Pageviews

13 Januari 2011

Tolong Ingatkan Aku | Bukan Ana Raffaili atau jejari runcing

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Tolong ingatkan aku
Biar aku terus sedar
Kerana aku tak ingin lama terlena
Ingatkan aku.. bahawa aku bukan Ana Raffaili

Tolong ingatkan aku
Biar aku terus sedar
Kerana aku sering alpa
Ingatkan aku... bahawa aku adalah insan biasa

Tolong ingatkan aku
Biar aku terus sedar
Kerna seringkali aku terlena
Biarpun di hari siang ... panas membahang

Tolong ingatkan aku
.
.
.
.
.
buat entri yang bermanfaat
bukan entri syok sendiri
biarpun blog ini aku yang punya
....

Kerana tukar kepala

Assalam,

beberapa hari yang lepas tukar kepala (header) blog dari "yang baik" kepada "szi vs. yangbaik" kononnya untuk dapatkan aura yang lebih baik... tetapi terlupa la pulak update kat nuffnang... dah la... terberhenti sekejap ... nuffnang kat sini... sedey3...

hari ni tukar lagi kepala blog dua kali pulak tuh... tapi tak lupa dimaklumkan juga kepada mr nuffnang...harap2 janganlah tersangkut pulak...lawatan iklan2 dari nuffnang ye...

esok sambung cerita lain pulak...

idea nih dah tepu seketika... tahap iq dah merosot sikit.... :-((

Ada apa dengan benci

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

banyak perkara dan kejadian yang berlaku dalam kehidupan kita seharian
menjadikan kita terasa benci dengan beberapa perkara
Tapi dalam sedar dengan tidak 
tiba-tiba.....
perkara yang kita paling benci dan tak suka...
itulah yang menjadi jadi....

Jadi...
adakah kerana itu kita perlu suka semua perkara...
tidak....

hm... fikir2 kan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

(QS. Al Baqarah 2:216)

12 Januari 2011

KITA BUKA SIAPA SIAPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah hampir seminggu tidak bersiaran, hasrat hati nak buat cerita tentang Inas Insyirah atau juga pengalaman semasa berpantang... sekadar berkongsi rasa...

Sementara itu, masih dalam mood juga untuk membuat catatan dan cari idea juga untuk menulis dan berkarya... kenapa ANA RAFAILI yang mesti menang untuk AJL 2010... tiada kaitan pun dengan aye ...
kenapa BUKAN YUNA yang jadi juara atau pun BLACK atau .... tiada kaitan juga dengan aye..
kerana aye bukan siapa-siapa dalam dunia muzik... sekadar pengisi dan peminat yang tidak tega...

sekadar renungan sejenak...

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahwa Allah lebih berkuasa membalasnya.

(Umar Al Khatab)

11 Januari 2011

Empat Januari Dua Puloh Sebelas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

4 Januari 2011!

Itulah tarikh kelahiran Inas Insyirah binti Ahmad Kamal.  Alhamdulillah, telah selamat dilahirkan di Klinik Bersalin Yasmin, Lumut, Perak.  Setelah 24 jam menetap di Wad Melor, akhirnya check-out pada 5 Januari 2011, jam 4.30 petang.

Terlewat buat catatan di sini kerana kesibukan dengan segala urusan dan pantang....

Gambar2?.... tengok lah nanti...

04 Januari 2011

Rahsia jari runcing sudah terbongkar....

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Nak tau rahsia jariruncing?
neh... aye dah dapat dah...jangan terkejut pulak...
sebab bukan aye saja nak hebahkan rahsia nih...
sebab juga.. rahsia jari runcing pun dah ada merata-rata...kerana Suzuki AFF2010, akhirnya rahsia jari runcing terbongkar dan terdedah sedikit demi sedikit... dan semakin popular juga...

nak tau rahsianya? okehlah dipendekkan cerita, rahsia tu aye dapat dari sini...Melayu memang boleh punya... tak tipu...

Jari Runcing bersama Nuffnang | Edisi teruja dan perasan lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entah anugerah apa yang harus diceritakan di sini
Tiada ada apa yang menarik melainkan satu cerita tentang jari runcing
dan kerana jari ku yang kini semakin meruncing... neh
membuatkan mereka mencari juga jari yang tidak runcing ini...
kerana jari runcing menjadikan blog jari yang tak runcing ini yang semakin popular kerana dikatakan kekasih atau buah hatinya jari runcing adalah keeper Malaysia bagi Piala Suzuki AFF 2010... tak habis2 lagi?

Belum juga selesai... kerana dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah pemain bola?... juga di kaki... bukan kaki bangku atau kaki pau... atau kaki kaku.

Mereka juga mencari ziana zain di sini juga Nik Zaris Nellidia yang dirasakan semakin popular... adakah kerana Anugerah Bintang Popular Berita Harian atau kerana Anugerah Skrin atau ... mungkin juga kerana Juara Lagu 2010 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2011... huh   mantap bebbbb..

cukup dulu...

