruang pasti di cari... semoga berjumpa

Akhir kalam, ucapan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan semangat waja yang membara untuk diri sendiri dan negara... amin.


06 Mac 2011

Esok untuk apa?

Selamat sejahtera 1Malaysia,




Hari ini hari Ahad.... masih lagi bercuti
menghabiskan sisa-sisa cuti yang ada
sambil makan-makan bersama keluarga dan bersantai di Hotel ....berangan jer

Hari Ahad... hari minggu..
ada masa cuba search maklumat mengenai Apple iPad 2  di Malaysia...

Esok pulak... untuk apa?
Esok hari Isnin
Hari yang seringkali dikaitkan dengan warna biru
Mengapa Biru?
Mungkin kerana sayu...

05 Mac 2011

Gantian yang lebih baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,



Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu karena Allah, kecuali Allah akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya dari arah yang tidak dia sangka-sangka. Dan tidaklah seorang hamba menganggap remeh hal yang diharamkan, sehingga ia mengambil yang tidak baik, kecuali Allah akan memberinya sesuatu yang lebih berat daripadanya.  (Ubay bin Ka'ab)

~~~~~

Suatu terimaan itu sukar untuk ditinggalkan
Tambahan lagi setelah sekian lama ia dicari
Suatu terimaan itu adakala diganti dengan yang lebih baik setelah ia berikan dengan ikhlas.


~~~~~~~~~~~~~

Oh! Gadis Semasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Tiba-tiba keluar idea nie... ada kaitan tak dengan model Gadis Semasa Sunsilk... oh! tidak.... dia bukan model gadis semasa atau mana-mana agensi modelling
Sekadar mendapatkan idea untuk menambah semangat berblogging... kenapa anak2 pulak jadi mangsa,...ini bukan mangsa dera... tetapi koleksi peribadi... capture by Nokia N95. Nak beli Canon DSLR belum mampu lagi... So inilah hasilnya... berbaloi jugak!

Gadis semasa ini baru bersiap-siap untuk jalan-jalan keliling kawasan perumahan pada waktu petang... jalan-jalan makan angin... memang aktiviti wajib setiap hari itupun kalau tak hujan.
p/s:  kereta merz kat belakang tu adalah milik datuk Sofea, datang dari KL melawat Sofea dan mummynya


Eh! senget pulak.... Gadis semasa sedang menunggu ayahnya bersiap-siap untuk jalan-jalan naik kereta... pergi rumah Opah kat Lekir atau Batu 45... pada setiap hujung minggu sekiranya ayah tak bekerja pada hari Sabtu atau Ahad.
p/s:  Kereta hitam kat belakang model nie boleh diabaikan keran telah menjadi milik orang lain.

Hah!... inilah rupa Gadis Semasa bila bangun pagi... rambutnya kusut dan mengerbang, memang selalu kena usik... lepas mandi nanti okeh le... mandi pakai baby bath dan shampoo... Pureen atau Johnson atau Anakku... pilih saja mana satu.

sekian... terima kasih kerana sudi melayan kerenah ibu Gadis Semasa ini....

04 Mac 2011

Nak Menyorok dan mencari iPad 2

Selamat sejahtera,


Nak menyorok dan menyamar macam belalang kat daun tu... ececehhh... sang belalang tu ingat orang tak nampak.... dah nampak.... senyap-senyap tangkap cahaya (gambar) guna nokia N95 jer canon DSLR tak mampu beli lagik... agak2 kalau tangkap gambar belalang tu guna kamera kat iPad 2 okeh tak... ke lagi cantik warnanya... boleh terus publish kat blog ke tak pun kat flickr...

layan....

03 Mac 2011

Kebaikan hati yang kita tak nampak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


gambar hiasan:  Bunga azalea yang berkembang di sebuah taman di Jepun


















Setelah sekian lama bermain dengan kata-kata, ada masa kita kekeringan idea untuk berkata-kata, ada ketika itu kita mahu mendiamkan diri, tetapi mampukah kita melihat saja apa yang berlaku di sekeliling kita?  Mahu tidak mahu kita akan bercakap sendiri... kalau orang lain dengar dah dicopnya kita sebagai 'hilang skru' tak pun ada 'wayar dah putus'.

Andai ada yang tidak berkenan di hati, pasti hati akan berkata-kata mungkin juga itu menandakan masih ada sedikit kebaikan di hati kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kebaikan menghidupkan cahaya dalam hati dan kekuatan dalam beramal. Sedangkan keburukan menyebabkan kegelapan dalam hati dan kelemahan dalam beramal.  (al-Mu'tamir bin Sulaiman at-Taimi)

02 Mac 2011

Apple iPad 2 Malaysia antara kehendak dan keperluan untuk teman setia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Apple iPad 2 di Malaysia antara kehendak dan keperluan.

