Pageviews

03 Januari 2011

Terima kasih kepada pengikut yangbaik

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Telah beberapa hari tak bersiaran
terkesima juga mata ini bila melihat bilangan pengikut yang semakin bertambah
mungkin juga kerana ada info di sini.

Tetapi sebenarnya
apa yang dicari oleh pengikut?

Aye sendiri kurang pasti
kerana setiap orang ada pendirian masing2
sama seperti aye juga

Ada sesetengah orang bila dah ikut minta diikuti pula
ada sesetengah yang lain ... ikut jer... tanpa minta diikuti

walau apa pun alasan ... biarlah keputusan untuk menjadi pengikut itu datangnya dari hati dan keinginan sendiri bukan kerana terpaksa atau dipaksa...

kalau dah berkenan dengan blog yang bukan jari runcing atau jari montok ini ... ikutlah, tiada paksaan...

walau siapa pun anda...
tersinggah, terjumpa, termelawat, terwalking atau bermacam-macam ter lagi... terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog yangbaik.blogspot.com yang tak seberapanya ini...
setiap kunjungan amatlah dihargai dan disanjung
semoga anda akan datang singgah lagi untuk beberapa kali lagi...

buat masa ini blog ini mungkin kurang informasi atau maklumat kerana pemilik blog ini sedang menunggu hari
dalam erti kata lain.. menghitung hari juga... dan bila tiba hari itu... blog ini mungkin akan berehat agak lama... walaupun kerinduan untuk berblogging tetap juga melanda... kerana pemiliknya perlu berehat... biarlah tak dapat rumah baru seperti keeper Piala Suzuki AFF2010, tetapi tidak mustahil juga suatu masa ... kerana rezeki itu bukanlah milik hakiki kita... macam merajuk pulak... entahlah merapu lagi....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.  (HR Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.