Pageviews

28 Februari 2011

Mutiara: Jalan Mujahadah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,




Barangsiapa mengoreksi batinnya dengan muraqabah (senantiasa merasa diawasi oleh Allah) dan ikhlas, maka ia akan menghiasi lahirnya dengan mujahadah dan mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alahi wasallam, karena Allah berfirman, 'Dan orang-orang yang bermujahadah untuk Kami, niscaya akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.' (al-Ankabut : 69)

(Al-Harits)

27 Februari 2011

Sejak bila Inas bertukar jadi Sofea

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Entah bila nama Inas bertukar jadi Sofea, tiba-tiba malam tadi si dua beradik kat atas tu tiba2 memanggil adik mereka dengan nama Sofea. 

Bila di tanya kenapa tukar nama adik?... Kata mereka saja suka2 lagipun nama Sofea kan sedap dan dah lama tak jumpa Sofea... Haa.....macam tak percaya pulak. Gara-gara rindukan Sofea nama adik sendiri ditukar.... hishh tak patut betul kome berdua ni...

Sofea, adalah nama kawan mereka suatu masa dahulu (macam lah lama sangat!), semasa tinggal di RPA Kg Makmur.  Pada awal tahun 2010 Sofea telah ikut Mummynya berpindah ke Perlis.  Jadi semenjak itulah mereka tak pernah berjumpa... Anak2, kadang2 mengigau tengah malam menyebut nama Sofea...

Sayangnya gambar mereka bermain bersama Sofea tak pernah di capture.  Sofea dijaga oleh Makcik An, jiran sebelah rumah dulu.  Tengahari atau awal petang Sofea akan pulang ke rumahnya di Tg Tualang setelah Mummynya pulang dari sekolah di Air Kuning.  Kami pula bekerja jam 5.00 atau 6.00 petang baru pulang.  Mana sempat jumpa Sofea.  Kalau dapat jumpa Sofea pun sekejap, kalau Mummynya lewat pulang kerana urusan di sekolah.

Kasihan anak-anak ku... kerinduan rupanya....

26 Februari 2011

Servis Kereta di Tiang Siang Sitiawan | Guna Petronas Syntium Dapat Mug

Assalamualaikum,


Catatan dibuat bagi pihak seseorang yang telah dengan gigihnya baru-baru ini servis Proton Exora 1.6 (MT) di Tiang Siang, Sitiawan.  Servis untuk kali yang ke berapa 'tak hingat'...

Antara kandungan dalam servis berkenaan adalah Petronas Syntium 800 SL 10W/30 ... dapat hadiah mug cantik macam dalam gambar kat atas (abaikan X kat bucu gambar)

Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Tiang Siang memang tip-top tetapi belum lagi mencecah 10/10 atau 9/10.  Semasa menunggu kalau boleh bawa laptop Toshiba Satellite L200 atau notebook 1Malaysia, iPad pun buleh jugak... naik tingkat 1 kat cafe ada ruang untuk berblogging atau berfaceblog kerana di situ ada ruang wifi percuma, sambil minum secawan nescaffe bersama roti bakar, agak2 nak santai lagi buleh makan aiskrim... Magnolia sherbet?... tak tengok lagi... rasanya tak der kot sebab peti aiskrimnya kecil jer.  Selain dari itu boleh merayau-rayau kat ruang pameran tengok jugak berbagai jenis kereta antaranya Honda, Toyota dan Perodua.  Dah puas merayau boleh baca surat khabar atau menonton tv.

Kalau nak beli kereta pun buleh juga.  Cari En Haship, layanannya memang memuaskan.

...

25 Februari 2011

Saya Mahu Women’s Wallet Polo Dari Fitrihadi.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


 
Saya Mahu Women’s Wallet Polo Dari Fitrihadi.com

Giveaway yang mudah sangat-sangat oleh Fitrihadi.com.    

Untuk bersama-sama merebut wallet Polo itu... klik pada gambar di bawah.

sekian.