Apple Inc merupakan sebuah syarikat multinasional Amerika dalam pasaran peralatan elektronik pengguna, perisian komputer, dan komputer peribadi. Produk hardware terkenal yang terbaik keluarkan syarikat Apple merangkumi Macintosh dari komputer, iPod , iPhone dan iPad .


iPad pertama

iPad adailah komputer tablet, diperkenalkan pada Januari 2010, dan dilancarkan pada bulan April, 2010. iPad ini terutama dipasarkan sebagai platform untuk media audio dan visual seperti buku, majalah, filem, muzik, dan permainan, serta web. Dengan beratnya sekitar 680 gram, menjadikan iPad antara smartphone dan komputer riba yang paling kontemporari. iPad menjalankan sistem operasi yang sama dengan iPod Touch dan iPhone .


iPad kedua

iPad 2 adalah generasi berikutnya dari Apple iPad tablet yang dilancarkan pada tahun 2011. iPad 2 lebih ramping, resolusi paparan serupa dengan iPad saat ini, dan lebih ringan serta saiz skrin 10 inci. Khabarnya iPad2 dilancarkan di Malaysia pada 2 Mac 2011.



Harga iPad

Buat masa ni hasil dari pencarian dari google.com harga iPad 2 adalah sekitar RM2300.00 hingga RM4500.00, dijangka antara harga yang termurah di rantau Asia. Mungkin juga kerana dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan rakyatnya lebih celik IT atau juga kerana tukaran wang.



iPad Kehendak atau keperluan

Pada zaman teknologi maklumat di alaf baru, semua gadget yang berkaitan dengan IT seakan sudah menjadi satu kemestian. Kehendak kepada gadget yang canggih dan terkini adalah kerana mengikut trend terkini dan juga gaya hidup mewah ala-ala zaman moden. Manakala keperluan adalah bagi benda-benda yang perlu dalam hidup seperti untuk kemudahan dalam menguruskan kehidupan mahupun kerja-kerja harian di pejabat.

Jadi, adakah iPad itu satu kehendak atau keperluan? Terpulang kepada kemampuan kewangan dan kebolehan IT serta minat individu ke atas gadget IT yang terkini yang semakin meluas.





*.*

01 Mac 2011

Bila bercinta dengan tasbih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Bila bercinta dengan tasbih.  Sejak bila mula bercinta dengan tasbih dan mengapa bercinta dengan tasbih?

Bercinta dengan tasbih memang bagus, hari-hari dan saban waktu setiap detik hati akan sentiasa berzikir ingatkan Allah.

Tapi... jangan pula bila tiada tasbih di tangan hati mula lupakan Allah.  Allah itu sentiasa di hati, walau tanpa tasbih, kerana tasbih itu pada aye hanya sebagai alat untuk membilang dan memudahkan kita untuk berzikir kerana ia dapat memberikan penghayatan dan bilangan zikir yang telah diungkapkan oleh lidah atau juga hati.

Kelebihan tasbih yang lain adalah bukan sahaja untuk membilang dan menggerakkan buahnya untuk zikir kepada Allah.  Aye ingin kongsikan antara kelebihan tasbih selain dari di atas.... sebelum tu aye mohon maaf dan mohon pengertian ini bukanlah ajaran songsang atau ajaran sesat... tetapi sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dari seorang Ustaz.  Eh... celoteh panjang pulak...

Caranya (ewah... macam resepi pulak)... pegang tasbih di bahagian atas atau kepala tasbih dan dibiarkan tergantung di atas makanan atau minuman tanpa menggerakkannya (tangan mesti tetap dan tidak bergoyang).  Dalam beberapa saat, perhatikan tasbih itu dengan sendirinya akan bergerak dalam bulatan sama ada dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri seperti pusingan jam atau lawan arah jam.

Tasbih berkenaan akan bergerak dalam kelajuan yang berbeza mengikut kekuatan zat makanan atau minuman tersebut.

Pergerakan tasbih mengikut arah jam (kanan ke kiri) bermaksud makanan tersebut adalah baik dan sesuai untuk dimakan.

Sebaliknya jika tasbih berkenaan berputar berlawanan arah jam (kiri ke kanan) memberi makna makanan berkenaan kurang sesuai atau tidak elok untuk kesihatan dan cuba kurangkan pengambilannya.

Kesimpulan:
1.  Biarpun makanan yang diambil itu adalah dari sumber yang halal atau sememangnya halal tidak semestinya ia baik dan sesuai untuk dimakan dalam kuantiti yang banyak. 
2.  Yang pentingnya anda cuba sendiri di rumah dan perhatikan apa yang berlaku dan kaitannya dengan pengambilan serta kesihatan.  Sebagai contoh makanan segera dan nasi.

Sekian, semoga mendapat manfaat

Suami isteri itu seharusnya bagaimana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Suami isteri itu seharusnya bagaimana?  Seharusnya siapa sahaja yang sudah berumahtangga mengetahui bagaimana sepatutnya suami isteri itu harus berlangsung.  Bukan itu sahaja bahkan sesiapa sahaja yang bakal mendirikan mahligai 'bertangga' itu harus mengetahui apa sepatutnya.

Berkongsi pandangan dan tips berumahtangga hasil dari tontonan rancangan Semanis Kurma bersama Dato' Ustazah Siti Norbahyah di TV9 beberapa hari lepas.  Dalam kehidupan berumahtangga, suami isteri itu seharusnya:

1.  Saling sayang menyayangi
2.  Saling hormat menghormati
3.  Saling bertolak ansur
4.  Saling percaya mempercayai
5.  Saling faham memahami

.