Shop in Jipaban today! | Membeli belah @Jipaban hari ini, mudah jer

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

cerita sikit tentang shopping online.  kepada anda yang suka atau baru berjinak-jinak untuk cuba membeli di atas talian, apa kata cuba shopping @Jipaban.  Bukan Jepun beb, tapi barang Jepun mungkin ada kot...



baca sikit keterangan dalam Bahasa Inggeris, nak translate... kot salah bahasa pulak nanti jadi salah faham... silakan!

Ever wonder how wonderful it is if you can just do your shopping whenever you can, and where ever you feel like it? You don't have to worry if there is a parking lot, or would the mall be too crowded? Good news for all of you shopaholics out there; you can now bookmark http://www.jipaban.com/ and start shopping, where it provides you a whole new online shopping experience, just a few clicks on your mouse and you are done, no lining up at the cashier, no difficulty in squeezing yourself in the crowd to grab your favourite last piece! In Jipaban, you will find almost everything you are looking for in this online shopping mall, one thing for sure is that, it will be so convenient that you will come back for more, so sign up as a shopper with Jipaban today and start shopping right away! Do share this with all your shopaholic friends, till then, enjoy shopping at Jipaban!


ChurpChurp Social Share » Shop in Jipaban today!

03 Januari 2011

Terima kasih kepada pengikut yangbaik

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Telah beberapa hari tak bersiaran
terkesima juga mata ini bila melihat bilangan pengikut yang semakin bertambah
mungkin juga kerana ada info di sini.

Tetapi sebenarnya
apa yang dicari oleh pengikut?

Aye sendiri kurang pasti
kerana setiap orang ada pendirian masing2
sama seperti aye juga

Ada sesetengah orang bila dah ikut minta diikuti pula
ada sesetengah yang lain ... ikut jer... tanpa minta diikuti

walau apa pun alasan ... biarlah keputusan untuk menjadi pengikut itu datangnya dari hati dan keinginan sendiri bukan kerana terpaksa atau dipaksa...

kalau dah berkenan dengan blog yang bukan jari runcing atau jari montok ini ... ikutlah, tiada paksaan...

walau siapa pun anda...
tersinggah, terjumpa, termelawat, terwalking atau bermacam-macam ter lagi... terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog yangbaik.blogspot.com yang tak seberapanya ini...
setiap kunjungan amatlah dihargai dan disanjung
semoga anda akan datang singgah lagi untuk beberapa kali lagi...

buat masa ini blog ini mungkin kurang informasi atau maklumat kerana pemilik blog ini sedang menunggu hari
dalam erti kata lain.. menghitung hari juga... dan bila tiba hari itu... blog ini mungkin akan berehat agak lama... walaupun kerinduan untuk berblogging tetap juga melanda... kerana pemiliknya perlu berehat... biarlah tak dapat rumah baru seperti keeper Piala Suzuki AFF2010, tetapi tidak mustahil juga suatu masa ... kerana rezeki itu bukanlah milik hakiki kita... macam merajuk pulak... entahlah merapu lagi....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.  (HR Muslim)

Selamat Tahun Baru | Dari Bukan Jari Runcing

Assalamualaikum dan salam Tahun Baru Masihi 2011,

Sayonara 2010, ahlan wa sahlan 2011
Semoga tahun 2011 membawa lebih banyak kebaikan dari tahun 2010
Bukan kerana tahun 2010 tiada kebaikan tetapi dalam meneruskan kehidupan
pastinya kita mengharapkan yang lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang
Bukan kerana tidak bersyukur dengan apa yang ada tetapi untuk berubah ke arah yang lebih baik

Ada apa dengan azam andainya ia tidak pernah tertunai
bukan kerana tidak pernah berazam
tetapi kerana azam kadang-kadang bisa membuatkan kita terikat
bukan tidak mahu kepada komitmen
tetapi lebih senang hidup ini dengan sendirinya menjadi lebih baik
dengan perancangan yang lebih teliti

Aye bukanlah pujangga
atau juga ahli falsafah
tetapi aye hanyalah blogger yang jarinya tidak runcing
kerana blog aye tidak sepopular blog lain

bukan merintih sayu atau merajuk
tetapi itu hakikat yang harus diterima
dalam pada itu, blog ini akan terus berlangsung dan terus dikemaskini mengikut rasa pemiliknya

biar apapun tajuknya
biar apapun temanya
biar apapun isu semasa
biar apapun isu terkini
sesekali mood untuk buat catatan tidak kira masa
tidak semestinya mesti mengikut arus tema, arus perdana atau isu semasa
biar terlewat sedikit dari isu terkini...
aye bahagia dengan apa yang aye catatkan di sini.

Sekian...