23 Februari 2011

Umpama menanam tebu di tepi bibir

Umpama menanam tebu di tepi bibir



Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Terima tebu dari jiran, tetapi tiada siapa yang boleh uruskan.  Kesian anak2 tak tau cara makan, ummi nak buat pun masih dalam pantang... tak buleh la pulak nak ketuk2 dan kerat2 tebu tu.  Ada pembantu pun kesian juga, semua nak harapkan dia.  Ayah pulak asyik sibuk dengan kerja. Sudahnya setelah tempoh pantang tamat.... tebu pun dah kering... nak buat macam mana lagik... tengok jer la...

apa kaitan pulak dengan tanam tebu di tepi bibir...tiada kan

macam nie... tanam tebu di tepi bibir tu maksudnya; manis mulut bercakap tapi hati lain macam cakap tak serupa bikin jugak...

~~~~~~~~~~~~

Lisan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, ia berbicara dan apabila dapat berbahaya, maka ia menahan diri.  (HR Bukhari dan Muslim)

22 Februari 2011

Apa yang gigihnya???

Selamat sejahtera 1Malaysia,


gambar:  ada kenangan di situ... ambil kat mana tak ingat... di situ ada beberapa orang x-men ... he eh... ex boss ler... salam boss... ada ke depa baca blog neh... bedal jer... hehehe

Dengan gigihnya menempek gambar2 yang dicilok entah dari mana...
cepat sungguh ingatan itu luput dari kotak pemikiran


21 Februari 2011

Ada apa dengan Faceblog | Korang ade???

Selamat sejahtera 1Malaysia,

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

TERIMA KASIH

Barang yang lepas | Meja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


"Barang yang lepas jangan dikenang, Kalau dikenang tentu menangis"

Barang yang lepas itu adalah meja ini yang tergambar di atas... disitulah dulu tempat yang banyak memberi pendedahan dan pengajaran serta jerit perit dan juga air mata....menangis yeeee..... eh larik jap.... keluar ke belakang... nak ke bilik air ada orang... so ...layan jer perasaan sendiri....

meja itu... suatu masa dulu letaknya di sini... eh bukan di bangunan ni... tapi bangunan satu lagi... tak nampak pulak...

terasa rindu nak ke sana... masih sudikah lagi mereka melihat ku.... ecehhhh  ayat merajuk pulak...

20 Februari 2011

Apa yang ditutup mampu mendatangkan faedah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


(koleksi gambar peribadi)

Apa yang ditutup? Mampu mendatangkan faedah kepada ramai orang dan juga kepada diri sendiri.  Antaranya aurat, bagi seorang wanita Islam auratnya dari sehelai rambut sehinggalah ke hujung kaki... huraiannya... bagi setiap wanita Islam mampu mengetahuinya dan sedia memahaminya kerana kita belajar mengenai itu di sekolah dulu...

Lainnya adalah seperti berikut:
Siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.  (HR Muslim)

Huraian:
Faedah 1 - menutup aurat dapat pahala untuk diri sendiri dan juga kepada ibubapa atau suami.
Faedah 2 - tidak mendedahkan rahsia (aib) orang lain dapat pahala juga di mana rahsia kita akan terpelihara.



Sekian.  Semoga mendapat manfaat.

.

19 Februari 2011

Sesekali ujian menimpa | Bahkan berulang kali juga kesilapan yang hampir sama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Dalam setiap detik kehidupan saat bahagia suka dan duka ada pasang surutnya.  Cuma kita sesekali lebih menumpukan kepada saat duka maka ketika itu kita akan merintih dan berkeluh kesah.  Hanya kerana kesusahan itu kita lupakan saat kita bersuka ria dan saat bahagia.  Sebaliknya kita juga akan lupa saat duka itu ketika kita sedang bersukaria. 

Catatan ini sekadar ingatan untuk diri yang sering alpa.  Agar tidak terlalu berkeluh kesah dengan ujian yang menimpa.  Kerana di sebalik setiap ujian itu pasti ada hikmah.

gambar hiasan:  koleksi peribadi - ingatan ketika saat indah dan bahagia...

Sekian.