Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,
Entah bila nama Inas bertukar jadi Sofea, tiba-tiba malam tadi si dua beradik kat atas tu tiba2 memanggil adik mereka dengan nama Sofea.
Bila di tanya kenapa tukar nama adik?... Kata mereka saja suka2 lagipun nama Sofea kan sedap dan dah lama tak jumpa Sofea... Haa.....macam tak percaya pulak. Gara-gara rindukan Sofea nama adik sendiri ditukar.... hishh tak patut betul kome berdua ni...
Sofea, adalah nama kawan mereka suatu masa dahulu (macam lah lama sangat!), semasa tinggal di RPA Kg Makmur. Pada awal tahun 2010 Sofea telah ikut Mummynya berpindah ke Perlis. Jadi semenjak itulah mereka tak pernah berjumpa... Anak2, kadang2 mengigau tengah malam menyebut nama Sofea...
Sayangnya gambar mereka bermain bersama Sofea tak pernah di capture. Sofea dijaga oleh Makcik An, jiran sebelah rumah dulu. Tengahari atau awal petang Sofea akan pulang ke rumahnya di Tg Tualang setelah Mummynya pulang dari sekolah di Air Kuning. Kami pula bekerja jam 5.00 atau 6.00 petang baru pulang. Mana sempat jumpa Sofea. Kalau dapat jumpa Sofea pun sekejap, kalau Mummynya lewat pulang kerana urusan di sekolah.
Kasihan anak-anak ku... kerinduan rupanya....